​Hainan China melindungi ekosistem hutan hujan, memelihara budaya etnik

Rabu 03/12/2025

Table

Siri aktiviti pengalaman “Hutan Hujan dan Anda 2025”


HAIKOU, China, 3 Dis., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Daerah Autonomi Changjiang Li, yang terletak di tengah-tengah Pulau Hainan, baru-baru ini telah menganjurkan siri aktiviti pengalaman "Hutan Hujan dan Anda" 2025. Acara itu mempamerkan penyatuan dinamik di antara pencapaian pemuliharaan hutan hujan tropika daerah itu dengan warisan kebudayaan etniknya yang kaya melalui pelbagai program, termasuk persembahan hutan hujan di lokasi, pendakian amal yang diketuai oleh juara-juara Sukan Olimpik, memanjat batu yang mencabar dan meredah sungai, dan simposium antarabangsa.

Acara itu telah menarik tetamu kehormat dan pakar-pakar daripada organisasi global terkemuka seperti UNESCO, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), Perkhidmatan Taman Negara Amerika Syarikat, dan Institut Taman Negara Hainan, ketika peserta melibatkan diri di dalam perbincangan mendalam tentang pemuliharaan kepelbagaian biologi dan pembangunan lestari. Edisi Bahasa Cina bagi Resolusi Global mengenai Pengukuhan Pemuliharaan Ungka melalui Tindakan Kolaboratif telah dikeluarkan, dengan menyumbang pandangan bernilai kepada usaha perlindungan ekologi global dan pembangunan lestari. Selain itu, tiga juara Olimpik China, yang bertindak sebagai pendidik sukarelawan untuk Taman Negara itu, mengetuai lebih 1,000 orang sukarelawan dalam satu pendakian sejauh 10 km, dengan menyokong pemuliharaan ekologi melalui tindakan konkrit.

Di samping itu, Daerah Changjiang juga telah melancarkan satu siri laluan pelancongan hutan hujan premium yang berpusat di empat mercu tanda ekologi mereka: Gunung Bawang, Bandar Wangxia, Teluk Qizi, dan Taman Tanah Lembap Negara Haiwei. Jadual perjalanan ini menggabungkan landskap semula jadi dengan perkampungan kebudayaan, menawarkan kepada pelancong global dengan satu pengalaman yang mendalam tentang ciri-ciri ekologi dan budaya unik yang dicirikan oleh pertemuan gunung dan laut.

Sebagai pelabuhan perdagangan bebas terbesar di dunia, Hainan mempunyai hutan hujan tropika pulau tanah besar China yang paling padat, paling pelbagai, paling terpelihara, dan paling luas.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan telah mencapai kemajuan yang ketara di dalam pemulihan ekologi, pembangunan hijau, pendidikan dan pemuliharaan bersepadu, dan sinergi taman-komuniti, dengan berkesan melindungi keaslian dan integriti bagi ekosistem hutan hujan tropika yang penting ini.

Terutamanya, ungka Hainan - yang diklasifikasikan oleh IUCN sebagai "spesies primat paling terancam di dunia" - telah menyaksikan satu pemulihan yang luar biasa. Populasinya telah meningkat daripada ambang kepupusan kepada tujuh kumpulan yang berjumlah 42 individu, menjadikannya satu-satunya populasi ungka yang terus berkembang di seluruh dunia.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi siri aktiviti pengalaman "Hutan Hujan dan Anda" 2025 

--BERNAMA

+