Organisasi Pelancongan Seoul Lancar ‘Pick 3 Pass’, Pas Discover Seoul Boleh Ubah untuk Perjalanan Lebih Bijak

Rabu 17/09/2025

 
Table
Pick 3 Pass membolehkan pemegangnya memilih dan menikmati sejumlah 3 tarikan/perkhidmatan rakan kerjasama di Seoul dalam tempoh 5 hari. (Imej: Organisasi Pelancongan Seoul)


SEOUL, Korea Selatan, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Organisasi Pelancongan Seoul melancarkan “Pick 3 Pass,” pilihan baharu yang boleh disesuaikan dan lebih menjimatkan untuk pas popular Discover Seoul Pass, dengan jualan rasmi bermula 15 September. Pas ini direka khas bagi memenuhi keperluan pelancong moden yang semakin berkembang, khususnya pengunjung berulang dan mereka yang mahukan pengalaman perjalanan lebih peribadi, dengan membolehkan mereka memilih tiga tarikan kegemaran mengikut pilihan sendiri.

Discover Seoul Pass, yang dikendalikan terus oleh Organisasi Pelancongan Seoul, telah mengukuhkan kedudukannya sebagai alat serba lengkap yang penting bagi pelancong asing. Ditawarkan dalam bentuk kad fizikal dan aplikasi mudah alih, ia memberikan akses mudah ke mercu tanda utama serta pengalaman budaya di Seoul. Dengan pelancaran terbaharu ini, rangkaian Discover Seoul Pass kini berkembang kepada empat pilihan unik yang direka untuk memenuhi pelbagai gaya perjalanan.

Pas Untuk Setiap Pengembara

Pas baharu Pick 3 Pass sah selama lima hari dari tarikh penggunaan pertama dan ditawarkan dalam dua jenis:

- Pick 3 Basic Pass (₩49,000 atau $35.30): Pengunjung boleh memilih mana-mana tiga tarikan daripada senarai destinasi terpilih di Seoul, termasuk Menara N Seoul dan Sea Life COEX Aquarium.

- Pick 3 Theme Park Pass (₩70,000 atau $50.41): Sesuai untuk seisi keluarga, pilihan ini membolehkan pengunjung memilih satu taman tema utama (Lotte World Adventure, SeoulLand, atau Everland) bersama dua lagi tarikan pilihan.

Bagi pelancong yang ingin meneroka Seoul dengan lebih mendalam, pas sedia ada berasaskan masa iaitu 72-hour Pass (₩90,000 atau $64.81) dan 120-hour Pass (₩130,000 atau $93.62) akan terus ditawarkan.

Kemudahan Serba Lengkap untuk Pelancong Moden

Pick 3 Pass hadir dengan pelbagai ciri untuk memberikan kemudahan maksimum. Bagi pembeli versi mudah alih, mereka akan menerima eSIM percuma selama 5 hari untuk akses data segera sebaik tiba di Korea. Sementara itu, versi kad fizikal disertakan dengan fungsi kad pengangkutan prabayar boleh tambah nilai, memudahkan penggunaan bas dan kereta api bawah tanah.

Selain itu, selaras dengan trend terbaharu aktiviti mendaki gunung dalam kalangan pelancong, semua pemegang pas turut menerima sewaan percuma sekali peralatan mendaki di Pusat Pelancongan Mendaki Seoul di Gunung Bukhansan, Bugaksan, dan Gwanaksan.

Dalam penambahbaikan terbaharu, Discover Seoul Pass versi fizikal kini disertakan dengan fungsi pembayaran prabayar, membolehkannya digunakan untuk pembelian umum, pengangkutan dan kemasukan tarikan dalam satu kad. Nilai pas ini turut dipertingkatkan pada bulan Ogos dengan penambahan lebih daripada 20 rakan diskaun baharu, termasuk Gedung Membeli-belah Lotte & Bebas Cukai.

Discover Seoul Pass boleh didapati melalui laman web rasmi dan aplikasi mudah alih, serta platform OTA global utama seperti Klook dan KKday.

Menurut penjelasan Organisasi Pelancongan Seoul, kemas kini ini mencerminkan perubahan trend pelancongan dalam era perjalanan yang lebih peribadi. Organisasi tersebut akan terus memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan agar pengunjung ke Seoul dapat menikmati perjalanan mereka dengan lebih mudah dan bebas.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250912774108/en

Hubungi

ORGANISASI PELANCONGAN SEOUL
Ha Yeong Lee
+82-2-1644 1060
support@discoverseoulpass.com 

Sumber: Seoul Tourism Organization

--BERNAMA
+