Persidangan Pertukaran Kebudayaan Pertanian dan Pembelajaran Bersama "Bendang Berteres Ziquejie dalam Dialog dengan Dunia" 2025 bermula di Loudi

Rabu 17/09/2025

Table
Persidangan Pertukaran Kebudayaan Pertanian dan Pembelajaran Bersama "Bendang Berteres Ziquejie dalam Dialog dengan Dunia" 2025 bermula di Loudi


LOUDI, China, 17 Sept., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

"Bendang Berteres Ziquejie dalam Dialog dengan Dunia" 2025 -- Persidangan Pertukaran Kebudayaan Pertanian dan Pembelajaran Bersama ke-3 dan Persidangan Warisan Pertanian ke-9 – telah dibuka di Daerah Xinhua, Bandar raya Loudi pada Jumaat. Kira-kira 200 orang peserta menghadiri acara itu, termasuk wakil dari tapak warisan kebudayaan pertanian penting dunia dan negara itu, serta pakar dan cendekiawan dari dalam dan luar negara di dalam bidang berkaitan, kesemuanya berganding bahu untuk merangka satu pelan tindakan bagi pembangunan kebudayaan dan pelancongan.

Berlangsung selama 3 hari, persidangan itu mengambil tema "Memperkasakan Semula Warisan Pertanian Hidup, Menginovasi Pewarisan Tamadun Pertanian, dan Menggalakkan Pembangunan Pertanian Lestari". Ia termasuk sesi seperti ucaptama, laporan persidangan, forum selari, pemeriksaan bendang berteres dan mesyuarat penggalakan pelancongan. Matlamatnya adalah untuk membina sebuah platform dialog antarabangsa yang berstandard tinggi untuk bersama-sama meneroka laluan bagi perlindungan dan pewarisan warisan kebudayaan pertanian, berkongsi kebijaksanaan bagi pertanian bendang berteres, dan bekerjasama untuk mencipta sebuah masa depan yang cerah bagi pembangunan lestari.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Bandar raya Loudi telah mengukuhkan perlindungan dan pengurusan bendang berteres, memanfaatkan nilai kebudayaan bagi warisan pertanian mengikut keadaan tempatan, menyokong transformasi dan pembangunan bagi budaya warisan pertanian, dan menggalakkan penyepaduan pelbagai dimensi bagi perlindungan bendang berteres dengan pelancongan kebudayaan dan pewarisan warisan budaya tak ketara. Ia telah melancarkan aktiviti secara inovatif seperti penggunaan awam bagi bendang berteres, pendidikan penyelidikan dan kajian, dan penggalakan pelancongan melalui penganjuran festival. Dengan menyepadukan secara mendalam pertanian, budaya dan pelancongan, Loudi telah meningkatkan pemulihan semula secara menyeluruh kawasan luar bandar, membawa warisan pertanian “untuk hidup”, menggiatkan industri berkaitan dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

Pada musim bunga, bendang berteres Ziquejie menyerupai reben perak; pada musim panas, ia mengocak seperti ombak hijau; pada musim luruh, ia bersinar seperti pergunungan emas; pada musim sejuk, ia berkilauan seperti kaca berwarna... Pemandangan empat musim di Ziquejie itu menarik perhatian dunia dengan daya tarikannya yang unik. Pada tahun 2024, Ziquejie menerima lebih 600,000 orang pelancong dan memperoleh pendapatan pelancongan yang komprehensif kira-kira 200 juta yuan.

Memandangkan "pemandangan yang berlimpahan" itu menjadi satu "tarikan pelancong", kawasan bendang berteres berusia ribuan tahun ini mengumpulkan momentum yang hebat untuk memulakan satu lembaran baharu yang hebat di dalam mengintegrasikan pertanian, budaya dan pelancongan, serta melukis sebuah gambaran yang indah tentang pemulihan semula luar bandar.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi  Persidangan Pertukaran Kebudayaan Pertanian dan Pembelajaran Bersama "Bendang Berteres Ziquejie dalam Dialog dengan Dunia"

--BERNAMA

 

+