SATO Vietnam Solutions: Hayabusa Melaksanakan Solusi Tag RFID SATO untuk pembekal bagi Memenuhi Keperluan Peruncit Global

Isnin 15/12/2025

HO CHI MINH CITY​, Vietnam, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SATO Vietnam Solutions Co., Ltd., sebahagian daripada SATO Group – peneraju global dalam penyelesaian Auto-ID dan sistem pelabelan telah berjaya melaksanakan penyelesaian percetakan label RFID untuk Hayabusa Vietnam Co., Ltd. di kilang yang terletak di Vietnam, memberikan kelancaran operasi, penjimatan kos dan ketenangan minda kepada pihak Hayabusa.

Hayabusa, pengeluar mata kail air tawar dan laut membekalkan produk kepada peruncit antarabangsa. Salah seorang pelanggan mereka menetapkan keperluan baharu untuk menambah tag RFID pada produk sebagai usaha meningkatkan ketelusan rantaian bekalan melalui penjejakan siri di setiap item.

Dengan memberi setiap produk satu identiti unik, syarikat boleh menjejaki pergerakan produk dengan lebih tepat sepanjang rantaian bekalan. Ini membantu pengeluar dan peruncit meningkatkan ketepatan inventori, mengurangkan kesilapan dan memastikan produk dapat dijejaki dari proses pembuatan hingga ke penjualan. Disebabkan jumlah produk Hayabusa yang banyak dan keperluan mematuhi syarat baharu ini, mereka memerlukan penyedia penyelesaian yang boleh dipercayai.

Berdasarkan hubungan kerjasama bertahun-tahun dalam penyelesaian label kod bar SATO bekerjasama rapat dengan Hayabusa untuk menaik taraf operasi pelabelan mereka kepada teknologi RFID. Melalui Solusi Tag SATO RFID SATO RFID, Hayabusa kini boleh mencetak dan mengekod label RFID yang mematuhi EPC1 secara terus di kilang mereka dengan mudah dan teratur. Operator hanya perlu imbas kod bar untuk mencetuskan proses cetakan label RFID menggunakan pencetak SATO yang disambungkan dengan Loftware Cloud. Setiap label akan mempunyai nombor siri unik yang disimpan dengan selamat dalam sistem cloud bagi memastikan rekod lengkap dan mematuhi permintaan peruncit.

SATO turut bekerjasama dengan rakan kongsi label, Avery Dennison untuk membekalkan tag RFID yang telah diluluskan terlebih oleh peruncit global, memberikan keyakinan penuh kepada Hayabusa untuk setiap penghantaran.

“SATO bukan sekadar memberikan kami produk, tetapi penyelesaian lengkap,” kata Tochigi Masashi, Pengurus Pengeluaran Hayabusa. “Mereka datang ke kilang, melatih kakitangan kami dan memastikan semuanya berjalan lancar. Dengan penyelesaian ini, kami boleh mencetak jumlah label RFID yang kami perlukan — tiada had pesanan minimum, tiada duplikasi. Ini memberikan kami kemudahan operasi sepenuhnya.”

“Kami bangga kerana berjaya membantu Hayabusa beralih kepada RFID,” kata Tran Chanh Trung, Penyelia Jualan (Pakaian) SATO Vietnam Solutions. “Memandangkan RFID menjadi standard baharu dalam industri peruncitan global, SATO akan terus membantu pengeluar memenuhi syarat dan mengembangkan penggunaan RFID — daripada percetakan label hingga teknologi terkini seperti terowong RFID untuk proses imbasan automatik barang masuk dan keluar.”

Kerjasama ini menunjukkan bagaimana memilih rakan teknologi RFID yang tepat memberikan lebih daripada sekadar perkakasan tetapi kepakaran, sistem dan sokongan yang membantu pengeluar memenuhi syarat pada semasa dan bersedia untuk masa depan.

1.     EPC-compliant bermaksud mematuhi standard Electronic Product Code (EPC) oleh GS1, yang menentukan cara tag RFID membawa identiti unik yang boleh dibaca dan dijejaki di seluruh rantaian bekalan global.
 
Maklumat Tentang HAYABUSA (VIETNAM) CO., LTD.

HAYABUSA (VIETNAM) CO., LTD. ialah anak syarikat Hayabusa Co., Ltd. (Jepun), yang menghasilkan dan membekalkan peralatan memancing berkualiti tinggi ke seluruh dunia. Syarikat ini mengekalkan standard Jepun dari segi kualiti dan ketepatan dalam semua operasi pembuatan dan penghantaran.

Maklumat Tentang SATO Vietnam Solutions Co., Ltd.

Ditubuhkan pada tahun 2012, SATO Vietnam Solutions Co., Ltd. ialah anak syarikat SATO Corporation, peneraju global dalam penyelesaian auto-ID dan pelabelan. Beroperasi di Ho Chi Minh City dan Hanoi, syarikat ini menyediakan sistem pelabelan kod bar dan RFID lengkap termasuk perisian dan bahan habis pakai bagi membantu perniagaan meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehjejakan operasi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://satoasiapacific.com/vietnam/.

Maklumat Tentang SATO

SATO (TOKYO:6287) merekabentuk dan menghasilkan perkakasan, label dan tag, serta membangunkan perisian untuk digabungkan dengan sistem pihak ketiga sebagai penyelesaian Auto-ID. Penyelesaian ini memudahkan proses kerja, membolehkan pengumpulan data, dan visualisasi untuk dunia yang lebih selari dari segi produktiviti, keselamatan dan kelestarian. Dengan memberi identiti digital kepada sesuatu item, SATO membantu perniagaan dalam sektor runcit, pembuatan, makanan, kesihatan dan logistik untuk beroperasi dengan lebih lancar. Ditubuhkan pada tahun 1940, SATO beroperasi di 26 negara dengan bilangan tenaga kerja seramai lebih 5,900. Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2025, syarikat melaporkan hasil sebanyak RM 4.09 Billion ($1.014 billion*)

Maklumat lanjut tentang SATO boleh didapati di www.sato-global.com.

*Berdasarkan kadar pertukaran purata sekitar 1 USD = RM 4.11

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Untuk pertanyaan media:
Thao Hoang Thi
SATO Vietnam Solutions Co., Ltd.
Telefon: +84 (28) 3910-1350

Sumber: SATO Vietnam Solutions Co., Ltd.


--BERNAMA
+