3Degrees Mengalu-alukan David Dines ke Lembaga Pengarah

Isnin 15/12/2025


SAN FRANCISCO, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 3Degrees, sebuah peneraju global dalam tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian iklim, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan David Dines ke Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa 8 Disember 2025.

Dines mempunyai lebih daripada empat dekad pengalaman kepimpinan merentasi sektor tenaga global, komoditi, perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan pasaran industri. Beliau pernah berkhidmat dalam pasukan eksekutif sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Naib Presiden Kanan Korporat di Cargill, Inc., syarikat persendirian terbesar di Amerika Syarikat, di mana beliau menyelia strategi kewangan seluruh syarikat, pelaksanaan modal, dan prestasi kewangan. Sepanjang kerjayanya selama 29 tahun di Cargill, Dines mengetuai pelbagai perniagaan global, memainkan peranan penting dalam transformasi teknologi dan proses utama, serta merupakan ahli Jawatankuasa Risiko Komoditi, Risiko Kewangan, dan Proses, Data dan Teknologi Cargill.

“Kami amat berbesar hati mengalu-alukan David ke lembaga 3Degrees,” kata Philippe Vedrenne, Ketua Pegawai Eksekutif, 3Degrees. “Beliau mempunyai kepakaran luar biasa dalam tadbir urus kewangan, pengurusan risiko global, dan transformasi operasi berskala besar. Pengalaman David dalam menerajui perniagaan komoditi dan kewangan yang kompleks, digabungkan dengan komitmennya yang mendalam terhadap organisasi berasaskan misi, akan menjadi aset penting ketika kami mempercepatkan pertumbuhan 3Degrees dalam dekat seterusnya.”

Selain peranan kepimpinannya dalam korporat, Dines turut berkhidmat dalam beberapa lembaga, termasuk Willamette Egg Farms dan J.F. Brennan Company, menjadi pemerhati lembaga bagi MyLand, serta penasihat kepada Proterra Investment Partners. Beliau juga pernah memegang peranan kepimpinan lembaga dalam pelbagai organisasi bukan untung, dan kini berkhidmat dalam lembaga Guthrie Theater serta sebagai pemegang amanah bagi Center for Creative Leadership.

Di 3Degrees, Dines akan berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko lembaga serta sebagai ahli Jawatankuasa Modal Insan.

“Saya berbesar hati untuk menyertai lembaga 3Degrees pada ketika kepimpinan iklim dan penyelesaian pasaran inovatif menjadi lebih penting berbanding sebelum ini,” kata Dines. “Saya mengagumi peranan 3Degrees dalam membantu organisasi menavigasi proses nyahkarbon dengan integriti, kreativiti dan impak, dan saya berharap dapat bekerjasama dengan lembaga serta pasukan pengurusan untuk menyokong kepimpinan dan pengembangan berterusan syarikat.”

Maklumat tentang 3Degrees

3Degrees ialah penyedia penyelesaian iklim global terkemuka, perintis dalam pasaran alam sekitar, dan sebuah B Corporation yang bertauliah. Kerja kami didorong oleh keperluan mendesak untuk tindakan iklim dan komitmen ini telah berterusan selama 20 tahun. Kami menyediakan rangkaian lengkap penyelesaian tenaga bersih dan nyahkarbon untuk membantu syarikat Fortune 500 global serta organisasi lain mencapai matlamat iklim mereka dan menangani pelepasan dalam usaha memerangi perubahan iklim. Pasukan 3Degrees komited terhadap integriti dan memiliki kepakaran mendalam dalam strategi serta pelaksanaan iklim merentasi pelepasan skop 1, 2 dan 3, termasuk komoditi alam sekitar global, pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan projek karbon, nyahkarbon rantaian bekalan, serta piawaian bahan api bersih. Kami membantu membangunkan dan melaksanakan penyelesaian iklim yang berimpak, berdaya komersial, dan menyokong peralihan saksama ke arah masa depan rendah karbon. Ketahui lebih lanjut di 3Degrees.com atau ikut kami di LinkedIn.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Rachel Fagan, rfagan@3degrees.com, 512.791.2083

Sumber: 3Degrees

--BERNAMA
+