Selasa 30/09/2025
KYOTO, Jepun, 30 Sept., 2025 /Kyodo JBN/ --
- Mengukuhkan Komitmen terhadap Pencegahan Penyakit Kardiovaskular dan Pemantauan Tekanan Darah di Rumah –
OMRON HEALTHCARE Co., Ltd., sebuah peneraju dunia di dalam peralatan perubatan berinovatif untuk penjagaan kesihatan pencegahan, mengumumkan bahawa jualan terkumpul di seluruh dunia bagi alat pemantau tekanan darah (BPM) OMRON telah melebihi 400 juta unit. Pencapaian penting ini menekankan komitmen jangka panjang syarikat itu untuk memanjangkan jangka hayat sihat melalui kemajuan alat pemantauan tekanan darah di rumah dan penjagaan kardiovaskular pencegahan.
Logo: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000242/202509195504/_prw_PI1fl_k2sj30Cw.png
Imej: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000242/202509195504/_prw_PI2fl_68Qw97R2.png
Perjalanan bermula lebih setengah abad yang lalu, dengan pelancaran BPM berjenama OMRON yang pertama pada tahun 1973, ketika itu semua pengukuran tekanan darah hanya dijalankan di kemudahan perubatan. Pada masa kini, hasil kemajuan di dalam teknologi, sesiapa sahaja boleh mengukur tekanan darah mereka sendiri dengan mudah dan tepat di rumah, dan OMRON Healthcare terus menerajui evolusi di dalam pengurusan tekanan darah untuk menyokong penjagaan kesihatan pencegahan, termasuk usaha untuk mengesan keadaan yang berpotensi mengancam nyawa seperti fibrilasi atrium (AFib) pada peringkat awal.
Apabila babak baharu bermula, peranti terkemuka industri dan platform kesihatan digital OMRON Healthcare terus mengubah pemantauan harian untuk menjadi sebuah alat yang berkuasa bagi melindungi kesihatan global. Dengan pengedaran di lebih 130 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, OMRON Healthcare adalah komited untuk memastikan akses kepada alat pemantau tekanan darah di rumah yang tepat dan mampu milik dalam pasaran baru muncul di mana sumber penjagaan kesihatan pencegahan kekal terhad, seterusnya membantu mengurangkan jurang kesihatan melalui pengesanan awal dan campur tangan di dalam komuniti yang paling berisiko.
"Mencapai jualan 400 juta unit bukan sekadar satu angka -- ia mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh berjuta-juta orang terhadap OMRON Healthcare dalam menyokong perjalanan mereka ke arah kehidupan yang lebih panjang dan lebih sihat," kata Ayumu Okada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, OMRON HEALTHCARE Co., Ltd. "Kualiti dan ketepatan alat pemantau tekanan darah OMRON diiktiraf secara meluas oleh kalangan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Kami tetap komited terhadap visi 'Melangkah ke arah SIFAR', dengan bermatlamat untuk menghapuskan kejadian serebro-kardiovaskular secara global dengan membangunkan teknologi yang menghubungkan kehidupan harian dan penjagaan kesihatan, memperkasakan setiap individu di mana-mana untuk mengambil tindakan pencegahan. Kami akan terus mempromosikan produk, perkhidmatan dan usaha pendidikan yang berinovatif bagi meningkatkan kesedaran tentang risiko hipertensi -- bukan sahaja untuk mereka yang telah didiagnosis, tetapi juga bagi mereka yang mungkin belum menyedari bahawa mereka berisiko."
https://healthcare.omron.com/going-for-zero/400-million
Inovasi untuk Penjagaan Pencegahan
Berasaskan lebih 50 tahun kepakaran, OMRON Healthcare terus memajukan teknologi yang mengubah alat pemantau tekanan darah kepada menjadi peranti penjagaan pencegahan yang penting, melalui inovasi termasuk:
- Pemantauan kesihatan digital yang disambungkan: Peranti yang dilengkapi dengan Bluetooth boleh disepadukan dengan aplikasi OMRON connect (TM), menyokong visualisasi trend, perkongsian bersama keluarga dan pemantauan oleh doktor.
- Pengesanan yang dikuasakan oleh AI: Teknologi Intellisense AFib (TM) yang unik dan telah diluluskan oleh FDA membolehkan pengesanan awal fibrilasi atrium semasa pemantauan rutin.
- Pengukuran bersepadu: Complete (TM) monitor menggabungkan bacaan tekanan darah dan ECG, yang boleh dikongsi dengan lancar bersama pakar perubatan melalui aplikasi OMRON connect (TM).
- Perkongsian pemantauan jarak jauh: Perniagaan Kesihatan Digital OMRON terus berkembang dengan pemerolehan anak syarikat baharu Luscii, dan perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat antarabangsa.
Maklumat mengenai OMRON Healthcare: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202509195504-O1-1133eHlN.pdf
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman web: https://healthcare.omron.com/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/omron-healthcare-co-ltd-/
Sumber: OMRON HEALTHCARE Co., Ltd.
--BERNAMA