Deklarasi Riyadh Bentuk Hala Tuju 50 Tahun Sektor Pelancongan Dunia ketika Perhimpunan Agung ke-26 UN Tourism Melabuhkan Tirai di Arab Saudi

Rabu 12/11/2025

Table
Perhimpunan Agung ke-26 UN Tourism



RIYADH, Arab Saudi,  12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sesi ke-26 Perhimpunan Agung UN Tourism melabuhkan tirai hari ini dengan pengisytiharan Deklarasi Riyadh mengenai Masa Depan Pelancongan, satu langkah bersejarah yang menandakan komitmen negara-negara anggota ke arah kerjasama yang lebih kukuh dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Deklarasi tersebut sekali lagi menegaskan kepimpinan Arab Saudi dalam sektor pelancongan global serta peranannya sebagai peneraju dalam membuat keputusan penting yang mengubah landskap industri. Inisiatif bersejarah ini dijangka memainkan peranan utama dalam memacu Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan, dengan memberi penekanan kepada kelestarian, inovasi digital, integrasi kecerdasan buatan dan pembangunan ekonomi pelancongan yang inklusif.

Deklarasi Riyadh Mengenai Masa Depan Pelancongan menjadi peta hala tuju bersama untuk membimbing pembangunan sektor pelancongan bagi tempoh setengah abad akan datang, berteraskan kelestarian, keterangkuman dan inovasi berasaskan kecerdasan buatan. Deklarasi ini menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama antarabangsa, daya tahan industri serta pemberdayaan komuniti tempatan, sambil menetapkan visi untuk memastikan pelancongan terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, pemahaman budaya, dan penjagaan alam sekitar di seluruh dunia.

Menteri Pelancongan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, berkata: “Dari Riyadh, kita melangkah daripada deklarasi kepada tindakan. Perjanjian yang ditandatangani dan platform yang dilancarkan di sini akan menggerakkan pelaburan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, mendigitalkan perusahaan kecil dan sederhana, serta melindungi budaya dan alam semula jadi. Sebagai tuan rumah Pejabat Serantau UN Tourism bagi Timur Tengah, Kerajaan Arab Saudi akan terus menghimpunkan rakan-rakan global dan menyampaikan hasil yang nyata, agar pelancongan kekal sebagai jambatan antara negara serta pemacu kemakmuran bersama.”

“Penggubalan deklarasi ini mencerminkan tekad baharu komuniti antarabangsa untuk membuka sepenuhnya potensi ekonomi dan sosial sektor pelancongan selaras dengan usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Ia juga merupakan manifestasi keyakinan terhadap peranan Arab Saudi sebagai pemudah cara dialog serta hab baharu kerjasama global.”

Dalam sesi Perhimpunan Agung UN Tourism ke-26, para perwakilan turut meluluskan pelantikan Shaikha Nasser Al Nowais sebagai Setiausaha Agung baharu UN Tourism, menjadikannya wanita dan warganegara GCC pertama yang menerajui organisasi tersebut. Beliau akan memulakan tugasnya pada awal tahun 2026.

Perhimpunan Agung kali ini turut menyaksikan pelancaran rasmi TOURISE, sebuah inisiatif global yang diperkenalkan oleh Arab Saudi untuk memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta serta memacu inovasi dalam sektor pelancongan global. TOURISE akan menjadi platform utama bagi pemimpin awam dan pihak industri bekerjasama dalam transformasi digital, pelaburan berimpak, kelestarian dan pembangunan tenaga kerja, memastikan sektor pelancongan bersedia menghadapi cabaran dan peluang masa depan.

Maklumat Tentang Kementerian Pelancongan

Kementerian Pelancongan mengetuai pembangunan sektor pelancongan di Arab Saudi selaras dengan Wawasan Saudi 2030. Misi kementerian adalah untuk memacu pertumbuhan dalam industri pelancongan yang berkembang pesat di seluruh Negara, menyokong usaha mempelbagaikan ekonomi negara, dan menjadikan Arab Saudi destinasi pelancongan global. Kementerian ini memanfaatkan potensi sektor tersebut dengan merangka dasar dan peraturan inovatif, mewujudkan persekitaran pelaburan yang menarik, memperkasakan sektor swasta, serta melatih bakat tempatan untuk berinovasi, memimpin, dan memperbaharui landskap pelancongan di Saudi.

Maklumat Tentang UN Tourism

Pertubuhan Pelancongan Dunia (UN Tourism) adalah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelancongan yang bertanggungjawab, lestari, dan boleh diakses oleh semua golongan. Dengan kerjasama 160 Negara Anggota, 6 Ahli Bersekutu, dan lebih 500 Ahli Gabungan, UN Tourism berusaha untuk menjadikan sektor pelancongan pemacu utama pertumbuhan ekonomi, pembangunan inklusif, dan kelestarian alam sekitar.

Maklumat Tentang UNTGA

Perhimpunan Agung adalah pertemuan utama Pertubuhan Pelancongan Dunia (UN Tourism).

Perhimpunan ini diadakan setiap dua tahun untuk meluluskan belanjawan dan program kerja serta membincangkan topik-topik yang amat penting bagi sektor pelancongan. Setiap empat tahun, ia memilih seorang Setiausaha Agung. Perhimpunan Agung terdiri daripada Ahli Penuh dan Ahli Bersekutu, manakala Ahli Gabungan serta wakil organisasi antarabangsa lain mengambil bahagian sebagai pemerhati.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20251111034542/en

Hubungi

Untuk pertanyaan media: Media-Center@mt.gov.sa
 
Sumber: Ministry of Tourism Saudi Arabia

--BERNAMA



+