TEATER ANAK TANJUNG “DRAMA DALAM DRAMA” MENGANGKAT KARYA SASTERAWAN NEGARA DATO’ DR. NOORDIN HASSAN

Isnin 22/09/2025

Table
Pementasan Karya Teater 'Anak Tanjung' yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)


GEORGETOWN, 22 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang dan Persatuan Seni Kreatif Budaya Warisan Estetik Pulau Pinang (Sekenet) telah menganjurkan Pementasan Karya Teater “Anak Tanjung” karya Sasterawan Negara Dato’ Dr. Noordin Hassan bermula pada 26 dan 27 September 2025 bertempat di Auditorium P.Ramlee JKKN Pulau Pinang.
 
Program Pementasan Karya Teater ini merupakan satu inisiatif dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibawah  program yang mengetengahkan karya-karya tokoh yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia dalam bidang seni budaya seperti Seniman Negara dan Sasterawan Negara. Pada tahun ini JKKN Pulau Pinang mengangkat karya Dato’ Dr. Noordin Hassan, merupakan seorang anak jati kelahiran negeri Pulau Pinang. Beliau adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang ke 7 pada tahun 1993. Beliau juga terkenal dengan gelaran “Datuk Drama dan Cikgu Drama” kerana dengan penghasilan drama dan teater yang mencuit minda pembaca dan penonton dan melepaskan mereka di situ untuk mencari jawapan seterusnya.
  
Teater “Anak Tanjung” merupakan nukilan Sasterawan Negara Dato’ Dr. Noordin Hassan yang terkenal dengan sebuah kisah kehidupan masyarakat Pulau Pinang khususnya anak muda di kawasan Tanjung yang memaparkan perjuangan beberapa individu untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara pada zaman penjajahan iaitu zaman Inggeris, diikuti Jepun dan kedatangan Inggeris semula. Drama ini dibahagikan kepada 47 bahagian atau struktur yang menceritakan “Drama dalam Drama” yang mempunyai jalan ceritanya tersendiri dengan pelbagai watak yang dimainkan bagi menarik perhatian para penonton untuk menghayati setiap jalan cerita dan menjiwainya.
 
Pementasan teater ini juga akan menghimpunkan seramai 85 orang tenaga produksi dimana 16 daripadanya adalah bahagian pengurusan produksi dan artistik antarannya Halimi bin Mohd Noh sebagai Pengarah 1, Veera bin Masura sebagai Pengarah 2, Farihah binti Abdullah sebagai Pengurus Produksi, Muhammad Azim bin Abdul Halim sebagai Pengurus Pentas, Muhammad Hafiizh bin Serajuddin sebagai Pengarah Teknikal, Ahmad Mahyuddin bin Othman sebagai Pengarah Muzik, Penata Bunyi oleh Mohd Faidzal bin Ahmad, Penata Cahaya oleh Yusnirizuwan bin Yusof, Tatarias oleh Amirah Zafirah binti Anissobri, Kostum oleh Amirah Zubairah bin Anissobri, Grafik oleh Mohd Nizam bin Ramli, Multimedia dan Video oleh Shamsul Ikhmal bin Mansori,  Nurul Hafizi bin Ahmad sebagai Jurilatih Tari dan Muhammad Shahir bin Noor sebagai Pereka Set.
 
Pementasan Karya Teater ini bukan sahaja memartabatkan seni, budaya, bahasa dan sastera kebangsaan tetapi ia dapat memberi peluang juga kepada penggiat seni tempatan terutama dalam bidang seni teater untuk terus berkarya dengan mengangkat warisan seni budaya agar tidak di telan zaman.
 
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang
Tel: 04-281 7791 Faks: 04-281 7781
Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my  E-mel: ukk@jkkn.gov.my
 
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, X & YouTube: @mysenibudaya  

SUMBER: Persatuan Legasi Cinta Seni

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Nama: Muhammad Nizam bin Ahmad
Unit Komunikasi Korporat, 
JKKN Pulau Pinang
Tel: 04-281 7791 / 017-524 1480
E-mel: mnizam@jkkn.gov.my

Nama: Ahmad Fitri bin Nordin
Unit Komunikasi Korporat, 
JKKN Pulau Pinang
Tel: 04-281 7791 / 018-355 8704
E-mel: fitrinordin@jkkn.gov.my

--BERNAMA
 


 
+