Keupayaan baharu ini membolehkan para pengamal perubatan mengakses data pesakit yang disatukan dengan lebih pantas dan selamat.BOSTON, 13 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- InterSystems, sebuah penyedia teknologi data kreatif yang menyokong lebih 1 bilion rekod kesihatan di seluruh dunia, hari ini mengumumkan pelancaran
InterSystems HealthShare AI Assistant , satu keupayaan AI generatif baharu yang direka untuk membantu pengamal perubatan, pengurus kes, dan pentadbir dalam mengakses serta memahami maklumat pesakit dengan lebih pantas dan intuitif.
Berlandaskan asas yang dipercayai daripada
InterSystems HealthShare Unified Care Record (UCR), HealthShare AI Assistant memperkenalkan antara muka perbualan yang membolehkan pengguna membuat pertanyaan, merumuskan, dan menavigasi rekod kesihatan longitudinal yang kompleks dengan selamat menggunakan arahan bahasa semula jadi. AI Assistant menganalisis rekod daripada ribuan sumber data klinikal yang pelbagai dan memanfaatkan AI Generatif untuk menonjolkan pandangan relevan serta memaparkan maklumat menggunakan paparan standard industri — membolehkan pengguna mengakses data pesakit yang menyeluruh dan mendapatkan maklumat penting dengan lebih pantas dan intuitif.
Antara keupayaan utama HealthShare AI Assistant ialah:
·
Antara Muka Perbualan - Membolehkan pengguna mengajukan soalan klinikal atau meminta ringkasan pesakit dalam bahasa mudah, di samping menyampaikan maklumat ringkas dan bersesuaian dengan konteks dengan segera.
·
Arahan Tersuai yang Sedia Ada - Memberikan arahan permulaan yang disusun secara klinikal dan membolehkan organisasi membina konfigurasi tersuai mengikut peranan.
·
Kebolehkesanan Sumber - Menghubungkan setiap respons janaan AI dengan sumber rekod yang disahkan, yang dengan ini menggalakkan ketelusan dan kepercayaan klinikal.
·
Integrasi Lancar - Beroperasi dalam Aplikasi HealthShare Clinical Viewer and Navigation, memastikan pembantu tetap terbenam dalam aliran kerja semula jadi pengguna.
·
Tadbir Urus Menyeluruh - Melaksanakan profil data yang boleh dikonfigurasikan, kawalan capaian berasaskan peranan, dan penjejakan audit sepenuhnya untuk menyokong penggunaan AI yang selamat dan bertanggungjawab.
“AI dalam bidang penjagaan kesihatan mesti berasaskan kepercayaan, interoperabiliti, dan data yang boleh dipercayai,” kata Don Woodlock, ketua penyelesaian penjagaan kesihatan global di InterSystems. “Dengan HealthShare AI Assistant, kami menawarkan cara yang lebih pantas dan selamat bagi para pengamal perubatan untuk mengakses maklumat yang mereka perlukan, terus daripada aliran kerja sedia ada. Ini bertujuan mengurangkan beban kognitif, meningkatkan kecekapan, dan membolehkan petugas kesihatan menumpukan perhatian kepada penjagaan pesakit.”
Program rintis HealthShare AI Assistant telah menunjukkan peningkatan ketara daripada segi kecekapan dan kepuasan pengguna. Kajian kebolehgunaan yang dijalankan bersama
Healthix, salah satu pertukaran maklumat kesihatan awam terbesar di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa AI Assistant meningkatkan aliran kerja pengamal perubatan secara kuantitatif, mengurangkan masa yang dihabiskan untuk menyemak rekod, dan menonjolkan pandangan yang berguna serta boleh dilaksanakan.
“Mengumpul maklumat daripada lebih 9,000 fasiliti untuk lebih 21 juta pesakit menghasilkan jumlah data yang sangat besar,” kata Todd Rogow, Ketua Pegawai Eksekutif di Healthix. “Dengan HealthShare AI Assistant, para pengamal perubatan kami kini mempunyai alat untuk mendapatkan ringkasan yang segera dan disahkan secara klinikal daripada rekod bertahun-tahun, memberikan pandangan menyeluruh mengenai sejarah perubatan pesakit pada masa penjagaan.”
HealthShare AI Assistant merupakan sebahagian daripada rangkaian lebih luas InterSystems HealthShare, yang menyokong interoperabiliti data dan penjagaan terhubung di lebih 80 negara. Keupayaan AI baharu ini kini tersedia serta-merta untuk pengguna HealthShare di kawasan yang disokong.
Untuk maklumat lanjut, lawati
www.InterSystems.com/HealthShare.
Maklumat Tentang InterSystems InterSystems, sebuah penyedia teknologi data kreatif, menyediakan asas bersepadu untuk aplikasi generasi baharu bagi pelanggan dalam bidang kesihatan, kewangan, pembuatan, dan rantaian bekalan di lebih 80 negara. Platform data kami menyelesaikan masalah interoperabiliti, kepantasan, dan kebolehskaalaan bagi organisasi besar di seluruh dunia, membolehkan kuasa data dimanfaatkan dan membolehkan pengguna memahami data dengan cara yang kreatif. Ditubuhkan pada 1978, InterSystems komited kepada kecemerlangan melalui sokongan 24×7 kepada pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia. Dimiliki secara persendirian dan beribu pejabat di Boston, Massachusetts, InterSystems mempunyai 38 pejabat di 28 negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari
InterSystems.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
Hubungan InterSystems PR:Zach Keating
pr@intersystems.com617.551.5158
Sumber: InterSystems
--BERNAMA