Polyplastics Membangunkan Gred Baharu bagi PPS DURAFIDE(R) dengan Kandungan Bahan Kitar Semula Mekanikal

Selasa 03/02/2026

TOKYO, 3 Feb ., 2026 /Kyodo JBN/--

Polyplastics Co., Ltd., sebuah peneraju dunia di dalam termoplastik kejuruteraan, telah membangunkan dua gred baharu polifenilena sulfida (PPS) DURAFIDE(R) yang diperbuat daripada kandungan bahan kitar semula mekanikal. Gred ini diperkuatkan dengan 40% gentian kaca, iaitu DURAFIDE(R) rG-PPS 1140A1R00 dan 1140A1R30 (masing-masing mengandungi 100% dan 30% kandungan PPS yang diperkuatkan dengan gentian kaca kitar semula), akan dijadual untuk dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.

Imej:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100475/202601202736/_prw_PI1fl_5M5BC94J.jpg

Penawaran baharu itu merupakan sebahagian daripada inisiatif DURACIRCE(R) Polyplastics, yang berusaha untuk mencapai 100% kitaran untuk plastik kejuruteraan. Gred baharu ini ditawarkan melalui perkhidmatan pengkompaunan semula syarikat itu, yang menggunakan sisa proses yang dikumpulkan daripada pelanggan sebagai bahan mentah di bawah "Skim Kitar Semula Mekanikal PIR Terbuka" mereka.

Pembuatan produk berkualiti tinggi dicapai dengan mengumpul sisa proses PPS yang diperkuat gentian kaca daripada syarikat-syarikat rakan  yang memenuhi piawaian tinggi. Selepas menjalani pemeriksaan rapi, pengasingan dan perumusan semula yang ketat, bahan-bahan tersebut dikompaun di bawah keadaan optimum dan menjalani jaminan kualiti yang sama seperti bahan mentah asli. Polyplastics akan menjual bahan-bahan ini melalui rangkaian jualan global mereka. Pada masa ini, sasaran pengumpulan adalah terhad kepada gred tertentu bahan PPS DURAFIDE(R) yang yang diisi gentian kaca.

Bagi perniagaan pengkompaunan semula dan penubuhan "Skim Kitar Semula Mekanikal PIR Terbuka," membangunkan aplikasi baharu dan mendapatkan laluan pengumpulan adalah penting. Syarikat itu menyasarkan inisiatif yang membayangkan kerjasama bukan sahaja dengan pelanggan yang sedia ada tetapi juga dengan syarikat-syarikat di dalam pelbagai industri penukaran sisa kepada nilai.

Polyplastics sedang meneroka penambahan gred PPS kitar semula mekanikal baharu kepada rangkaian produknya bagi memenuhi keperluan pasaran. Matlamat mereka adalah untuk membina rantaian kitar semula tertutup yang berkonsepkan "pengeluaran tempatan untuk penggunaan tempatan" di setiap negara dan wilayah di seluruh dunia. Pada masa yang sama, dengan memperluaskan rangkaian bahan konstituen untuk memasukkan bahan PCR, Polyplastics akan meningkatkan kapasiti bekalan mereka untuk bahan kitar semula yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai. Ini akan mengurangkan lagi impak alam sekitar dan meningkatkan keupayaan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

https://www.polyplastics.com/global/s/ourapproach/a5nRB000001nik7YAA/225?language=en_US 

Maklumat mengenai Polyplastics

Polyplastics Co., Ltd. ialah sebuah peneraju dunia di dalam pembangunan dan pengeluaran termoplastik kejuruteraan. Portfolio produk syarikat itu merangkumi POM, PBT, PPS, LCP, PET, COC dan LFT, dengan pegangan pasaran terkemuka dunia bagi POM, LCP dan COC. Dengan lebih daripada 60 tahun pengalaman, syarikat itu disokong oleh sebuah rangkaian global kukuh dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan sumber jualan yang mampu menghasilkan penyelesaian canggih untuk tempat pasaran global yang sentiasa berubah.

DURAFIDE(R) dan DURACIRCE(R) ialah tanda dagangan berdaftar bagi Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan negara-negara lain. 

Sumber: Polyplastics Co., Ltd. 

--BERNAMA 
+