
Gotrade lancar dagangan opsyen AS di Asia Tenggara bersama Alpaca, memperluas akses pelaburan global melalui pengalaman mudah alih yang intuitif
NEW YORK & LABUAN, Malaysia, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gotrade, aplikasi pelaburan terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran dagangan opsyen untuk para penggunanya di seluruh Asia Tenggara. Pengembangan produk ini dijayakan melalui kerjasama dengan Alpaca, penyedia infrastruktur API broker yang menawarkan akses kepada opsyen, saham, ETF dan pendapatan tetap.
Pelabur di Asia Tenggara secara tradisinya berdepan dengan akses terhad kepada pasaran global disebabkan oleh yuran pesanan yang tinggi, jumlah deposit minimum yang besar, serta peraturan yang rumit. Namun, penyertaan runcit kini semakin meningkat di Malaysia dan Indonesia, dengan masing-masing mencatatkan 5 juta dan 17 juta pelabur setakat tahun 2025.
Bagi menghapuskan halangan ini, Gotrade membangunkan sebuah platform pelaburan yang membolehkan pengguna melabur dalam saham AS dengan modal serendah USD 1.
Dengan pelancaran dagangan opsyen ini, Gotrade kini menawarkan:
- Akses kepada potensi leverage dan peluang pengurusan risiko
- Visual, petua interaktif dan panduan dalam aplikasi yang membantu menjadikan dagangan opsyen lebih mudah difahami dan tidak menakutkan bagi pengguna baharu
- Pengalaman mudah alih yang intuitif, membolehkan pengguna berdagang strategi seperti long call atau long put hanya dengan beberapa klik. Gotrade turut merancang untuk menambah strategi covered call dan cash-secured put dalam fasa seterusnya
Gotrade memanfaatkan API Broker Alpaca untuk menyokong penawaran derivatif terbarunya, memastikan infrastruktur yang boleh diskalakan dan kukuh bagi pelaksanaan pesanan serta pemprosesan dagangan yang lebih lancar.
“Dagangan opsyen merupakan langkah evolusi semula jadi bagi pengguna kami, dan kami sedang mengubah landskap dengan menjadikan alat yang sebelum ini hanya tersedia untuk pelabur institusi dan individu bernilai tinggi kini boleh diakses oleh semua,” kata Norman Wanto, Ketua Pegawai Eksekutif Gotrade. “Kerjasama dengan Alpaca memberi kami kebebasan untuk berinovasi dan berkembang dengan pantas, sesuatu yang penting dalam membina pengalaman pelaburan yang lebih baik di pasaran pesat membangun seperti Asia Tenggara.”
“Pendekatan Gotrade yang berfokus kepada produk merupakan faktor utama dalam membina kepercayaan dan memacu pertumbuhan di Asia Tenggara. Kami teruja untuk meneruskan kerjasama ini dengan menyediakan infrastruktur yang mereka perlukan untuk melancarkan produk inovatif dengan pantas,” ujar Yoshi Yokokawa, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Alpaca.
Gotrade dan Alpaca kini memperkukuh kerjasama mereka melalui pelancaran dagangan opsyen ini, kesinambungan kepada kolaborasi yang bermula pada tahun 2021 apabila Gotrade memperkenalkan dagangan pecahan saham AS buat pertama kali.
Maklumat tentang AlpacaAlpaca, sebuah broker-dealer berpangkalan di Amerika Syarikat, merupakan peneraju global dalam penyediaan infrastruktur API broker yang memberi akses kepada pelbagai instrumen pelaburan seperti saham, ETF, opsyen dan pendapatan tetap. Syarikat ini menawarkan penyelesaian kewangan fleksibel yang boleh disesuaikan, termasuk pinjaman sekuriti berbayar penuh, akaun tunai berfaedah tinggi, dagangan 24/5, serta pilihan pelaburan patuh Syariah. Hari ini, Alpaca menjadi tulang belakang kepada lebih 7 juta akaun pelaburan di ratusan syarikat fintech dan institusi kewangan di lebih 40 negara, dengan jumlah pembiayaan melebihi USD 170 juta. Untuk maklumat lanjut, sila layari: 
alpaca.marketsMaklumat tentang GotradeGotrade ialah aplikasi pelaburan berasaskan mudah alih yang membolehkan pengguna melabur serendah USD 1 dalam saham pecahan syarikat tersenarai di Amerika Syarikat semuanya melalui platform yang mudah digunakan. Dilancarkan pada tahun 2019, Gotrade membawa visi untuk menjadikan pelaburan sesuatu yang menyeronokkan, adil dan mudah diakses oleh semua, di mana-mana sahaja. Instrumen pelaburan di Gotrade ditawarkan melalui Gotrade Securities Inc., manakala instrumen di Gotrade Indonesia disediakan oleh PT Valbury Asia Futures, broker berlesen Bappebti yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Indonesia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: 
heygotrade.comAlpaca dan Gotrade Securities Inc. tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti antara satu sama lain.Semua bentuk pelaburan melibatkan risiko; untuk maklumat lanjut, sila rujuk Perpustakaan Pendedahan kami. Dagangan opsyen tidak sesuai untuk semua pelabur kerana risikonya yang tinggi dan berpotensi menyebabkan kerugian besar. Sila baca dokumen Ciri dan Risiko Opsyen Piawai sebelum membuat sebarang pelaburan.Dagangan saham pecahan membolehkan pelanggan membeli dan menjual sebahagian kecil saham atau jumlah dalam nilai dolar bagi sekuriti tertentu. Walau bagaimanapun, dagangan saham pecahan mempunyai risiko dan batasan tersendiri yang perlu difahami sebelum melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Perjanjian Pelanggan Alpaca di https://alpaca.markets/disclosures .Perkhidmatan broker sekuriti disediakan oleh Alpaca Securities LLC, ahli FINRA / SIPC , anak syarikat milik penuh AlpacaDB, Inc.AlpacaDB, Inc., syarikat induk kepada Alpaca Securities LLC, menyediakan perkhidmatan dan teknologi termasuk API infrastruktur broker yang menyokong perkhidmatan kewangan Alpaca.Kenyataan ini bukan merupakan tawaran, pelawaan untuk membuat tawaran, atau nasihat untuk membeli atau menjual sekuriti, atau membuka akaun broker di mana-mana bidang kuasa yang Alpaca Securities tidak berdaftar atau tidak dilesenkan, mengikut peraturan yang berkenaan.Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20251026668409/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiHubungan MediaPatrick Valoppi
press@alpaca.marketsSumber: Alpaca
PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini. --BERNAMA