Boomi Mengumumkan Pemenang Anugerah Inovasi Pelanggan APAC 2025

Jumaat 14/11/2025

Table

Boomi Mengumumkan Pemenang Anugerah Inovasi Pelanggan APAC 2025 


SYDNEY, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi, peneraju dalam automasi yang dipacu AI, mengumumkan hari ini para pemenang Anugerah Inovasi Pelanggan Asia Pasifik (APAC) 2025, diiktiraf di persinggahan Jelajah Dunia Boomi 2025 di Sydney.

Pemenang pada tahun ini dipilih kerana merintis penyelesaian berinovatif menggunakan Platform Perusahaan Boomi dan prestasi cemerlang masing-masing dalam kriteria berikut: menunjukkan impak perniagaan melalui pencapaian luar biasa dan boleh diukur; transformasi perniagaan; projek berinovatif; impak sosial; pemodenan; kecemerlangan integrasi; dan kecemerlangan automasi.

Pemenang Anugerah Inovasi Pelanggan APAC 2025 Boomi termasuk:

· Australian Motoring Services Pty Ltd - Anugerah Pelanggan Terbaik APAC (ANZ)— Australian Motoring Services menggunakan integrasi Boomi dan Pengurusan API Boomi untuk mengubah bantuan tepi jalan berskala perusahaan dengan menghubungkan lebih daripada 11 sistem dengan lancar. Hanya dalam tempoh tiga bulan, projek integrasi berjaya menghapuskan proses manual dan mengurangkan pengendalian panggilan dan bilangan penghantaran sehingga 50 peratus. Sebahagian besar operasi telah dipindahkan ke dalam CRM pelanggan, mewujudkan data yang bersih dan disegerakkan untuk tujuan pengauditan dan pelaporan. Transformasi ini juga mewujudkan asas sedia AI untuk analisis ramalan dan sokongan pelanggan dikuasakan AI generatif.
· Anugerah Pelanggan Terbaik APAC (ASIA) - Mizuho Bank, Ltd— Mizuho Bank mengubah pembayaran pelanggan di seluruh Asia dengan platform pembayaran patuh ISO 20022 yang sedia masa depan, serta dibina berdasarkan Integrasi Boomi, Aliran dan Perkhidmatan Awan Terurus. Berikutan pelaksanaan yang pantas ini, bank berkenaan melancarkan portal dalam talian intuitif yang mengautomasikan pengesahan dan penukaran fail pembayaran, melindungi pelanggan daripada perubahan format yang kompleks sambil memperkemas operasi. Penyelesaian ini menggantikan penukar fail legasi, mempercepat suai tugas pelanggan dengan ketara dan memperkukuh kedudukan Mizuho sebagai peneraju dalam inovasi perbankan digital di seluruh rantau.
· Anugerah Inovasi - Greencross Pet Wellness Company— Greencross Pet Wellness Company (GPWC), syarikat penjagaan haiwan peliharaan terbesar di Australia, memperkenalkan profil haiwan peliharaan digital yang dikuasakan oleh Boomi. Penyelesaian ini memusatkan data haiwan peliharaan merentasi aplikasi Petbarn, membuka pengalaman pelanggan hiperperibadi dan saranan kesihatan yang disasarkan. Melalui integrasi dengan platform dikuasakan AI GPWC, inisiatif ini mendorong keterlibatan yang lebih kukuh, kesetiaan peringkat awal melalui Puppy & Kitten Club dan aliran hasil baharu merentasi perkhidmatan runcit dan veterinar.
· Anugerah Kesediaan AI Masa Depan - Teachers Mutual Bank Limited — Teachers Mutual Bank Limited memodenkan perkhidmatan kritikal ahli dengan Integrasi Boomi dan Pengurusan API Boomi. Bank ini mengubah proses ketahui pelanggan anda (KYC) manual kepada pengalaman saluran omni yang lancar apabila kemas kini yang suatu masa dahulu mengambil masa beberapa hari kini siap dalam masa kurang daripada 60 saat. Inisiatif ini menambah baik ketepatan data, mengurangkan intervensi manual, membantu menambah baik kepuasan pelanggan dan memberikan penjimatan tahunan dalam kos operasi.

“Anugerah APAC 2025 mempamerkan organisasi yang berdedikasi untuk memajukan pelbagai hasil perniagaan, daripada cerapan dan pembuatan keputusan yang lebih tajam, keterlibatan dan hubungan pihak berkepentingan yang lebih mendalam, serta produktiviti lebih besar yang boleh diukur,” kata David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi, Asia Pasifik dan Jepun, di Boomi. “Pencapaian organisasi yang disebutkan sebelum ini memberikan inspirasi kepada kami dan kami cukup berbesar hati untuk memainkan peranan dalam kejayaan masing-masing dan meraikan projek berinovatif yang diiktiraf pada tahun ini.”

“Melalui Platform Perusahaan Boomi, pelanggan kami menghubungkan pelaburan digital masing-masing dan memperoleh cerapan lebih tajam ke dalam data. Hasilnya? Impak industri yang bermakna, dengan peningkatan kecekapan yang boleh diukur, pengalaman pihak berkepentingan yang lebih kukuh dan manfaat untuk diri dan komuniti masing-masing,” kata Irecki.

Sumber Tambahan
· Dengar daripada pelanggan global Boomi

· Ikuti Boomi dalam X, LinkedIn, Facebook dan YouTube

Maklumat tentang Boomi

Boomi, peneraju dalam automasi dipacu AI, membolehkan organisasi di seluruh dunia menghubungkan segalanya, mengautomasikan proses dan mempercepat hasil. Platform Perusahaan Boomi — termasuk Agentstudio Boomi — menyatukan integrasi dan automasi bersama dengan data, API dan pengurusan agen AI, dalam penyelesaian tunggal yang menyeluruh. Dipercayai oleh lebih 25,000 pelanggan dan disokong oleh rangkaian 800+ rakan kongsi, Boomi memacu transformasi agentik — membantu perusahaan pelbagai saiz mencapai ketangkasan, kecekapan dan inovasi secara besar-besaran. Temui lebih lanjut di boomi.com.

© 2025 Boomi, LP. Boomi, logo ‘Boomi’, logo ‘B’, dan Boomiverse adalah tanda dagangan berdaftar Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutunya di Amerika Syarikat dan negara lain. Semua hak terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251113020595/en

Hubungi

Hubungan Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Pempengaruh, APJ
jasmine.ee@boomi.com

Sumber: Boomi

--BERNAMA
+