LONDON, 3 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean”), sebuah syarikat gas asli cecair (LNG) yang ditubuhkan dan diuruskan oleh EIG, sebuah syarikat pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian muktamad untuk memperoleh pegangan sebanyak 20% dalam entiti utama PETRONAS di Kanada.
Transaksi tersebut merangkumi pegangan sebanyak 20% dalam North Montney Upstream Joint Venture (“NMJV”), yang memegang pelaburan huluan PETRONAS di Kanada, serta 20% pegangan dalam North Montney LNG Limited Partnership (“NMLLP”), yang memegang penyertaan ekuiti 25% PETRONAS dalam Projek LNG Canada.
LNG Canada ialah projek eksport LNG pertama di Kanada dan mewakili pembangunan strategik penting, membekalkan LNG ke Asia pada kos bekalan yang kompetitif. LNG Canada telah menghantar kargo LNG pertamanya awal tahun ini.
NMJV ialah sebuah perkongsian yang memegang lebih 800,000 ekar hak mineral kasar dengan 53 trilion kaki padu rizab dan sumber bersyarat.
Selepas penyelesaian transaksi ini, MidOcean akan memegang kedudukan merentasi rantaian nilai bersepadu, merangkumi pembangunan sumber huluan di North Montney serta proses cecair dan eksport hiliran melalui LNG Canada melalui penyertaannya dalam NMLLP. Melalui perkongsian ini dengan PETRONAS, MidOcean berupaya memperoleh isipadu LNG sebanyak 0.7 Juta Tan Setahun (MTPA) dengan potensi peningkatan melalui Fasa 2 LNG Canada.
R. Blair Thomas, Pengerusi MidOcean dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata: “Transaksi ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan MidOcean. Kami berbangga dapat berganding bahu dengan PETRONAS dalam usaha menyalurkan LNG yang boleh dipercayai dengan kos rendah ke pasaran global. Penyertaan kami turut mengukuhkan portfolio MidOcean, memastikan pengambilan LNG yang signifikan, serta mengukuhkan komitmen kami untuk membina perniagaan LNG yang pelbagai dan tahan lasak untuk dekad-dekad akan datang."
De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean, berkata: “Kami teruja untuk menjalin perkongsian jangka panjang ini dengan PETRONAS, peneraju dalam industri LNG dan sebuah syarikat yang kami hormati. Pelaburan ini merupakan cerminan jelas keyakinan kami terhadap masa depan LNG serta peranannya dalam jangka panjang untuk menyokong keselamatan tenaga global dan mendasari peralihan tenaga yang praktikal pada kos yang lebih rendah.”
Transaksi ini dijangka akan selesai pada suku keempat 2025, tertakluk kepada kelulusan peraturan yang biasa.
RBC Capital Markets bertindak sebagai penasihat kewangan MidOcean, dan Latham & Watkins bertindak sebagai penasihat undang-undang.
Maklumat Tentang EIGEIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan aset di bawah pengurusan sebanyak $23.8 bilion setakat 30 Jun 2025. EIG mengkhusus dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga secara global. Sepanjang 42 tahun sejarahnya, EIG telah melaburkan $51.3 bilion dalam sektor tenaga melalui 420 projek atau syarikat di 44 negara di enam benua. Pelanggan EIG merangkumi banyak pelan persaraan terkemuka, syarikat insurans, dana amanah, yayasan, dan dana kekayaan berdaulat di Amerika Syarikat, Asia, dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C., dengan pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong, dan Seoul.
Maklumat Tentang MidOcean EnergyMidOcean Energy, sebuah syarikat LNG yang ditubuhkan dan diuruskan oleh EIG, berhasrat untuk membina portfolio LNG global yang pelbagai, tahan lasak, kompetitif daripada segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG bahawa LNG merupakan elemen penting dalam sistem tenaga global yang lebih rendah karbon, kompetitif, dan lebih selamat. MidOcean Energy mempunyai kepentingan LNG yang pelbagai, termasuk dalam Gorgon LNG, Pluto LNG, QCLNG dan Peru LNG. Syarikat ini diterajui oleh De la Rey Venter, seorang veteran industri dengan pengalaman 27 tahun yang pernah memegang pelbagai jawatan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web MidOcean Energy di
www.midoceanenergy.com atau laman web EIG di
www.eigpartners.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
ContactsMaklumat Hubungan EIG/MidOceanFGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com Sumber: EIG
--BERNAMA