Teknologi KIOXIA AiSAQ™ Disepadukan ke dalam Pangkalan Data Vektor Milvus

Khamis 18/12/2025

Penyepaduan dengan pangkalan data vektor terkemuka memudahkan penerimaan dalam komuniti sumber terbuka dan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan carian vektor yang dioptimumkan SSD
 
TOKYO, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation hari ini telah mengumumkan bahawa KIOXIA AiSAQ™, iaitu teknologi Approximate Nearest Neighbor Search (ANNS, Anggaran Carian Jiran Terdekat) telah disepadukan ke dalam pangkalan data vektor sumber terbuka Milvus bermula dengan versi 2.6.4. Dengan penyepaduan ini, pengguna Milvus boleh memanfaatkan sepenuhnya keupayaan carian vektor yang dioptimumkan SSD KIOXIA AiSAQ™, memberikan pembangun dan perusahaan laluan yang praktikal dan berkesan kos untuk menskalakan aplikasi AI tanpa menghadapi kesukaran dalam menskalakan saiz memori DRAM yang pada lazimnya berkaitan dengan carian vektor berskala besar.

Industri AI sedang beralih daripada membina model asas yang besar kepada mengatur letak penyelesaian inferens boleh skala berkesan kos yang menangani cabaran dunia sebenar. RAG (Retrieval Augmented Generation (Penjanaan Tambahan Pengambilan)) ialah pusat kepada peralihan ini, dan teknologi KIOXIA AiSAQ™ telah dibangunkan untuk membantu komuniti memanfaatkan seni bina vektor berdasarkan SSD. Penyepaduannya ke dalam ekosistem Milvus meningkatkan kemudahan penerimaan dalam komuniti sumber terbuka dan menyokong pembangun membina aplikasi AI yang lebih berkesan dengan lebih pantas.

Pertama kali diumumkan lebih awal tahun, ini, KIOXIA AiSAQ™ ialah teknologi perisian sumber terbuka yang direka bentuk untuk menambah baik kebolehskalaan vektor secara dramatik dengan menyimpan semua elemen pangkalan data berkaitan RAG pada SSD*1 . Oleh kerana kebolehskalaan DRAM telah menjadi cerutan yang kritikal untuk inferens dan beban kerja RAG berkapasiti tinggi, teknologi KIOXIA AiSAQ™ memberikan kejayaan cemerlang dengan mengurangkan secara mendadak keperluan DRAM sambil mengekalkan ketepatan carian vektor berkualiti tinggi.

Dengan teknologi KIOXIA AiSAQ™ yang kini disepadukan ke dalam Milvus, Kioxia dan komuniti sumber terbuka membolehkan kelas baharu penyelesaian carian vektor boleh skala berkesan kos direka bentuk untuk memenuhi permintaan aplikasi Ai moden yang berkembang pesat.

Sila ikuti pautan untuk memuat turun perisian sumber terbuka KIOXIA AiSAQ™. https://github.com/kioxia-jp/aisaq-diskann

Nota:
*1 Teknologi KIOXIA AiSAQ™ Direka Bentuk untuk Mengurangkan Keperluan DRAM dalam Sistem AI Generatif Yang Dikeluarkan sebagai Perisian Sumber Terbuka
https://www.kioxia.com/en-jp/business/news/2025/20250128-1.html

*KIOXIA AiSAQ ialah tanda dagangan KIOXIA.
*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain mungkin tanda dagangan syarikat pihak ketiga.

Mengenai Kioxia

Kioxia ialah peneraju dunia dalam penyelesaian memori, khusus untuk pembangunan, pengeluaran dan jualan memori kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada bulan April 2017, pendahulunya, Toshiba Memory telah ditubuhkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk meningkatkan dunia dengan “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan untuk pelanggan dan nilai berdasarkan memori untuk masyarakat. Teknologi memori kilat 3D Kioxia yang inovatif, BiCS FLASH™, membentuk masa depan storan dalam aplikasi ketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar, PC, sistem automotif, pusat data dan sistem AI generatif termaju.

*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah betul pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Pengurusan Promosi
Satoshi Shindo
Tel: +81-3-6478-2404
  
Sumber: Kioxia Corporation

--BERNAMA

+