Semua pemenang dinilai dan dipilih oleh
barisan panel hakim profesional.
Dalam majlis berkenaan juga,
Tourism Malaysia serta Perodua Malaysia dan rakan kerjasama strategik iaitu
Canon, Sony, Samsung, OPPO dan Huawei turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertama, kedua dan ketiga untuk setiap kategori dan sub kategori masing-masing. Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan bagi pertandingan ini mencecah RM400,000.
Selain itu,
Perodua Malaysia, Batik Air, Sabah Tourism Board, Tourism Melaka, Tourism Johor, Langkawi Development Authority (LADA), Penang Global Tourism, Sarawak Forestry Corporation, PULSE Group, KL Tower, The Waterfront Hotel Kuching, A’Famosa Resort, dan Yeos Malaysia Sdn. Bhd., turut terlibat dalam menjayakan pertandingan ini sebagai
rakan penaja.Malaysia Photo Hunt 2025 membuktikan bahawa seni visual mampu menjadi pemangkin kepada pelancongan negara. Inisiatif seperti ini bukan sahaja menggalakkan pelancongan domestik dan antarabangsa, malah mengangkat bakat seni visual tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Tourism MalaysiaLembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa. Penganjuran kempen Melawat Malaysia 2026 bakal meraikan kelestarian industri pelancongan negara seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).
Selain itu, Tourism Malaysia turut menyokong Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke arah merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosikan wilayah serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di
Facebook,
Instagram,
X,
YouTube, dan
TikTok.