​Perhimpunan Agung UN Tourism ke 26 bermula di Riyadh

Isnin 10/11/2025


Table
Sesi ke-26 Perhimpunan Agung UN Tourism bermula di Riyadh


· UN Tourism menandakan 50 tahun kerjasama global apabila para pemimpin dari seluruh industri berkumpul untuk membentuk masa depan pelancongan.

· Yang Mulia Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Negara ini akan memainkan peranan penting dalam memastikan salah satu penjana pekerjaan dan KDNK paling berpengaruh di dunia berkembang seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari.”

· Setiausaha Agung UN Tourism Zurab Pololikashvili – “Perhimpunan Agung UN Tourism mempertemukan para pemimpin pelancongan dari seluruh dunia untuk menetapkan agenda dan membina sektor yang lebih inovatif serta inklusif. Dari Riyadh, kami akan menetapkan agenda pelancongan untuk tahun-tahun akan datang."
 
RIYADH, Arab Saudi, 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sesi ke-26 Perhimpunan Agung UN Tourism bermula hari ini di Riyadh, menandakan sesi pertama dalam sejarah bagi rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta merupakan perhimpunan terbesar sejak penubuhan UN Tourism 50 tahun yang lalu. Kira-kira 160 delegasi dari negara anggota termasuk menteri, pegawai kanan, dan pemimpin industri serta masyarakat sivil berkumpul untuk meraikan lima dekad kerjasama antarabangsa di bawah tema “Pelancongan Berasaskan AI: Mentakrifkan Semula Masa Depan.”

Perhimpunan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi dengan kerjasama dan perancangan meluas bersama UN Tourism serta pelbagai rakan kongsi. Kerjasama ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Arab Saudi dalam memajukan industri tersebut dan memudahkan dialog berimpak di peringkat global.

Selama setengah abad, UN Tourism telah memajukan peluang ekonomi, pemahaman rentas budaya, dan keamanan melalui aktiviti pelancongan. Dengan transformasi digital pesat sektor ini yang mengubah cara manusia meneroka, menempah, dan menikmati destinasi, Perhimpunan tahun ini memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan AI berperanan untuk manfaat manusia dan tempat — menyokong pekerjaan, perusahaan kecil, pengurusan destinasi, serta Matlamat Pembangunan Lestari.

Dalam beberapa hari akan datang, para delegasi akan menyertai empat sesi pleno, beberapa mesyuarat tujuh jawatankuasa khas, serta sesi ke-124 dan ke-125 Majlis Eksekutif — badan eksekutif tertinggi organisasi tersebut. Agenda ini dirangka untuk menggalakkan perbincangan tentang bagaimana kecerdasan buatan dan transformasi digital dapat mempercepatkan pertumbuhan lestari dan inklusif serta memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dalam sektor pelancongan.

Yang Mulia Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan, berkata: “Arab Saudi berbangga kerana dapat menyambut kehadiran delegasi dunia ke Perhimpunan Agung UN Tourism ke-26 ketika kita meraikan 50 tahun kerjasama global dan kemajuan bersama UN Tourism. Minggu ini menandakan detik penting bagi industri kita — peluang untuk membentuk hala tuju pertumbuhan pelancongan dalam dekad-dekad akan datang melalui keterhubungan yang lebih kukuh, kelestarian yang lebih tinggi, pelaburan lebih mendalam dalam modal insan, serta inovasi berasaskan AI.

Pelancongan adalah salah satu kuasa paling berpengaruh di dunia dalam memacu kemakmuran dan persefahaman — mewujudkan pekerjaan, menyokong perusahaan kecil, serta menghubungkan budaya. Berpandukan Wawasan 2030, Kerajaan Arab Saudi komited untuk memastikan pertumbuhan ini terus memacu peluang dan keterangkuman — serta menyambut dunia dengan semangat hospitaliti Saudi yang menjadi lambang identiti kami.”

Setiausaha Agung UN Tourism Zurab Pololikashvili, berkata: “Perhimpunan Agung UN Tourism mempertemukan para pemimpin pelancongan dari seluruh dunia untuk menetapkan agenda dan membina sektor yang lebih inovatif serta inklusif. Dalam beberapa hari akan datang, bermula dengan mesyuarat Ahli Gabungan kami yang pelbagai dan dinamik, diikuti dengan sesi-sesi Perhimpunan Agung, Riyadh akan mempamerkan kuasa pelancongan sebagai pemacu transformasi, pemodenan, dan peluang. Bersama, kita dapat memanfaatkan kuasa teknologi untuk mendorong perubahan positif, mempelbagaikan ekonomi, dan mewujudkan pekerjaan untuk jutaan orang di mana sahaja.”

Dengan mesyuarat sulung yang dijadualkan berlangsung hari ini, Riyadh bersedia menyambut kedatangan delegasi dunia, dengan lokasi serba canggih dan sektor hospitaliti meriah yang mencerminkan komitmen Arab Saudi terhadap penglibatan dan kecemerlangan global.

Sebagai tuan rumah sesi ke-26 Perhimpunan Agung, Arab Saudi kekal berada di barisan hadapan dalam usaha mempromosikan pertumbuhan, kelestarian, dan kerjasama pelbagai hala di bawah payung UN Tourism. Perkongsian jangka panjang Kerajaan ini dengan agensi PBB ini dicirikan oleh penglibatan aktif, inisiatif bersama yang berimpak, serta pencapaian bersejarah termasuk pembukaan pejabat serantau pertama UN Tourism di Timur Tengah di Riyadh dan jawatan pengerusi dua penggal Majlis Eksekutif Arab Saudi pada 2023 dan 2024.

Maklumat Tentang Kementerian Pelancongan

Kementerian Pelancongan mengetuai pembangunan sektor pelancongan di Arab Saudi selaras dengan Wawasan Saudi 2030. Misi kementerian adalah untuk memacu pertumbuhan dalam industri pelancongan yang berkembang pesat di seluruh Negara, menyokong usaha mempelbagaikan ekonomi negara, dan menjadikan Arab Saudi destinasi pelancongan global. Kementerian ini memanfaatkan potensi sektor tersebut dengan merangka dasar dan peraturan inovatif, mewujudkan persekitaran pelaburan yang menarik, memperkasakan sektor swasta, serta melatih bakat tempatan untuk berinovasi, memimpin, dan memperbaharui landskap pelancongan di Saudi.

Maklumat Tentang UN Tourism

Pertubuhan Pelancongan Dunia (UN Tourism) adalah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelancongan yang bertanggungjawab, lestari, dan boleh diakses oleh semua golongan. Dengan kerjasama 160 Negara Anggota, 6 Ahli Bersekutu, dan lebih 500 Ahli Gabungan, UN Tourism berusaha untuk menjadikan sektor pelancongan pemacu utama pertumbuhan ekonomi, pembangunan inklusif, dan kelestarian alam sekitar.

Maklumat Tentang UNTGA

Perhimpunan Agung adalah pertemuan utama Pertubuhan Pelancongan Dunia (UN Tourism).

Perhimpunan ini diadakan setiap dua tahun untuk meluluskan belanjawan dan program kerja serta membincangkan topik-topik yang amat penting bagi sektor pelancongan. Setiap empat tahun, ia memilih seorang Setiausaha Agung. Perhimpunan Agung terdiri daripada Ahli Penuh dan Ahli Bersekutu, manakala Ahli Gabungan serta wakil organisasi antarabangsa lain mengambil bahagian sebagai pemerhati.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251107012471/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Untuk pertanyaan media: Media-Center@mt.gov.sa

Sumber: Ministry of Tourism Saudi Arabia

--BERNAMA
+