Illumination dan Nintendo Umumkan Filem Animasi Terbaharu Berdasarkan Dunia Super Mario Bros., Berjudul The Super Mario Galaxy Movie

Rabu 17/09/2025


SANTA MONICA, Calif. & KYOTO, Jepun, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Illumination (Ibu Pejabat: Santa Monica, CA, AS; Pengasas & CEO: Chris Meledandri) dan Nintendo Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Kyoto, Minami-ku, Jepun; Pengarah Representatif & Presiden: Shuntaro Furukawa, “Nintendo” selepas ini) hari ini mengumumkan bahawa judul filem animasi terbaharu berdasarkan dunia Super Mario Bros. ialah The Super Mario Galaxy Movie. Filem ini akan ditayangkan di seluruh dunia oleh Universal Pictures bermula 3 April 2026.

Selain itu, kedua-dua syarikat turut mengumumkan barisan pelakon suara yang kembali membawakan watak masing-masing iaitu: Mario (Chris Pratt), Princess Peach (Anya Taylor-Joy), Luigi (Charlie Day), Bowser (Jack Black), Toad (Keegan-Michael Key) dan Kamek (Kevin Michael Richardson).

Watak tambahan serta barisan pelakon suara lain untuk The Super Mario Galaxy Movie akan diumumkan pada tarikh yang akan datang.

The Super Mario Galaxy Movie akan ditayangkan pada 3 April 2026 di Amerika Syarikat dan banyak pasaran global lain, serta pada 24 April 2026 di Jepun, dengan beberapa wilayah terpilih menayangkannya sepanjang bulan April.

Maklumat tentang The Super Mario Galaxy Movie

The Super Mario Galaxy Movie ialah sebuah filem animasi berdasarkan dunia Super Mario Bros., dan merupakan kesinambungan kepada The Super Mario Bros. Movie, yang ditayangkan pada tahun 2023 serta meraih lebih daripada $1.3 bilion di seluruh dunia. Kedua-dua filem tersebut diterbitkan oleh Chris Meledandri dari Illumination dan Shigeru Miyamoto dari Nintendo.

Filem ini dibiayai bersama oleh Universal Pictures dan Nintendo, serta akan ditayangkan di seluruh dunia oleh Universal Pictures.

The Super Mario Galaxy Movie diarahkan oleh pengarah yang kembali, Aaron Horvath dan Michael Jelenic, dengan skrip oleh penulis skrip asal, Matthew Fogel, manakala Brian Tyler sekali lagi bertanggungjawab menggubah skor muzik.

Makklumat tentang Illumination

Illumination, yang diasaskan oleh Chris Meledandri pada tahun 2007, merupakan salah satu penerbit utama dalam industri hiburan bagi filem animasi berskala besar, termasuk francais Despicable Me —francais animasi paling berjaya dalam sejarah pawagam — serta filem pecah rekod The Super Mario Bros. Movie, Dr. Seuss' The Lorax, Dr. Seuss' The Grinch, Migration dan siri filem The Secret Life of Pets serta Sing. Francais ikonik dan digemari ramai terbitan Illumination — yang dipenuhi dengan watak-watak unik serta berkesan, daya tarikan global dan relevansi budaya — telah meraih hampir $11 bilion di seluruh dunia. Illumination turut mempunyai kerjasama eksklusif dalam pembiayaan dan pengedaran bersama Universal Pictures.

Maklumat tentang Nintendo

Nintendo Co., Ltd., yang beribu pejabat di Kyoto, Jepun, telah menyediakan pelbagai produk dan pengalaman hiburan sejak ditubuhkan pada tahun 1889, bermula dengan pembuatan dan penjualan kad permainan Hanafuda.

Sejak pelancaran sistem Family Computer (Famicom) pada tahun 1983 di Jepun, hingga ke Nintendo Switch 2 hari ini, fokus Nintendo adalah pada pembangunan, pengeluaran dan penjualan sistem permainan serta perisian mereka. Setakat ini, Nintendo telah menjual lebih daripada 5.9 bilion permainan video dan lebih 860 juta unit perkakasan di seluruh dunia, serta mencipta francais ikonik seperti Mario™, Donkey Kong™, The Legend of Zelda™, Pokémon™, Metroid™, Kirby™, Animal Crossing™, Pikmin™ dan Splatoon™.

Nintendo berusaha untuk memperluaskan akses orang ramai kepada watak dan dunia ciptaannya. Misi berterusan syarikat ini adalah untuk menghadirkan senyuman kepada semua orang melalui pengalaman hiburan unik, berpusat pada integrasi produk perkakasan dan perisian permainan videonya.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Illumination
Sarah Levinson Rothman
sarah.rothman@ledecompany.com
 
Sumber: Illumination

--BERNAMA
+