SEDA MALAYSIA SANTUNI ANAK YATIM & ASNAF RUMAH PERLINDUNGAN NUR QASEH

Rabu 11/03/2026



KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus memperkukuh peranan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menganjurkan Program Tautan Kasih 2026 : 'Shopping Raya’ bersama Anak-Anak Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia pada 10 Mac 2026, sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Program yang merupakan aktiviti tahunan itu berlangsung di Jakel Mall melibatkan 25 Anak-Anak Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia dari Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Bagi tahun ini Anak-Anak Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia dapat memilih pembelian sepersalinan kelengkapan raya sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dato’ Hamzah Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) SEDA Malaysia berkata, program ini dianjurkan bagi berkongsi kegembiraan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Program ini merupakan inisiatif SEDA Malaysia bagi menyantuni anak-anak Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, agar mereka turut merasai kemeriahan Ramadan. Pada masa yang sama, program ini bertujuan memupuk dan menghidupkan amalan bersedekah dalam bulan yang penuh keberkatan. 

"Sepanjang Ramadan, pihak kami berbesar hati untuk turun padang bagi menyatuni golongan yang memerlukan dan inisiatif berkenaan dapat memberi manfaat secara terus kepada penerima seperti program ‘Shopping Raya’ pada hari ini,” katanya.

Tambah beliau, SEDA Malaysia turut menyediakan sumbangan berbentuk ‘goodies’ serta duit raya dan sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban golongan penerima dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, sekali gus membawa keceriaan kepada mereka semua. 

Dalam program ini, Kumpulan Jakel juga turut bekerjasama dengan SEDA Malaysia dengan pemberian sumbangan serta pemberian duit raya yang disampaikan oleh Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel kepada anakanak Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia.

Turut hadir Encik Koh Keng Sen, Ketua Pegawai Operasi (KPO) SEDA Malaysia; Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel serta KetuaKetua Bahagian SEDA Malaysia. 

TENTANG SEDA MALAYSIA

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). SEDA Malaysia ditubuhkan pada September 2011 di bawah Akta SEDA 2011 [Akta 726] dengan tujuan utama bagi memacu agenda tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga di negara ini. 

SUMBER: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama :Wan Ana Melinda Wan Salim
(Timbalan Pengarah, Bahagian Komunikasi Strategik)
Tel : 012-688 0249
E-mel : SC@seda.gov.my / ana.melinda@seda.gov.my

--BERNAMA
+