PROGRAM BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM) CIPTA SEJARAH DENGAN MENERIMA PENGESAHAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS BAGI AGIHAN LEBIH 550 UNIT KERUSI RODA

Khamis 04/12/2025

Table
MBR memberi pengiktirafan kepada PKRM untuk pemberian sumbangan Kerusi Roda Tertinggi untuk Rakyat Malaysia 

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Program Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM) pada 2 Disember yang lepas secara rasminya mencipta sejarah apabila menerima pengesahan daripada Malaysia Book of Records (MBR) bagi pencapaian agihan bantuan melebihi 550 unit kerusi roda kepada rakyat Malaysia.

Rekod ini dibuktikan melalui penerimaan manfaat oleh seramai 550 individu daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang, yang menerima kerusi roda percuma melalui inisiatif anjuran Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM).

Program ini diterajui melalui kerjasama erat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sokongan pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Majlis pengiktirafan pada 2 Disember yang lepas telah disempurnakan dengan kehadiran pegawai serta wakil rasmi termasuk:

●     Puan Siti Hajar binti Johor, Pegawai Malaysia Book of Records (MBR)
●     Puan Sarimah binti Ahmad , Ketua Unit Kebajikan Produktif JKM WPKL
●     Encik Samsul Affindi bin Abdul Rahman, Ketua Daerah Dang Wangi, Unit Kebajikan Produktif JKM WPKL
●     Pn Jeya Krishanan, Setiausaha PKRM
●     Pn Mastura Umar Baki, Naib Pengerusi PKRM

Majlis bersejarah ini telah berlangsung di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PKRM dalam kenyataan pada 2 Disember yang lepas menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan inisiatif kebajikan ini. Pencapaian ini bukan sahaja menjadi rekod nasional, malah mencerminkan semangat perpaduan dan kepedulian masyarakat dalam memastikan kebajikan rakyat yang memerlukan terus terpelihara.

Menurut Pengerusi PKRM, Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela (B) Datuk Ranjith, pihak persatuan komited untuk meneruskan usaha kebajikan ini secara berterusan.

“PKRM akan terus memberikan bantuan sebanyak yang mampu bagi memastikan lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat memperoleh kerusi roda apabila diperlukan. Usaha ini bukan sahaja membantu mobiliti golongan yang terjejas, tetapi turut membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermaruah dan selesa,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan inisiatif kebajikan PKRM, orang ramai dijemput melayari laman web rasmi di:www.rakyatmalaysia.org.my.

Bagi pihak korporat yang ingin memberikan sumbangan atau menjalin kerjasama strategik dengan PKRM dalam apa-apa cadangan atau program kebajikan, sila hubungi pejabat kami di talian berikut:03-2161 1999 / 03-2164 4999. Setiap sumbangan kayak untuk menerima Resit Pengecualian Cukai Di Bawah Akta 44(6) ACP1967:LHDN:01/35/42/51/179-6.7798. 

SUMBER: Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Pn Mastura binti Umar Baki
Naib Pengerusi
Tel : 03-21611999,0321644999
Emel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my     

--BERNAMA 
+