
Teater Bahasa Melayu SJKC yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
KUALA LUMPUR,
23 Sept (Bernama) -- Program Teater Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung pada hari Khamis, 25 September 2025 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Program berprestij ini dianjurkan bahawa kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN) dan Persatuan Guru Besar SJKC Malaysia.
Pertandingan kali ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dengan melibatkan sebanyak
29 buah Sekolah Kebangsaan Cina (SJK Cina) dari seluruh negara, dengan penglibatan seramai
288 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, hanya
16 sekolah terbaik akan melangkah ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara kebangsaan.
Apa yang menjadikan pertandingan ini unik ialah semua persembahan teater dipentaskan sepenuhnya dalam
Bahasa Melayu. Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif menggalakkan penguasaan dan penghayatan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar SJK Cina, di samping memartabatkan seni teater sebagai medium pembelajaran dan penghayatan budaya yang berkesan.
Menurut pihak penganjur, pertandingan ini bukan sekadar medan mengasah bakat pelajar dalam bidang seni teater, malah ia turut memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan kreativiti, daya imaginasi dan penghayatan terhadap isu-isu masyarakat. Melalui persembahan yang dipentaskan, para pelajar akan menyampaikan mesej pendidikan, moral dan nilai murni yang boleh dijadikan teladan oleh khalayak penonton.
Selain itu, penganjuran pertandingan ini turut berperanan sebagai wadah memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Seni teater dijadikan jambatan untuk merapatkan hubungan antara pelajar berbeza latar belakang dengan memanfaatkan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi dan pengantar dalam seni persembahan. Dengan cara ini, kecintaan terhadap bahasa kebangsaan dapat dipupuk sejak di bangku sekolah.
Pertandingan ini juga dilihat sebagai usaha murni dalam memperkasa peranan seni budaya sebagai salah satu bentuk pembelajaran yang kreatif. Seni teater bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut berfungsi sebagai medium mendidik, membina keyakinan diri serta melatih keberanian pelajar dalam berkomunikasi di khalayak ramai. Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada perkembangan sahsiah dan bakat generasi muda negara.
Program Teater Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Kebangsaan 2025 sekali gus menjadi
platform penting bagi memperkukuh usaha ke arah memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa budaya dan bahasa perpaduan. Dengan penglibatan aktif
288 pelajar dari 29 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) seluruh negara, pertandingan ini bukan sahaja mengangkat martabat bahasa kebangsaan, malah turut menyerlahkan keindahan dan kekuatan seni teater sebagai warisan budaya yang harus terus dipertahankan.
Dikeluarkan Oleh:Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel : 03-2614 8200 Faks : 03-2697 0786
Website:
www.jkkn.gov.my Email:
ukk@jkkn.gov.myPlatform Media Sosial Rasmi JKKN: Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya 3
Instagram, Twitter & You Tube: @mysenibudaya
SUMBER: Persatuan Kebudayaan Han Malaysia UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Dato’ Goh Hin San
Presiden
Persatuan Kebudayaan Han Malaysia
E-mel: info@hccm.com.my
Tel: 03-61516684 / 017-3330226
Nama: Nik Mohd Fadly Nik Mat
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
E-mel: nikfadly@jkkn.gov.my
Tel: 013-382 2115
--BERNAMA