Chaoyang, Beijing Memperkenalkan 16 Langkah untuk Melindungi Secara Komprehensif Kerjasama Korporat Antarabangsa

Khamis 05/03/2026

Table
Suasana pada Persidangan Persekitaran Perniagaan dan Pembangunan Berkualiti Tinggi Chaoyang Beijing 2026

BEIJING, 5 Mac, 2026 /Xinhua-AsiaNet/ -- 

Sebagai sebuah hab barisan hadapan untuk keterbukaan ekonomi, Daerah Chaoyang di Beijing baru-baru ini menganjurkan Persidangan Persekitaran Perniagaan dan Pembangunan Berkualiti Tinggi Chaoyang Beijing 2026, yang turut menyaksikan pelancaran rasmi 16 Langkah untuk Menyokong Pembangunan Perusahaan Antarabangsa di Daerah Chaoyang. Langkah-langkah ini dirangka untuk menyediakan panduan yang tepat dan pemerkasaan yang mantap bagi perusahaan yang ingin "melangkah ke peringkat global," seterusnya membantu entiti pasaran yang pelbagai mengemudikan kerjasama antarabangsa secara stabil dan kejayaan dalam jangka panjang. 

Sepanjang lima tahun yang lalu, Chaoyang telah mencatat pencapaian yang luar biasa. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka telah melepasi dua ambang 100 bilion yuan, dengan mencapai 966.85 bilion yuan pada tahun 2025, dengan 377,000 entiti pasaran menyumbang kepada sebuah landskap bagi pembangunan yang pelbagai. Sehubungan itu, corak perindustrian yang dipacu oleh enjin perdagangan dan teknologi secara berganda telah menjadi semakin kukuh.

Menjelang lima tahun akan datang, Chaoyang komited untuk membentuk sebuah persekitaran perniagaan yang bertaraf dunia. Di satu sudut, ia akan memanfaatkan kelebihan ruang perindustrian mereka untuk mengukuhkan zon-zon fungsi utama dan merancakkan potensi pembangunan luar bandar, mewujudkan satu corak baharu bagi pembangunan bersepadu antara industri dan bandar. Dari sudut lain, daerah itu akan menaik taraf perkhidmatan perusahaan bagi memastikan dasar-dasar yang bermanfaat dapat disalurkan dengan cepat dan secara langsung kepada syarikat-syarikat. Dengan mengutamakan pembinaan Zon Demonstrasi Antarabangsa bagi Perkhidmatan Perundangan dan Komersial Bersepadu, Chaoyang berhasrat untuk membina sebuah asas yang kukuh berteraskan kedaulatan undang-undang dan sokongan kawal selia untuk pembangunan rentas sempadan. 

Pada persidangan itu, Chaoyang turut melancarkan inisiatif "100 Taman Sains", yang merancang untuk mewujudkan sebuah matriks komprehensif bagi 100 taman sains dalam tempoh lima tahun. Dengan menyelaraskan pelbagai pihak berkepentingan merentasi keseluruhan rantaian inovasi, daerah itu akan memupuk industri strategik seperti kecerdasan buatan dan bidang masa depan seperti maklumat kuantum. Usaha ini bertujuan untuk mempercepatkan pembentukan daya produktif berkualiti baharu (NQPF), sekali gus menyuntik momentum ke dalam peranan Chaoyang sebagai sebuah zon demonstrasi untuk pembangunan bersepadu bagi NQPF dan sebagai enjin utama bagi pusat inovasi teknologi antarabangsa.

16 Langkah untuk Menyokong Pembangunan Perusahaan Antarabangsa di Daerah Chaoyang yang baru diumumkan itu merangkumi lima dimensi utama: pengoptimuman perkhidmatan, pemerkasaan profesional, jaminan faktor, pencegahan risiko dan sokongan dasar, membina sebuah sistem sokongan yang menyeluruh, terperinci dan bersepadu bagi perusahaan yang berkembang ke luar negara. Dari segi perkhidmatan, sebuah model sinergi "Dalam Talian + Luar Talian" sedang diwujudkan, dengan menampilkan platform perkhidmatan dalam talian komprehensif peringkat daerah yang pertama di bandar itu untuk perusahaan yang ingin berkembang ke peringkat global, di samping pusat pemerkasaan luar talian "Satu Selatan, Satu Utara". Dari sudut profesional, daerah itu sedang memperkukuhkan perkhidmatan perundangan rentas sempadan serta sokongan kewangan dan perakaunan untuk meluaskan saluran pembiayaan dan meningkatkan tahap pematuhan. Berkaitan faktor penting, kesesakan dalam aliran rentas sempadan bagi modal, data dan tenaga kerja sedang ditangani; dengan memanfaatkan pelbagai instrumen dasar dan platform profesional, daerah itu memastikan aliran elemen-elemen ini berjalan secara cekap dan mudah. Bagi pengurusan risiko, platform dalam talian digunakan untuk memberi amaran risiko dan membimbing perusahaan di dalam menggunakan instrumen kewangan bagi memastikan keselamatan semasa pengembangan di luar negara. Dari segi dasar, satu dana khas untuk "melangkah ke global" telah ditubuhkan, dengan menawarkan sokongan pelaburan sehingga 1 juta yuan kepada perusahaan yang layak dan ganjaran sehingga 3 juta yuan bagi keuntungan yang dihantar pulang.

Memandangkan Chaoyang merupakan daerah No. 1 China dari segi penglibatan dan pertukaran antarabangsa, ciri pengantarabangsaan menjadi identiti tersendiri daerah itu. Pelaksanaan langkah-langkah ini bukan sahaja mewakili satu amalan penting dalam mengoptimumkan persekitaran perniagaan secara berterusan dan memupuk pemacu pertumbuhan baharu, tetapi juga satu langkah yang signifikan untuk mengembangkan keterbukaan bertaraf tinggi. Pada masa hadapan, Chaoyang Beijing akan terus berusaha untuk menjadi sebuah hab baharu bagi inovasi teknologi global dan pembangunan perdagangan antarabangsa. Chaoyang dengan ikhlas menjemput rakan kongsi global untuk berganding bahu, merebut peluang pembangunan, dan mencipta sebuah masa depan yang menguntungkan semua pihak.

Sumber: Persidangan Persekitaran Perniagaan dan Pembangunan Berkualiti Tinggi Chaoyang Beijing 2026 

--BERNAMA 
+