Jumaat 26/12/2025

(Grafik: Xsolla)
Perkongsian Memperkukuh Pendidikan, Sumber Pembangun dan Keterlibatan Global Merentasi Acara Penciptaan Permainan Terbesar di Dunia
LOS ANGELES, 26 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global terkemuka yang membantu pembangun melancarkan, mengembangkan dan menjana pendapatan daripada permainan masing-masing, pada hari ini mengumumkan perkongsian baharu dengan Global Game Jam (GGJ) sebagai Penaja Utama untuk kitaran acara tahun 2026. Kerjasama ini memperkukuh komitmen Xsolla menyokong pembangun daripada semua peringkat pengalaman dan meluaskan peluang untuk pencipta merentasi komuniti pembangunan permainan antarabangsa.
Global Game Jam menghimpunkan puluhan ribu peserta dari seluruh dunia pada setiap tahun untuk mencipta permainan, mempelajari kemahiran baharu dan bekerjasama dalam persekitaran yang menyokong dan kreatif. Melalui perkongsian ini, Xsolla dan GGJ akan memperkenalkan pengalaman pendidikan baharu, kandungan jenama bersama dan sokongan langsung yang menjangkau pembangun beraspirasi dan juga pencipta yang sudah bertapak.
Pempelbagai tahun ini ialah Main Silang Platform (Cross-Platform Play), yang menggalakkan pasukan mereka bentuk dan mencipta permainan yang berhubung dengan lancar merentasi platform, termasuk PC, laman web dan mudah alih. Permainan teras kekal konsisten, manakala UI dan kawalan boleh dilaraskan mengikut peranti. Secara pilihan pasukan boleh menghubungkan idea dan permainan mereka dengan pempelbagai GGJ lain yang berkaitan untuk menambah lebih banyak kreativiti dan kebolehtemuan kepada permainan masing-masing.
Sebagai sebahagian daripada pengalaman untuk menyokong pencipta, Xsolla akan menganjurkan GGJ di pejabat masing-masing di Kuala Lumpur, Malaysia dan menganjurkan bengkel tambahan, serta menyediakan semua perkara yang diperlukan bagi membantu mereka melancarkan, berkembang dan menang.
“Global Game Jam merangkumi semangat kreativiti, pengujikajian dan komuniti, memacu industri kami ke hadapan,” kata Berkley Egenes, Ketua Pegawai Pemasaran & Pertumbuhan di Xsolla. “Kami berbangga dapat menyokong pembangun luar biasa yang berkumpul setiap tahun untuk belajar, bekerjasama dan membina idea baharu. Tumpuan kami ialah kepada menyediakan laluan jelas dan sumber praktikal untuk membantu pencipta meneruskan projek mereka dengan lebih jauh selepas acara tersebut berakhir.”
Global Game Jam terus berkembang sebagai titik kemasukan utama untuk bakat baharu dan tempat perhimpunan antarabangsa bagi pembangun, pendidik, pelajar dan studio. Kerjasama Xsolla dan GGJ mengukuhkan hubungan antara pembelajaran, penciptaan dan peluang jangka panjang bagi peserta di seluruh dunia.
Untuk maklumat tentang Global Game Jam, lokasi dan butiran penyertaan, sila kunjungi: globalgamejam.org
Untuk maklumat tentang penajaan Global Game Jam Xsolla, sila kunjungi: https://xsolla.pro/globalgamejam2026
Perihal Xsolla
Xsolla adalah sebuah syarikat perdagangan global yang menyediakan alat dan perkhidmatan kukuh untuk membantu pembangun menangani cabaran asas dalam industri permainan video. Dari syarikat indie hingga AAA, pelbagai syarikat bekerjasama dengan Xsolla untuk membantu membiayai, mengedarkan, memasarkan, dan memonetkan permainan mereka. Berlandaskan kepercayaan terhadap masa depan permainan video, Xsolla bertekad dalam misi untuk mengumpulkan peluang dan sentiasa menyediakan sumber baharu kepada pencipta. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, Xsolla beroperasi sebagai pedagang rasmi dan telah membantu lebih 1,500 pembangun permainan untuk mencapai lebih ramai pemain serta mengembangkan perniagaan mereka di seluruh dunia. Dengan lebih banyak jalan untuk meraih keuntungan dan cara untuk berjaya, pembangun mempunyai semua yang diperlukan untuk menikmati permainan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi xsolla.com
Maklumat Tentang Global Game Jam
Global Game Jam (GGJ) ialah acara penciptaan permainan terbesar di dunia, yang menghimpunkan pembangun, artis dan pencipta daripada semua peringkat pengalaman untuk melakukan inovasi, uji kaji dan mencipta permainan dalam tempoh 48 jam. GGJ memupuk kreativiti, kerjasama dan pembelajaran dalam komuniti pembuat permainan global.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi globalgamejam.org
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251223955533/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
Hubungan Media
Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
Sumber: Xsolla
--BERNAMA