Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem Raikan Pelancaran Piala Dunia FIA Karting Arrive and Drive yang Pertama di Malaysia

Isnin 17/11/2025

Table
107 pemandu daripada 50 negara menyertai Piala Dunia FIA Karting Arrive and Drive
 

  • Presiden FIA menyokong usaha meningkatkan aksesibiliti karting global, menandakan permulaan Piala Dunia FIA Karting Arrive and Drive yang julung kali diadakan di Malaysia.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mohammed Ben Sulayem, Presiden Fédération Internationale de l'Automobile (FIA), berkata kejohanan sulung ini mengurangkan halangan kewangan dan teknologi yang biasanya dikaitkan dengan sukan karting, bagi meningkatkan akses serta penyertaan global.

Kejohanan sulung Piala Dunia FIA Karting Arrive and Drive yang sangat dinantikan bermula hari ini, menampilkan dua kategori pemandu baharu (junior dan senior) yang akan beraksi di litar karting terbesar di Asia, iaitu Litar Antarabangsa LYL di Malaysia.

Berlangsung dari 14 hingga 16 November, kejohanan ini menghimpunkan 107 pemandu dari 50 negara yang akan bersaing menggunakan kart standard yang serupa, disediakan oleh Kumpulan OTK. Selain itu, 15 peserta wanita turut bertanding - jumlah tertinggi yang pernah mengambil bahagian dalam kejohanan FIA Karting.

Sebanyak 17 pemandu dari rantau Asia Tenggara turut menyertai acara bersejarah ini.

Pembangunan pemandu merupakan fokus utama kejohanan ini, dengan bengkel FIA telah diadakan sebelum perlumbaan bermula. Bengkel tersebut memberi tumpuan kepada aspek seperti keselamatan pemandu, pemakanan, anti-doping, latihan media, serta meningkatkan pemahaman mengenai Sistem Pemeringkatan Karting Antarabangsa FIA. Inisiatif ini memastikan para pemandu berpeluang untuk berkembang baik di dalam mahupun di luar trek.

Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem, berkata: “Penganjuran sulung Piala Dunia FIA Karting Arrive and Drive menandakan satu bab baharu yang mengujakan untuk sukan permotoran peringkat akar umbi di seluruh dunia. Terima kasih kepada Kelab Ahli FIA yang telah menyertai, serta kepada Presiden Tan Sri Mokhzani Mahathir, MAM, dan Kerajaan Malaysia kerana menjadi tuan rumah acara bersejarah ini.

Sokongan terhadap format baharu ini amat mengagumkan, dan ia menunjukkan komitmen global kami untuk meningkatkan aksesibiliti, mengembangkan penyertaan dalam sukan permotoran, serta memperkasakan generasi bakat seterusnya.”

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan – Kerajaan Persekutuan Malaysia: “Kami berasa bangga menjadi tuan rumah acara bersejarah ini di Malaysia, yang menonjolkan komitmen kami untuk memperkukuh pembangunan sukan permotoran di negara ini. Terima kasih kepada FIA atas kerjasama ini.”

Presiden Suruhanjaya FIA Karting, Akbar Ebrahim, berkata: “Piala Dunia FIA Karting Arrive and Drive bukan sekadar perlumbaan semata-mata; ia merupakan peluang untuk bakat perlumbaan yang menjanjikan dari seluruh dunia membuktikan kemahiran pemanduan mereka dan berkembang menjadi pemandu serba boleh pada permulaan kerjaya mereka.

Sebagai acara utama Arrive and Drive dalam kalendar karting, semua mata akan tertumpu ke Malaysia bulan ini ketika kami mempamerkan sukan permotoran yang mudah diakses dan berpatutan, yang menempatkan pemandu di tengah pentas.”

Naib Presiden FIA bagi Sukan – Asia-Pasifik, Lung-Nien Lee, berkata: “Sukan permotoran di rantau Asia-Pasifik sedang berkembang pesat, dan acara ini sekali lagi akan memberikan bakat muda dari seluruh dunia platform untuk mempamerkan kemahiran mereka sambil memajukan pembangunan pemandu melalui bengkel inovatif.”

Presiden Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), Presiden Tan Sri Mokhzani Mahathir, berkata: “Bekerjasama dengan FIA untuk menyokong generasi bakat seterusnya merupakan salah satu misi utama kami, jadi kami berasa gembira dapat menyambut lebih 100 pemandu daripada 50 negara ke Malaysia bagi acara bersejarah ini.”

Untuk menonton secara langsung dan percuma di YouTube kunjungi: http://www.youtube.com/@fiakartingchampionship9818

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20251113644246/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Sumber: FIA

--BERNAMA
+