
MIMOS Berhad menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Belanjawan 2026, khususnya tumpuan terhadap inovasi, teknologi hijau dan digital, dan pembangunan bakat, yang merupakan pemacu teras bagi fasa pertumbuhan Malaysia seterusnya.
BUKIT JALIL, 13 Okt (Bernama) -- MIMOS Berhad, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Gunaan Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, serta memuji tumpuan Kerajaan terhadap inovasi, kedaulatan teknologi, transformasi digital dan pembangunan bakat sebagai pemacu utama fasa pertumbuhan mampan dan inklusif Malaysia yang seterusnya.
Peningkatan jumlah peruntukan keseluruhan, berserta pelaburan bersasar dalam bidang AI, semikonduktor, teknologi hijau dan digital, membuktikan tekad Kerajaan untuk memperkukuh ekonomi berasaskan inovasi negara. Walaupun terdapat pengurangan perbelanjaan pembangunan (DE), peningkatan perbelanjaan mengurus (OE) akan membolehkan penciptaan lebih banyak pekerjaan, melahirkan bakat baharu dan memperkukuh ekosistem inovasi negara.
Memacu Ekonomi Inovasi Malaysia
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MIMOS, Dr Saat Shukri Embong, berkata langkah-langkah yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2026 mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai ekonomi yang dipacu inovasi dan teknologi.
“Penekanan Kerajaan terhadap penyelidikan, pengkomersialan teknologi dan pembinaan kapasiti digital, termasuk RM5.9 bilion bagi Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (RDCI) serta RM2 bilion bagi infrastruktur Sovereign AI Cloud, mencerminkan hasrat nasional untuk memperkukuh daya tahan dan daya saing ekonomi.
Sebagai Pusat R&D Gunaan Negara, MIMOS akan terus merapatkan jurang antara penemuan saintifik dan aplikasi sebenar, memastikan setiap inovasi ciptaan rakyat Malaysia memberi manfaat kepada industri dan komuniti tempatan.”
Dr Saat Shukri turut menambah bahawa inisiatif MIMOS melalui MIMOS Technology Preview (MTP) 2025, yang diadakan baru-baru ini sempena sambutan ulang tahun ke-40 MIMOS, telah mempamerkan lebih 25 teknologi tempatan merangkumi bidang semikonduktor, elektronik termaju, kecerdasan buatan (AI), inovasi hijau dan kecerdasan kuantum, sejajar dengan keutamaan strategik yang digariskan dalam Belanjawan 2026.
Memperkasa Transformasi Industri Melalui Teknologi
Ketua Pegawai Teknologi MIMOS, Dr Pannirselvam Kanagaratnam, berkata sokongan berterusan Belanjawan 2026 terhadap kecemerlangan semikonduktor, bahan termaju dan transformasi industri digital akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai teknologi global.
“Belanjawan 2026 memperkenalkan kemudahan pembiayaan R&D bernilai RM500 juta bagi industri semikonduktor serta inisiatif baharu seperti Strategi Semikonduktor Nasional dan inkubator SemiconStart, yang bertujuan mempercepat keupayaan reka bentuk dan fabrikasi tempatan.
Daripada pembuatan pintar dan penyelesaian berasaskan data hingga tenaga mampan dan bahan termaju, Belanjawan ini membuka peluang besar untuk mempercepat penerimaan teknologi dalam kalangan industri tempatan. MIMOS akan terus bekerjasama dengan MOSTI dan rakan industri bagi memacu kecemerlangan R&D ke arah penyelesaian pasaran yang berimpak tinggi.”
Memperkukuh Pengkomersialan dan Jalinan Industri
Ketua Pegawai Strategi, Ramesh Kumar Nadarajah, menegaskan bahawa pendekatan perkongsian awam-swasta (PPP) yang digariskan dalam Belanjawan 2026 menyediakan asas kukuh untuk pembangunan bersama, pengkomersialan dan pelaburan asing dalam sektor teknologi mendalam (deep tech).
“Inovasi berkembang apabila idea berpadu dengan industri. Peruntukan RM200 juta bagi Dana Pelaburan Bersama Strategik serta RM750 juta untuk pembiayaan modal teroka dan startup teknologi membuka laluan baharu untuk kerjasama dan pelaburan, sekali gus meningkatkan kelebihan daya saing industri dan menarik minat pelabur global.”
