​ Parking Guidance Systems Umum Gabungan Global Bersama INDECT dan ParkZen

Jumaat 12/09/2025

HOUSTON, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Parking Guidance Systems, LLC (PGS), peneraju Amerika Syarikat dalam teknologi parkir tersuai, mengumumkan gabungan strategik syarikat tersebut dengan INDECT Electronics & Distribution GmbH (INDECT) dan ParkZen. Sebagai syarikat utama dalam gabungan ini, PGS kini memperluas operasi melepasi sempadan AS untuk menawarkan penyelesaian parkir menyeluruh di peringkat antarabangsa. Perniagaan gabungan ini menggabungkan perkakasan bertaraf dunia INDECT, perisian lincah ParkZen, serta kepakaran PGS dalam pelaksanaan projek berskala besar, menjadikannya syarikat teknologi parkir paling lengkap dalam industri.

Sejak penubuhannya 12 tahun lalu, PGS telah membina reputasi untuk perkhidmatan cemerlang, inovasi terkini, dan fokus terhadap kepuasan pelanggan. PGS telah memasang beberapa sistem panduan parkir terbesar di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rekabentuk, pemasangan, dan perkhidmatan sokongan yang efisien. Teras tawaran perkhidmatan PGS adalah penyelesaian panduan parkir INDECT, khususnya sensor sonar dan optiknya. Teknologi sensor parkir INDECT kini menjadi penanda aras inovasi dan ketepatan dalam industri. Sensor Ultrasonic Mini INDECT terbukti memberikan ketepatan pengesanan ruang tunggal, manakala sensor kamera Upsolut menggabungkan pemantauan berbilang ruang yang boleh dipercayai, rakaman aliran video, dan pengecaman nombor plat kenderaan, meningkatkan kecekapan, keselamatan, dan analisis penggunaan ruang parkir. Sejak penubuhan PGS, syarikat ini telah menjadi rakan saluran terbesar INDECT di Amerika Syarikat. Pengambilalihan ini memberi peluang kepada syarikat gabungan untuk meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, mempercepat pembangunan produk baharu, dan membina kerjasama global yang meniru kejayaan kerjasama PGS/INDECT di Amerika Syarikat.

Portfolio penyelesaian PGS turut diperkaya melalui pengambilalihan terkini ParkZen, sebuah syarikat pembangunan perisian intelijen parkir yang berpusat di Baton Rouge, Louisiana. Aplikasi telefon pintar inovatif ParkZen menggunakan penyumberan orang ramai dan algoritma proprietari untuk menyampaikan data masa nyata dan intelijen perisian parkir, membolehkan pengendali parkir membuat keputusan lebih baik bagi operasi mereka dan menyediakan pengguna parkir dengan maklumat ketersediaan masa nyata, sama ada dengan atau tanpa perkakasan. Platform ini juga mempermudah pemprosesan pembayaran dan menawarkan alat pengurusan kebenaran canggih untuk pemilik dan pemegang permit, menghasilkan tawaran yang lancar dan berkuasa. Sebelum pengambilalihan ini, PGS telah berkerjasama dengan ParkZen dalam beberapa projek di Amerika Syarikat, termasuk aplikasi panduan pengguna serta perisian pengurusan lot parkir.

Pengambilalihan ini mewakili integrasi menegak yang amat berharga bagi PGS dan menonjolkan komitmen berterusan syarikat untuk menyediakan penyelesaian parkir berasaskan teknologi yang inovatif bagi pelbagai sektor, termasuk lapangan terbang, pembangunan campuran, universiti, kampus korporat, fasiliti penjagaan kesihatan, serta destinasi bertrafik tinggi lain yang bergantung kepada tanda parkir dan panduan arah.

“Dengan gabungan ini, kami mengajak pengendali di seluruh dunia untuk menilai semula apa yang sistem parkir mereka boleh capai,” kata Derek Frantz, Ketua Pegawai Eksekutif PGS. “PGS menerajui usaha mentakrifkan semula parkir sebagai penjana pendapatan, bukan sekadar pusat kos. Dengan menggabungkan perkakasan berketepatan INDECT, perisian pintar ParkZen, dan rekod prestasi terbukti PGS dalam menyediakan penyelesaian parkir kompleks, kami dapat menawarkan sistem bersepadu dan mantap yang disesuaikan dengan keperluan pengendali di seluruh dunia membolehkan mereka memaksimumkan kecekapan, memperbaiki pengalaman pengguna, dan membuka nilai kewangan baharu daripada aset parkir mereka.”

Hari ini, dengan INDECT dan ParkZen sebagai komponen teras operasi, PGS kini lebih berupaya daripada sebelumnya untuk menawarkan pengoptimuman pendapatan, keselamatan dan keselesaan dalam industri parkir.

Maklumat tentang Parking Guidance Systems, Inc.

Parking Guidance Systems (PGS) menyediakan penyelesaian teknologi garaj parkir bertaraf tinggi berdasarkan rekod terbukti dalam pelaksanaan projek berskala besar. Sejak 2013, PGS telah bekerjasama dengan lapangan terbang, sistem kesihatan, universiti, kampus korporat, dan pembangunan campuran untuk mengubah parkir daripada sekadar pusat kos menjadi sumber pendapatan dan kepuasan pelanggan. Portfolio PGS merangkumi sistem panduan parkir, perisian pengecaman nombor plathttps://cts.businesswire.com/ct/CT?id=smartlink&url=https%3A%2F%2Fparkingguidancesystems.com%2Fparking-solutions%2F%3Futm_campaig%2520n%3D22056732-PGS%2520M%2526A%2520Communications%26utm_source%3DBusinessWire%26u%2520tm_medium%3Dpress-release&esheet=54321018&newsitemid=54321018015&lan=en-US&anchor=software&index=6&md5=01a30e39f80328045cd9d64789b1729d, analisis parkirserta papan tanda digital dan panduan arah parkir. Dengan lebih 347 sistem dipasang yang memantau hampir 600,000 ruang parkir di Amerika Syarikat, dan peluang baharu yang berkembang ke peringkat antarabangsa, PGS terus menjadi penanda aras bagi penyelesaian parkir inovatif, boleh dipercayai, dan berfokus kepada pelanggan. Maklumat lanjut di parkingguidancesystems.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Felicia Perez
felicia@farpublicrelations.com
(832) 222-2101
1811 First Oaks St, Suite 100 Richmond, TX 77406
 
Sumber: Parking Guidance Systems, LLC

--BERNAMA 
+