(Grafik: Xsolla)Buy Button Untuk Android Di A.S., Ganjaran Harian Boleh Laras, Segmentasi Pematuhan Privasi, Creator Storefronts, Offerwall, Dan Liputan Lanjutan MMP bagi Membantu Memperoleh, Melibatkan, Dan Mengekalkan Pemain. LOS ANGELES, 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global yang membantu pembangun melancarkan, mengembangkan dan menjana pendapatan daripada permainan mereka, mengumumkan ciri serta keupayaan baharu bagi penyelesaian kedai web terkemuka industri. Ketika pasaran A.S. bergerak ke arah era baharu yang lebih terbuka untuk pembayaran luaran, penambahbaikan terbaharu pada Xsolla Web Shop dan Buy Button melengkapkan pembangun dengan alat untuk meningkatkan margin keuntungan dan penglibatan pemain di platform iOS dan Android.
A.S. kini menerajui usaha ke arah ekosistem aplikasi yang lebih terbuka, dengan langkah serupa turut dilaksanakan di UK, Eropah, Jepun, Brazil dan negara lain untuk membolehkan pembayaran luaran dilakukan. Xsolla Web Shop membolehkan studio menyesuaikan diri dengan perubahan ini, seterusnya meningkatkan margin bagi setiap transaksi apabila pilihan penjanaan pendapatan melangkaui gedung aplikasi.
Faedah utama daripada ciri plugin baharu dalam Xsolla Web Shop termasuk:·
Meningkatkan margin keuntungan melalui pembelian lancar dengan Buy Button*: Mengekalkan sehingga 95% hasil bagi transaksi iOS dan Android di A.S. dengan memautkan pemain terus dari dalam permainan ke proses pembayaran satu sentuhan yang lancar.
·
Pengekalan dan penglibatan yang lebih tinggi: Meningkatkan pengekalan pemain melebihi 20% dan hasil Web Shop melebihi 15% dengan ciri yang direka untuk memastikan pengguna terus kembali dan berbelanja lebih banyak:
· Ganjaran harian boleh laras boleh dilancarkan hanya dengan beberapa klik, yang dengan ini menggalakkan kunjungan berulang.
· Segmentasi yang mematuhi keperluan privasi memacu penukaran pembelian dengan memberikan tawaran yang tepat kepada pelanggan yang sesuai.
· Sistem pandangan sedia guna dengan cadangan boleh laksana yang disokong oleh pakar membantu pasukan melancarkan kempen berasaskan amalan terbaik dengan pantas dan berkesan.
·
Memperluaskan capaian Web Shop ke saluran yang dipercayai: Meningkatkan hasil tambahan dan pertumbuhan pembayar baharu dengan menggunakan semula satu katalog Web Shop merentasi platform pencipta, komuniti dan pemesejan, termasuk Discord.
· Pencipta menjadi saluran pertumbuhan yang dipercayai. Dengan Creator Storefronts yang dijana secara automatik, mereka boleh mempromosikan tawaran Web Shop anda melalui halaman berjenama sendiri, seterusnya memacu jualan, tip dan penglibatan peminat yang boleh dijejaki, manakala studio memperoleh hasil tambahan melalui perkongsian hasil yang lancar.
· Komuniti berubah menjadi saluran perdagangan. Saluran Discord turut berfungsi sebagai kedai, membolehkan pemain membeli mata wang, pakej dan hadiah secara terus di tempat mereka sudah berkumpul.
·
Jana hasil baharu daripada pengguna yang tidak membuat pembelian dengan Offerwall: Libatkan khalayak yang lebih luas melalui Offerwall. Pasaran bersepadu ini membolehkan pemain memperoleh ganjaran dalam permainan dengan melengkapkan misi tanpa meninggalkan kedai atau menjejaskan pengalaman permainan mereka. Hasil awal menunjukkan bahawa Offerwall meningkatkan jumlah hasil Web Shop sebanyak
5% dan meningkatkan jumlah keseluruhan transaksi pembayaran sebanyak
37% , dengan membuka peluang pertumbuhan tambahan yang bermakna daripada pengguna yang tidak membuat pembelian.
·
ROI yang dioptimumkan dengan liputan MMP (rakan pengukuran mudah alih) yang paling luas di pasaran. : Atribusi ditempat yang anda perlukan. Integrasi lancar dengan AppsFlyer, Adjust, Singular dan lain-lain menawarkan penjejakan prestasi yang boleh dipercayai serta pengoptimuman kempen merentasi peranti dan platform.
“Melalui keluaran ini, kami bukan sekadar memperkenalkan ciri baharu, tetapi memberikan studio mudah alih kelebihan D2C yang menyeluruh,” kata Chris Hewish, Presiden Xsolla. “Apabila pasaran A.S. semakin terbuka, pembangun permainan mudah alih memerlukan cara untuk mengekalkan lebih banyak hasil bagi setiap dolar di samping melibatkan pemain di platform yang sudah mereka gunakan. Web Shop, Buy Button serta peluasan pencipta dan komuniti kami direka untuk membantu pasukan merebut peluang bersejarah ini dan berkembang dengan lebih bijak”.
Untuk senarai lengkap ciri dan penambahbaikan baharu, sila rujuk Nota Keluaran kami:
xsolla.pro/RNPM25Dengan lebih daripada 700 Web Shop dilancarkan di seluruh dunia, rakan kongsi Xsolla telah membuktikan keberkesanan model tersebut: jualan terus berskala besar, aliran hasil yang lestari di luar gedung aplikasi, serta pemilikan data dan margin yang lebih kukuh. Pengemaskinian ini membolehkan studio pelbagai saiz membuat pelancaran, mempelajari dan berkembang dengan lebih pantas dalam landskap mudah alih baharu.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau melancarkan Web Shop anda, layari
https://webshop.xsolla.com/ atau berbincang dengan pakar.
Untuk melihat senarai lengkap penambahbaikan dan alat pembangun, layari:
*
Keputusan Mahkamah Daerah A.S. pada 30 April 2025 Perihal XsollaXsolla adalah sebuah syarikat perdagangan global yang menyediakan alat dan perkhidmatan kukuh untuk membantu pembangun menangani cabaran asas dalam industri permainan video. Dari syarikat indie hingga AAA, pelbagai syarikat bekerjasama dengan Xsolla untuk membantu membiayai, mengedarkan, memasarkan, dan memonetkan permainan mereka. Berlandaskan kepercayaan terhadap masa depan permainan video, Xsolla bertekad dalam misi untuk mengumpulkan peluang dan sentiasa menyediakan sumber baharu kepada pencipta. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, Xsolla beroperasi sebagai pedagang rasmi dan telah membantu lebih 1,500 pembangun permainan untuk mencapai lebih ramai pemain serta mengembangkan perniagaan mereka di seluruh dunia. Dengan lebih banyak jalan untuk meraih keuntungan dan cara untuk berjaya, pembangun mempunyai semua yang diperlukan untuk menikmati permainan mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari
xsolla.comTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251104283284/enHubungiHubungan MediaDerrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com Sumber: Xsolla --BERNAMA