Ketua Pegawai Komersial MIMOS, Razman Jaafar, menekankan bahawa Belanjawan 2026 menyerlahkan komitmen negara dalam memajukan teknologi tempatan serta memperkukuh daya saing industri.
“Langkah-langkah bagi memperluas akses pasaran, memperkemas rangka kerja perdagangan dan peraturan, serta memperkukuh keupayaan PKS amat bertepatan pada waktunya untuk memacu pertumbuhan yang mampan. MIMOS bersedia memperluas saluran pengkomersialan, memeterai kerjasama strategik, serta menukarkan hasil R&D kepada teknologi berimpak tinggi, peluang pekerjaan dan nilai ekonomi jangka panjang untuk negara.”
Membina Tenaga Kerja Masa HadapanKetua Pegawai Operasi, Abdul Rashdee Abdul Kadir, menekankan kecekapan operasi dan keupayaan pelaksanaan amat penting bagi memastikan pelaburan Kerajaan dalam teknologi memberi impak yang nyata.
“Ketangkasan operasi dan kecekapan projek adalah kunci untuk memastikan setiap pelaburan dalam R&D menghasilkan manfaat sosioekonomi yang berpanjangan. Belanjawan 2026 menegaskan komitmen MIMOS terhadap tadbir urus terbaik, kecemerlangan operasi dan prestasi tinggi.”
Ketua Turus Kumpulan, Nurezmy A. Majid, berkata, “Penekanan Belanjawan 2026 terhadap peningkatan kemahiran, latihan semula dan pembangunan bakat, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi dan berasaskan inovasi seperti AI, semikonduktor dan teknologi digital, amat bertepatan dan sejajar dengan agenda pembangunan bakat MIMOS. Melalui
MIMOS Academy, kami komited melaksanakan program peningkatan dan latihan semula kemahiran dalam teknologi termaju sambil bekerjasama dengan industri dan institusi akademik bagi melahirkan generasi inovator dan penyelidik masa depan.
Dengan peruntukan RM7.9 bilion bagi TVET dan RM3 bilion melalui HRD Corp untuk latihan, Belanjawan ini jelas menunjukkan komitmen Malaysia terhadap pembangunan bakat bagi ekonomi berasaskan inovasi. MIMOS berbangga menyokong agenda berwawasan ini dengan memperluas peluang kepada rakyat Malaysia untuk menguasai kemahiran digital dan teknologi terkehadapan yang akan memacu inovasi serta meningkatkan daya saing negara.”
Menuju Masa DepanMIMOS percaya bahawa
Belanjawan 2026, yang merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030),
membina asas kukuh bagi aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai negara digital dan teknologi mendalam yang berdaya saing di peringkat global.
MIMOS akan terus berperanan sebagai pemangkin strategik dalam bidang teknologi termaju, dasar inovasi dan pembangunan bakat, dengan bekerjasama rapat bersama MOSTI dan pelbagai pihak berkepentingan nasional untuk memacu masa depan yang inklusif, mampan dan diperkasa oleh inovasi dan teknologi.
Mengenai MIMOS Berhad MIMOS adalah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pusat inovasi Malaysia dalam bidang semikonduktor, mikroelektronik dan teknologi ICT. MIMOS menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi negara melalui platform, produk dan penyelesaian teknologi yang boleh dipatenkan, memperkukuh keupayaan teknologi mendalam (
deep tech) negara.
Sejak penubuhannya, MIMOS telah memfailkan lebih 1,400 paten dalam pelbagai domain teknologi dan bidang sosioekonomi utama, sekali gus memperkukuh perjalanan transformasi digital Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan, aktiviti R&D MIMOS kini memfokus kepada Penyelidikan Semikonduktor & Filem Nipis, Elektronik Termaju & Sistem Terbenam, serta Teknologi Pembuatan dan Negara Pintar. MIMOS akan terus memperkukuh kerjasama strategik, meneroka peluang baharu di peringkat global serta memupuk budaya teknousahawan, inovasi dan prestasi tinggi berasaskan nilai kepercayaan dan kreativiti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.mimos.my.
SUMBER: MIMOS Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Nama: Patricia Liew
Pengurus
Komunikasi Korporat
E-mel: patricia.liew@mimos.my
Nama: Nurazuin Wahab
Penolong Pengurus
Komunikasi Korporat
E-mel: nurazuin.wahab@mimos.my
Nama: Nuramalina Husna
Eksekutif Kanan
Komunikasi Korporat
E-mel: Nuramalina.nurdin@mimos.my
--BERNAMA