
(Grafik: Xsolla)
Laporan GamesBeat Terkini Menerokai Cara Jepun, Korea Selatan dan Asia Tenggara Mentakrifkan Semula Masa Depan Global Permainan
LOS ANGELES, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global terkemuka, mengumumkan keluaran laporan terkini GamesBeat, Mencipta Peluang untuk Permainan Video di Asia , dibentangkan oleh Xsolla. Kedua dalam siri Laporan GamesBeat, analisis mendalam ini menerokai rantau Asia Pasifik yang berkembang dengan pantas dan peranan pentingnya dalam membentuk industri permainan global.
Disusun oleh pasukan pengarang GamesBeat dan dikarang oleh Dean Takahashi, Rachel Kaser dan kumpulan Perkongsian GamesBeat dengan sumbangan daripada pasukan Xsolla APAC, laporan ini memeriksa ekosistem berbeza Jepun, Korea Selatan dan Asia Tenggara, tiga pasaran yang kekuatan gabungannya menetapkan piawaian baharu untuk inovasi, pengewangan dan pengaruh budaya merentasi hiburan interaktif.
Asia kini mewakili rantau permainan terbesar dan paling pelbagai, menerangkan sebab-sebab lebih daripada 286 juta pemain merentasi enam pasaran teras di Asia Tenggara sendiri, sektor permainan mudah alih bernilai $14.8 bilion pada tahun 2025 dan kadar pertumbuhan yang mengatasi pasaran Barat dengan nisbah hampir dua kepada satu.
Antara cerapan utama laporan:
- Pasaran permainan Jepun mencapai $26.3 bilion pada tahun 2024 dan dijangka melepasi $60.5 bilion menjelang tahun 2033, didorong oleh kekuatan permainan RPG dan teka-teki mudah alih, serta IP yang lama bertahan seperti Pokémon dan Final Fantasy.
- Korea Selatan terus menerajui inovasi e-sukan, menjana $69 juta pada tahun 2024 dan dijangka mencapai $237 juta menjelang tahun 2030 selaras dengan perkembangan persaingan berasaskan mudah alih.
- Asia Tenggara telah menjadi penjana mudah alih global, dengan hasil e-sukan dijangka melebihi $350 juta menjelang tahun 2025 dan tajuk seperti Mobile Legends: Bang Bang telah memecahkan rekod dengan lebih 5 juga penonton serentak ketika Kejohanan Dunia 2024.
“Rantau APAC mewakili salah satu sempadan paling menguja dalam permainan hari ini,” kata Berkley Egenes, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pertumbuhan di Xsolla. Bekerjasama dengan GamesBeat dalam laporan ini, menggariskan misi bersama kami untuk membantu pembangun dan penerbit memahami nuansa serantau, strategi pengewangan, trend budaya dan infrastruktur yang penting untuk mencapai kejayaan. Cerapan ini menyerlahkan tempat inovasi sedang berlaku dan tempat peluang global muncul seterusnya.”
Dean Takahashi, Pengarah Pengarang
Laporan GamesBeat , telah menambah:
““Asia bukan sahaja mempengaruhi dunia permainan; ia menerajuinya. Dari kedalaman naratif Jepun dan kepakaran e-sukan Korea Selatan hingga revolusi mudah alih Asia Tenggara, rantau ini membuka lembaran baharu dalam hiburan interaktif. Matlamat kami dengan laporan ini, melalui kerjasama dengan Xsolla, adalah untuk memberikan data dan konteks boleh diambil tindakan yang membantu industri berkembang lebih pintar dan lebih terhubung secara global.”
Siri
Laporan GamesBeat menunjukkan pengaruh pasaran serantau terhadap trend global melalui cerapan didorong data dan perspektif pakar. Siri kedua ini berdasarkan kepada kejayaan
The State of the Industry: Dubai Report (Ogos 2025 ) dan meneruskan misi untuk mengembangkan pemahaman global terhadap perkembangan ekosistem permainan di seluruh dunia
Muat turun laporan: Mencipta Peluang untuk Permainan Video di Asia .Terokai data pasaran serantau, cerapan e-sukan dan peluang memuncul yang mendorong perkembangan merentasi APAC.
Baca lebih lanjut mengenai laporan terkini
GamesBeat ,
Mencipta Peluang untuk Permainan Video di Asia, dibentangkan oleh Xsolla, dengan melawati:
xsolla.pro/gb-asia-report Perihal XsollaXsolla adalah sebuah syarikat perdagangan global yang menyediakan alat dan perkhidmatan kukuh untuk membantu pembangun menangani cabaran asas dalam industri permainan video. Dari syarikat indie hingga AAA, pelbagai syarikat bekerjasama dengan Xsolla untuk membantu membiayai, mengedarkan, memasarkan, dan memonetkan permainan mereka. Berlandaskan kepercayaan terhadap masa depan permainan video, Xsolla bertekad dalam misi untuk mengumpulkan peluang dan sentiasa menyediakan sumber baharu kepada pencipta. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, Xsolla beroperasi sebagai pedagang rasmi dan telah membantu lebih 1,500 pembangun permainan untuk mencapai lebih ramai pemain serta mengembangkan perniagaan mereka di seluruh dunia. Dengan lebih banyak jalan untuk meraih keuntungan dan cara untuk berjaya, pembangun mempunyai semua yang diperlukan untuk menikmati permainan mereka.
Untuk maklumat lanjut, lawati
xsolla.com Mengenai GamesBeatGamesBeat ialah platform media bebas terkemuka khusus untuk memberikan liputan tentang permainan, hiburan dan industri teknologi – menyampaikan berita dan hubungan yang memberi kesan kepada landskap perniagaan global yang lebih luas. Dean Takahashi telah memulakan GamesBeat pada tahun 2008. Sejak itu, GamesBeat telah menjadi teras yang dipercayai dalam pertumbuhan industri permainan. GamesBeat telah mempunyai komuniti global yang setia, merangkumi eksekutif C-suite, pembuat keputusan, pembangun, penerbit, pelabur, penyedia teknologi dan peminat. Dengan GB MAX, GamesBeat memajukan misinya untuk memberikan cerapan dan hubungan strategik yang diperlukan oleh eksekutif kanan dan pembuat keputusan untuk berjaya dalam ekonomi global yang berubah dengan pantas. GamesBeat ialah destinasi untuk berita, kandungan dan acara langsung yang memberi kesan tinggi serta mendorong perbincangan dalam industri, memupuk hubungan dan mencipta peluang untuk kerjasama.
Untuk maklumat lanjut, lawati
gamesbeat.comTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251118210337/enHubungi Hubungan Media Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com Sumber: Xsolla
--BERNAMA