Blackstone Credit & Insurance Melantik Laura Coady sebagai Ketua Global CLO dan Ketua Eropah bagi Strategi Kredit Cair

Khamis 06/11/2025

 
NEW YORK, 6 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blackstone (NYSE: BX) hari ini mengumumkan bahawa Laura Coady, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pasaran Sekuriti Antarabangsa dan Ketua Global CLO di Jefferies, telah menyertai Blackstone Credit & Insurance (“BXCI”) sebagai Ketua Global CLO dan Ketua Eropah bagi Strategi Kredit Cair (LCS).

Coady yang berpangkalan di London, akan menyelia aktiviti CLO BXCI di peringkat global, termasuk pembentukan dan pelaburan CLO, serta mengetuai perniagaan kredit cair di Eropah. Perniagaan LCS BXCI menguruskan dana sebanyak AS$120 bilion merangkumi bon korporat, pinjaman bertuil, CLO dan Kredit Pelbagai Aset. Blackstone adalah pengurus global terbesar bagi CLO dan pinjaman, serta pedagang pinjaman paling aktif. Firma itu mencatat rekod baharu bagi terbitan CLO tahunan global pada tahun 2024, mengatasi rekod sebelumnya yang turut dipegang oleh Blackstone pada tahun 2021.

Dan Leiter, Ketua Antarabangsa dan Ketua Global bagi Strategi Kredit Cair untuk BXCI, berkata: “Kami amat gembira menyambut kedatangan Laura untuk terus mengukuhkan francais CLO global kami dan mengembangkan perniagaan kredit cair ke seluruh Eropah. Kami percaya momentum dalam sektor ini akan terus berkembang apabila pelanggan semakin menyedari kelebihan skala dan pandangan BXCI merentasi landskap kredit yang semakin berkembang.”

Di Jefferies, Coady membantu membina infrastruktur dan pasukan dari awal untuk mewujudkan sebuah platform kewangan berstruktur bertaraf tinggi di Eropah, termasuk francais CLO Eropah yang mengungguli tempat pertama. Pada tahun 2024, beliau mengambil alih kepimpinan perniagaan CLO di Amerika Syarikat. Sebelum itu, Coady berkhidmat selama 14 tahun di Citi, dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Bahagian Penstrukturan, Penerbitan Awal dan Pengedaran CLO Eropah. Pada tahun 2023, beliau menerima anugerah “Outstanding Contribution” daripada GlobalCapital sebagai pengiktirafan atas kepimpinannya selama sedekad dalam pasaran CLO.

Laura Coady menambah: “Saya teruja untuk menyertai Dan dan pasukan BXCI. Kepimpinan Blackstone dalam CLO serta skala operasinya merentasi spektrum kredit yang lebih luas membuka peluang besar untuk menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan di Eropah dan di peringkat global.”

Maklumat Tentang Blackstone Credit & Insurance
Blackstone Credit & Insurance (“BXCI”) ialah salah satu pelabur kredit terkemuka di dunia. Pelaburan kami merangkumi pelbagai pasaran kredit, termasuk pelaburan gred pelaburan swasta, pembiayaan berasaskan aset, pelaburan gred pelaburan awam dan hasil tinggi, sumber lestari, hutang infrastruktur, obligasi pinjaman bercagar, pinjaman langsung, serta kredit oportunistik. Kami berusaha menjana pulangan menarik yang disesuaikan dengan risiko bagi pelabur institusi dan individu dengan menawarkan kepada syarikat modal yang diperlukan untuk mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka. BXCI juga adalah penyedia utama perkhidmatan pengurusan pelaburan untuk syarikat insurans, membantu mereka memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pemegang polisi melalui keupayaan bertaraf dunia kami dalam kredit swasta gred pelaburan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Felix Lettau
+44 75870 20020
felix.lettau@blackstone.com

David Vitek
(212) 583-5291
David.Vitek@blackstone.com
 
Sumber: Blackstone

--BERNAMA
+