Persidangan Bakat Cina Perantauan ke-3 untuk Pembangunan dibuka di Fuzhou di Wilayah Fujian

Isnin 01/12/2025

 
Table
Persidangan Bakat Cina Perantauan ke-3 untuk Pembangunan dibuka di Fuzhou, Wilayah Fujian.

FUZHOU, China, 1 Dis., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Bakat Cina Perantauan ke-3 untuk Pembangunan, yang dihoskan oleh Persekutuan Seluruh China bagi Cina Pulang dari Luar Negara (ACFROC) dan kerajaan wilayah Fujian, serta dianjurkan oleh Persekutuan Wilayah Fujian bagi Cina Pulang dari Luar Negara dan kerajaan perbandaran Fuzhou, telah dilancarkan di bandar raya Fuzhou, ibu kota bagi Wilayah Fujian di timur China pada 1 Disember, 2025.

Berpusat pada tema tetap "Menyatukan Kebijaksanaan bagi Bakat Cina Perantauan untuk Merealisasikan Impian China", dan tema tahunannya "Menyatukan Bakat Cina Perantauan, Menempa satu Era Baharu bagi Inovasi", acara itu terdiri daripada lima bahagian: majlis perasmian, penganugerahan sumbangan cemerlang, pengumpulan dan pemupukan bakat Cina perantauan, menarik bakat Cina perantauan, dan pelancaran pencapaian Platform QIAOZHIHUI (Penumpuan Bakat Cina Perantauan). Program-program ini direka bentuk untuk membina sebuah platform peringkat tinggi bagi pembukaan dan pertukaran bakat serta memperdalamkan penyatuan sains dan teknologi, bakat dan industri di dalam dan luar negara.

Majlis perasmian itu menampilkan satu lawatan ke kawasan pelancaran pencapaian QIAOZHIHUI (Penumpuan Bakat Cina Perantauan), penubuhan pasukan perkhidmatan pakar, satu majlis menandatangani perjanjian dan promosi hasil utama. Inisiatif "penganugerahan sumbangan cemerlang" memberi tumpuan kepada menangani cabaran teknologi utama, mewujudkan dana khas antara 300,000 hingga 1 juta yuan untuk menggalakkan pasukan bakat Cina Perantauan di dalam penyelidikan saintifik. Bahagian "mengumpul dan memupuk bakat Cina perantauan" merangkumi aktiviti tematik seperti inovasi dan keusahawanan di kalangan generasi baharu Cina perantauan, kecerdasan buatan + pekerjaan, perdagangan digital-pintar dan pemadanan pemegang PhD luar negara. Bahagian "menarik bakat Cina perantauan" menjemput tetamu kehormat wilayah dan bandar raya, serta universiti untuk mengambil bahagian dalam pemadanan bakat industri, menggalakkan kerjasama serantau dan kerjasama universiti-kerajaan tempatan. Kawasan pelancaran pencapaian QIAOZHIHUI dibahagikan kepada beberapa bahagian yang mempamerkan inovasi teknologi, pembangunan bakat dan senario aplikasi bandar.

Persidangan ini merupakan sebuah acara tiga hari, dengan Anhui dan Harbin masing-masing sebagai wilayah dan bandar raya tetamu kehormat, serta Institut Teknologi Harbin dan Universiti Tongji sebagai universiti tetamu kehormat. Ia telah menarik penyertaan pelbagai peserta, termasuk warga Cina perantauan, bakat peringkat tinggi, persatuan sains dan teknologi, pemimpin perniagaan Cina perantauan, dan wakil dari universiti dan institusi penyelidikan, yang menawarkan sebuah platform bernilai untuk menyatukan "modal, kebijaksanaan dan kekuatan Cina perantauan" dan terus menerus menyuntik dorongan dan daya hidup ke dalam pembangunan Fujian dalam era baharu.
 
Sumber: Pejabat Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Bakat Cina Perantauan ke-3 untuk Pembangunan

--BERNAMA
+