·
Kohort Mentor Wanita MyWira 2025 menghubungkan 300 wanita muda di seluruh negara dengan pemimpin industri bagi meningkatkan penyertaan dan kepimpinan wanita dalam ekonomi negara. KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), badan pemikir strategik di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), telah melancarkan
Kohort Mentor Rangkaian Industri Wanita (Women-Industry Network, WIN) 2025 di bawah inisiatif utama
Wanita MyWira, sebagai usaha memperkukuh penyertaan, kepimpinan dan kesaksamaan wanita dalam tenaga kerja negara.
Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama
Girls4Girls Malaysia (G4G) serta
Paragon Group sebagai penaja strategik. Kohort ke-11 ini menghimpunkan lebih
300 wanita muda daripada 25 universiti dan institusi TVET di seluruh negara untuk mengikuti program bimbingan selama lima minggu yang dikendalikan oleh
41 pemimpin wanita daripada pelbagai sektor termasuk teknologi, kejuruteraan, kesihatan dan tenaga boleh baharu.
Membina Rangkaian Kepimpinan Masa Hadapan MalaysiaPengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp,
YB Wong Shu Qi, berkata bahawa
WIN merupakan satu pelaburan penting dalam membina barisan kepimpinan masa hadapan negara.
“Melalui Rangkaian Industri Wanita, kita bukan sekadar melabur dalam potensi individu, tetapi dalam transformasi struktur yang diperlukan bagi mencapai sasaran
penyertaan tenaga buruh wanita sebanyak 60% menjelang 2030,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa peningkatan perwakilan dalam kalangan wanita di peringkat lembaga pengarah — kini sebanyak
33.1% bagi 100 syarikat tersenarai awam utama di Bursa Malaysia, berbanding
14% pada tahun 2015 — adalah satu perkembangan positif, namun kemajuan ini perlu diteruskan dengan usaha pembangunan kepimpinan yang berterusan.
“Untuk mencapai dan mengekalkan
sasaran nasional sebanyak 30% wanita sebagai pembuat keputusan, kita perlu membina keyakinan, kemahiran dan rangkaian yang dapat memperkasa wanita untuk memimpin dan membentuk masa depan tenaga kerja Malaysia,” jelas beliau.
Menghubungkan Kemahiran dan KepimpinanProgram WIN Wanita MyWira memberi tumpuan kepada
pembangunan kepimpinan, keyakinan diri dan kebolehpasaran melalui modul seperti kepercayaan, komunikasi, rundingan, etika serta khidmat awam. Para peserta dipadankan dengan mentor untuk sesi bimbingan secara individu dan pendedahan kepada cabaran sebenar dunia industri.
Inisiatif ini memperkukuh kemajuan Malaysia dalam menutup jurang gender. Jurang gaji antara jantina telah menurun daripada RM211 pada tahun 2023 kepada RM18 pada Mac 2025, manakala penyertaan tenaga buruh wanita meningkat kepada 56.2%, melebihi purata ASEAN.
Kerjasama Demi ImpakIzzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girls International (G4G) berkata, kerjasama dengan TalentCorp membuktikan bahawa kolaborasi berasaskan matlamat bersama mampu mempercepat kemajuan wanita.
“Kerjasama kami bersama TalentCorp melalui Rangkaian Industri Wanita membuktikan bahawa matlamat bersama — mempertingkat peranan wanita dalam kepimpinan dan penyertaan tenaga kerja — boleh diterjemahkan kepada kesan yang nyata dan berkekalan,” katanya.
Sementara itu,
Kruthiga Permar, Pengarah Kanan Bahagian Jalinan Korporat dan Perkongsian di Asia School of Business, turut berkongsi pandangan beliau dengan berkata bahawa “Visi TalentCorp dalam menerajui inisiatif transformasi seperti ini amat wajar dipuji. Rangkaian Industri Wanita memberi ruang kepada wanita muda untuk berkembang, membina jaringan perhubungan dan berjaya — ia benar-benar menjadi pemangkin perubahan dalam landskap bakat Malaysia.”
Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, Rangkaian Industri Wanita (WIN) di bawah Wanita MyWira telah membimbing lebih 1,000 wanita di seluruh negara, dengan kerjasama organisasi terkemuka seperti PETRONAS, Telekom Malaysia, Microsoft, CTOS, dan Asia School of Business. Program ini kini diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Pantai Timur, membuka laluan baharu bagi wanita dalam bidang STEM, TVET dan sektor teknikal.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada mandat TalentCorp untuk memperkukuh tenaga kerja negara serta membina ekonomi berasaskan kemahiran dan inklusif di bawah kerangka dasar Malaysia MADANI.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.talentcorp.com.my/women Mengenai Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) ialah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang diamanahkan untuk melaksanakan strategi bakat nasional dan berperanan sebagai badan pemikir strategik kepada KESUMA. Melalui dasar berasaskan data dan perkongsian strategik, TalentCorp memberi tumpuan kepada pengoptimuman bakat Malaysia, menarik kepakaran global, serta membentuk tenaga kerja masa depan sejajar dengan aspirasi transformasi ekonomi negara.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif TalentCorp, layari
www.talentcorp.com.my ataupun ikuti @TalentCorpMsia di media sosial LinkedIn, Twitter, Facebook dan Instagram.
Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad