AT&S Malaysia, pengeluar substrat litar bersepadu (IC) untuk pemproses pusat data AMD dan pelanggan-pelanggan yang lain, baru-baru ini menganjurkan satu program komuniti di Kulim, di mana ia beroperasi, untuk penglibatan pihak berkepentingan. KULIM, 1 Okt (Bernama) -- AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan program komuniti di Kulim yang memberikan fokus utama kepada “STEM” (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Dengan tujuan untuk memperkukuhkan penglibatan komuniti, “
AT&S ‘Santuni’ Komuniti Kampung Seluang” telah berlangsung selama setengah hari di Sekolah Kebangsaan Kampung Seluang. Program tersebut dihadiri dan disokong oleh lebih kurang 150 murid-murid, guru-guru, para ketua komuniti dan para pekerja AT&S.
“AT&S ‘Santuni’ Komuniti Kampung Seluang” adalah program penglibatan komuniti berasaskan tujuan yang mempunyai dua objektif utama. Pertama, untuk meningkatkan rasa minat murid-murid dalam “STEM” untuk memupuk bakat dalam kejuruteraan dan sains dengan lebih banyak dalam Malaysia. Lebih kurang 60 murid-murid diperkenalkan dua jenis aktiviti STEM secara praktikal. Aktiviti-aktiviti ini dibimbing oleh para jurutera AT&S. Tambahan itu, AT&S telah menderma “smart TV” bagi menyokong sekolah tersebut dengan e-pembelajaran dan program pembelajaran interaktif.
“Penglibatan komuniti adalah keutamaan tinggi dalam operasi pembuatan kami. Pada tahun 2024, kami telah memindah ke Kampus AT&S di Kulim Hi-Tech Park dan telah mula pembuatan volum tinggi sejak Mei 2025. Bagi pihak pengurusan, ia adalah sangat penting bagi kami untuk berhubung dan kekal berinteraksi dengan anda supaya para pihak berkepentingan yang berdekatan dapat memahami dengan lebih jelas tentang operasi pembuatan kami. Pada masa akan datang, kami bercadang untuk menganjurkan program penglibatan yang sama.”, kata Sharifah Salmah Syed Harun, Pengarah Kanan Sumber Manusia. Beliau telah merasmikan program tersebut bagi pihak Naib Presiden Kanan AT&S dan Pengarah Urusan, Suan See Yap.
Selanjutnya, para pakar AT&S HSE (Health, Safety and Environment)
(Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran), ESG (Environment, Social and Governance)
(Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus), Sekuriti dan
HR (Human Resource) (Sumber Manusia) menganjurkan “Sembang Komuniti” bersama para ketua komuniti. Ia juga merupakan platform untuk berinteraksi dan memberikan maklum balas. Semasa sesi tersebut, AT&S memberikan maklumat terkini berkenaan status operasi, termasuklah pencapaian pensijilan ISO yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, ISO14001 and ISO45001, yang menekankan komitmen persekitaran dan sosial AT&S. Ini adalah sebahagian daripada komitmen AT&S yang lebih luas terhadap pembangunan yang bertanggungjawab dalam memastikan bahawa operasi pembuatan kami selamat, lestari, dan selaras dengan jangkaan pihak berkepentingan.
Program yang berjaya ini telah ditutup dengan pertukaran hadiah korporat antara Syed Harun dari AT&S dan Mohd Azlan Jusoh, Penghulu Mukim Sungai Seluang/Padang Cina, serta Noriza Che Yahaya, guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang. Program ini kemudian diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang memenangi pertandingan program STEM.
AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft – Advanced Technologies & SolutionsAT&S merupakan pengeluar global terkemuka bagi substrat litar bersepadu (IC) dan papan litar bercetak yang berkualiti tinggi. AT&S mengindustrikan teknologi “interconnect” termaju untuk industri digital utama: peranti mudah alih, automotif & aeroangkasa, perindustrian, perubatan serta pengkomputeran berprestasi tinggi
untuk aplikasi AI. Dengan tapak pengeluaran di Austria (Leoben, Fehring), China (Shanghai, Chongqing), Malaysia (Kulim), India (Nanjangud) dan pusat kompetensi Eropah untuk penyelidikan dan Pembangunan (“R&D”) serta pengeluaran substrat litar bersepadu (IC) di Leoben, AT&S membentuk transformasi digital secara aktif – melalui pelaburan berwawasan dalam “R&D”, serta penggunaan sumber secara bertanggungjawab. Syarikat ini kini menggaji sekitar 13,000 orang. Untuk maklumat lanjut sila layari
www.ats.net Muat turun mediaDalam portal media AT&S
https://ats.canto.de/v/press anda akan mendapati sumber gambar mengenai AT&S yang sentiasa dikemas kini.
SUMBER: AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Hubungan media:
Nama: Gerald Reischl
Naib Presiden Korporat Komunikasi
Tel: +43 3842 200 4252; +43 664 8859 2452
Emel: g.reischl@ats.net
Nama: Ruth Foo
Pengurus Kanan Komunikasi (Malaysia)
Tel: +604-4818000; +6012 8922883
Emel: ruth.foo@my.ats.net
--BERNAMA