Xsolla Memperluaskan Pilihan Pembayaran Di Jepun Dengan Paidy, Penyelesaian BNPL Tempatan Terkemuka Dengan 15 Juta Muat Turun Aplikasi, Membolehkan Pembangun Berhubung Dengan Pemain Melalui Lebih Banyak Cara

Isnin 26/01/2026

Table
Grafik: Xsolla

Integrasi Baharu Memperkenalkan Proses Pembayaran Lancar Tanpa Kad Dan Memperluaskan Akses Kepada Khalayak Permainan Jepun Yang Celik Teknologi

TOKYO, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global yang membantu pembangun melancarkan, mengembangkan dan mengewangkan permainan mereka, hari ini mengumumkan peluasan penyelesaian pembayarannya di Jepun dengan penambahan Paidy, salah satu perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) terkemuka di negara itu. Integrasi baharu dengan Xsolla Pay Station ini membolehkan pembangun dan penerbit permainan menawarkan pengalaman pembayaran yang selamat, fleksibel dan mesra pengguna kepada jutaan pemain di Jepun tanpa memerlukan maklumat kad kredit.

Jepun merupakan salah satu pasaran permainan digital terbesar dan paling maju di dunia, dengan semakin banyak pemain mencari pilihan pembayaran yang pantas, selamat, dan berorientasikan mudah alih. Pasaran BNPL negara itu berkembang pesat, didorong oleh permintaan pengguna yang tinggi terhadap penyelesaian pembayaran yang fleksibel. Antara 2021 hingga 2024, pasaran ini mencatat pertumbuhan kukuh dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) yang mengagumkan sebanyak 55.9%, dan momentum peningkatan ini dijangka berterusan, dengan ramalan yang mengunjurkan CAGR 23.7% dari 2025 hingga 2030.

Paidy telah muncul sebagai pemain utama dalam pasaran ini. Dipercayai oleh lebih 6 juta pengguna aktif dan dimuat turun lebih 15 juta kali, Paidy membolehkan pengguna membuat pembelian segera dan membayar kemudian — sama ada melalui satu bil bulanan atau dalam 3 hingga 6 ansuran — seterusnya memudahkan transaksi dan mengurangkan kesulitan semasa proses pembayaran. 

Manfaat utama integrasi Paidy termasuk:  

· Kaedah pembayaran yang dipercayai dan fleksibel : Paidy adalah perkhidmatan BNPL terkemuka di Jepun, membolehkan pemain membuat pembelian dengan segera tanpa kad kredit. Bayaran boleh disatukan dalam satu bil bulanan atau diagihkan melalui pelan ansuran fleksibel, memberi pemain lebih kawalan terhadap cara mereka mengurus perbelanjaan.
· Peningkatan pengalaman pemain : Pemain mendapat manfaat daripada proses pembayaran yang lancar dan berorientasikan mudah alih, pengebilan yang jelas, serta perkhidmatan yang disetempatkan. Ini mewujudkan pengalaman yang lebih peribadi dan tanpa halangan, meningkatkan keyakinan dan kesetiaan dalam kalangan khalayak permainan di Jepun.
· Peningkatan penukaran dan hasil bagi pembangun : Dengan menyokong salah satu kaedah pembayaran paling popular di Jepun, pembangun boleh meningkatkan kadar penukaran, mengurangkan pembayaran yang tidak selesai, mendorong saiz transaksi purata yang lebih tinggi — seterusnya meningkatkan jumlah hasil keseluruhan — serta memperluaskan capaian mereka kepada jutaan pelanggan berpotensi yang mengutamakan pilihan BNPL tempatan dan dipercayai.
· Pembayaran mudah alih yang lancar dan dioptimumkan : Diintegrasikan terus ke dalam Xsolla Pay Station, Paidy menawarkan pengalaman pembayaran tempatan yang pantas, selamat, dan intuitif kepada pemain Jepun. Pada peranti mudah alih, pengguna akan dihalakan ke aplikasi Paidy untuk mengesahkan pembelian dalam beberapa saat sahaja. Di desktop, aliran berasaskan QR turut memudahkan proses ini. 

“Dalam ekosistem digital Jepun yang berkembang pesat, menawarkan pilihan pembayaran yang sudah biasa digunakan dan fleksibel adalah sangat penting,” kata Chris Hewish, Presiden Xsolla. “Dengan mengintegrasikan Paidy, kami memberi pembangun satu cara yang berkuasa untuk berhubung dengan pemain tempatan di Jepun, bertemu mereka di mana mereka berada dengan pengalaman pembayaran yang lancar, dipercayai, dan berorientasikan mudah alih.” 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang atau mengaktifkan pembayaran Paidy bagi permainan anda, layari: xsolla.pro/paidy

Perihal Xsolla

Xsolla adalah sebuah syarikat perdagangan global yang menyediakan alat dan perkhidmatan kukuh untuk membantu pembangun menangani cabaran asas dalam industri permainan video. Dari syarikat indie hingga AAA, pelbagai syarikat bekerjasama dengan Xsolla untuk membantu membiayai, mengedarkan, memasarkan, dan memonetkan permainan mereka. Berlandaskan kepercayaan terhadap masa depan permainan video, Xsolla bertekad dalam misi untuk mengumpulkan peluang dan sentiasa menyediakan sumber baharu kepada pencipta. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, Xsolla beroperasi sebagai pedagang rasmi dan telah membantu lebih 1,500 pembangun permainan untuk mencapai lebih ramai pemain serta mengembangkan perniagaan mereka di seluruh dunia. Dengan lebih banyak jalan untuk meraih keuntungan dan cara untuk berjaya, pembangun mempunyai semua yang diperlukan untuk menikmati permainan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari xsolla.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20260122499882/en  

Contacts

Hubungan Media
Derrick Stembridge
Naib Presiden Global Public Relations, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com 

Sumber: Xsolla 

--BERNAMA 
+