Shanghai Melancarkan "Pek Hadiah Perayaan Musim Bunga" dengan Diskaun dan Pengalaman Budaya untuk Tahun Baru Cina

Jumaat 30/01/2026


Table
Shanghai melancarkan "Pek Hadiah Festival Musim Bunga".


SHANGHAI, 30 Jan., 2026 /Xinhua-AsiaNet/--

Ketika Tahun Kuda menjelma tiba, Shanghai melancarkan satu siri "Pek Hadiah Perayaan Musim Bunga" yang direka untuk memudahkan dan memperkaya penduduk dan pelawat untuk merasai pengalaman di bandar raya ini semasa tempoh cuti itu. Inisiatif itu, yang diterajui oleh Pentadbiran Perbandaran Shanghai bagi Kebudayaan dan Pelancongan, menampilkan tiket berdiskaun, aktiviti bertema dan tawaran budaya merentasi 60 tarikan bandar raya yang popular.

Pek hadiah itu merupakan sebahagian daripada usaha Shanghai yang lebih luas untuk merancakkan pelancongan perayaan dan menggalakkan orang awam untuk meraikan Tahun Baru Cina di bandar raya itu. Dengan menggabungkan kemasukan yang berdiskaun, promosi bertemakan zodiak dan pakej lawatan bersepadu, program itu bermatlamat untuk menyediakan pelbagai pilihan mampu milik yang disesuaikan dengan keperluan kumpulan pelawat yang berbeza.

Sorotan bagi Pek Hadiah Festival Musim Bunga termasuk:

Diskaun Tarikan : Lokasi pemandangan indah yang mengambil bahagian menawarkan tiket dengan diskaun sehingga 50%, selain promosi khas berdasarkan kepada zodiak Cina dan pas kombo, untuk menjadikan aktiviti bersiar-siar lebih mampu untuk keluarga, pelancong dan penduduk tempatan.

Aktiviti Budaya & Perayaan : Diskaun ini dilengkapi dengan pelbagai acara sokongan, termasuk persembahan warisan kebudayaan tidak ketara, aktiviti interaktif bertemakan haiwan peliharaan sempena Tahun Baru Cina, pameran pasar tradisional dan bazar yang menampilkan trend bergaya China -- kesemuanya dirangka untuk menyemarakkan suasana perayaan.

Pakej Pengalaman Bersepadu : Banyak lokasi menggabungkan penginapan dengan tiket masuk atau lawatan bertema, sekali gus mewujudkan cara yang mudah dan menjimatkan kos untuk menerokai Shanghai semasa tempoh cuti itu.

Produk Pelancongan Bertema : Agensi pelancongan dan hotel telah menyusun jadual perjalanan dengan satu "suasana Festival Musim Bunga" dan aktiviti untuk "Sambutan Musim Bunga" yang merangkumi pengalaman riadah yang mesra keluarga, kebudayaan dan luar bandar, dengan menyediakan pelbagai pilihan untuk percutian.

Inisiatif pek hadiah itu adalah sejajar dengan Pertandingan Super Panduan Pelancongan "Discover Shanghai" yang sedang berlangsung, yang telah memberi inspirasi kepada cadangan pelancongan yang praktikal dan inovatif yang sedang dibangunkan menjadi produk pelancongan sebenar. Panduan pemenang pertandingan itu dijangka akan digunakan secara meluas oleh pelawat semasa Festival Musim Bunga itu.

Pemerhati industri menyatakan bahawa Shanghai terus memperkukuhkan daya tarikannya sebagai sebuah destinasi musim sejuk dengan menggabungkan kemampuan kos dengan kedalaman budaya. Pek Hadiah Festival Musim Bunga bukan sahaja menjadikan perjalanan lebih menjimatkan tetapi juga membolehkan pengunjung untuk menyelami adat resam tempatan dan semangat meriah Shanghai semasa percutian tradisional yang paling penting di China.

Tawaran itu akan tersedia sepanjang tempoh cuti Tahun Baru Cina, dengan maklumat terperinci boleh diakses melalui platform pelancongan rasmi seperti "Hu Xiaoyou" dan Trip.com. Melalui Inisiatif Pek Hadiah Festival Musim Bunga ini, Shanghai menzahirkan komitmen mereka untuk mewujudkan sebuah persekitaran percutian yang bersifat terbuka, dinamik dan mesra pengunjung, menjemput semua orang untuk menikmati Tahun Baru Cina yang tidak dapat dilupakan dan berpatutan di bandar raya itu.

Sumber: Pentadbiran Perbandaran Shanghai bagi Kebudayaan dan Pelancongan

Kapsyen: Shanghai melancarkan "Pek Hadiah Festival Musim Bunga".

--BERNAMA
+