MPC PACU PENGURUSAN MODEN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) MELALUI PENSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE5.0) PERTAMA DI MALAYSIA

Selasa 23/09/2025

SERI ISKANDAR, 23 Sept (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyerahkan Sijil Quality Environment (QE) 5.0 kepada Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), menjadikannya universiti pertama di Malaysia menerima pengiktirafan tersebut.
 
Majlis penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah, mewakili Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC kepada Ir. Mohamed Firouz Asnan, Presiden Universiti Teknologi Petronas. Pencapaian ini membuktikan keupayaan UTP mengintegrasikan amalan pengurusan moden secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi negara meningkatkan produktiviti dan daya saing.
 
Melalui penerapan prinsip QE 5.0, UTP berjaya meningkatkan tahap keselamatan makmal kepada 98.6% dengan kadar Overall Equipment Availability (OEA) 97.4% daripada 3,206 peralatan makmal.
 
Pendekatan ini melibatkan penggunaan teknologi pintar, automasi, pemantauan masa nyata serta pengurusan lean yang telah menghasilkan impak nyata terhadap keselamatan, keberkesanan dan kelestarian operasi universiti.
 
Kejayaan UTP akan menjadi Proof of Concept (POC) berharga yang boleh dikongsi bersama universiti lain dan pihak berkepentingan bagi memacu transformasi produktiviti serta kelestarian di sektor Pendidikan tinggi dan industri.
 
“MPC yakin pencapaian ini mampu memperkukuh ekosistem produktiviti negara yang lebih inklusif, inovatif dan mampan,” ucap Mazrina.
 
“UTP telah muncul sebagai Lighthouse, iaitu penanda aras rujukan kepada organisasi lain dalam melaksanakan amalan persekitaran berkualiti yang inovatif dan mampan,” kata Ir. Firouz, pada Majlis Penyerahan Sijil QE5.0 di kampus UTP di Seri Iskandar, Perak.
 
MPC berharap pengiktirafan QE5.0 ini dapat menjadi pemangkin untuk UTP terus melonjakkan kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan modal insan negara.
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan tiga teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membentuk ekosistem yang teguh. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.  

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nik Haneez Amizan Nik Rosdi
Tel: 019-7181804 
E-mel: nikhaneez@mpc.gov.my
 
Nama: Zaki Bin Jaafar
Tel: 012-2694835
E-mel: zeck@mpc.gov.my

--BERNAMA

 
 

+