Wolters Kluwer memperluas CCH iFirm Engagement ke Asia Tenggara, menyediakan keupayaan audit awan termaju

Selasa 24/03/2026


CCH iFirm Engagement menyediakan penyelesaian bersepadu untuk profesional audit dengan memanfaatkan legasi inovasi dan kepakaran Wolters Kluwer.
 
KUALA LUMPUR, Malaysia & SINGAPURA, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wolters Kluwer Tax and Accounting hari ini mengumumkan pelancaran CCH iFirm Engagement, perisian audit awan penuh pertama yang kini tersedia untuk firma audit di Singapura dan Malaysia. Selama lebih sedekad, CCH iFirm telah memacu impak di peringkat global bagi firma percukaian dan perakaunan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform awan global terkemuka yang direka untuk memperkasa profesional perakaunan serta memperkemas pematuhan, pengurusan pelanggan dan aliran kerja di seluruh firma—telahpun dipercayai oleh banyak firma dan kini bersedia mengubah landskap teknologi audit dan pengurusan amalan di Asia Tenggara.

 “CCH iFirm Engagement merupakan satu lonjakan besar bagi firma audit di Singapura dan Malaysia,” kata Megan Mulia , Pengarah Urusan Wolters Kluwer Tax & Accounting Asia Pasifik. “Penyelesaian awan bersepadu kami bukan sahaja memudahkan proses audit, malah memastikan piawaian tertinggi keselamatan data dan pematuhan. Kami teruja membawa teknologi yang dipercayai ini ke Asia Tenggara, sekali gus memperkasa firma untuk mencapai kecekapan dan nilai yang lebih tinggi.”

CCH iFirm Engagement menawarkan platform komprehensif bersepadu yang menggabungkan perisian audit awan dengan analitik data audit, pengurusan amalan serta pengurusan dokumen, di samping menyediakan ciri yang membantu firma melaksanakan proses selaras dengan keperluan ISQM 1. Berbanding penyelesaian audit berdiri sendiri yang lazim di pasaran, CCH iFirm Engagement menyediakan penyelesaian bersepadu yang memperkemas aliran kerja serta menawarkan nilai luar biasa melalui pendekatan menyeluruh dan berintegrasi.

Ciri Utama dan Manfaat

· Penyelesaian Bersepadu: Menggabungkan audit, pengurusan amalan dengan wawasan firma, pengurusan dokumen, portal pelanggan selamat dan analitik data audit dalam satu platform.
· Keselamatan Berasaskan Awan: Dibina dengan kawalan kukuh dan pensijilan ISO 27001, memastikan perlindungan data dan ketenangan fikiran bagi firma yang beroperasi di awan.
· Kecekapan Kos: Menghapuskan keperluan penyimpanan dokumen fizikal dan hosting pelayan, mengurangkan kos penyelenggaraan IT serta membebaskan firma daripada kemas kini perisian manual.

CCH iFirm Engagement menonjol sebagai satu-satunya penyelesaian di pasaran yang menawarkan suite bersepadu sepenuhnya untuk audit dan pengurusan amalan, sambil menyediakan keselamatan data dan pematuhan yang lebih tinggi berbanding penyelesaian tempatan di Malaysia dan Singapura. Di teras produk ini terletak kepakaran mendalam Wolters Kluwer dalam bidang audit, percukaian, dan perakaunan, memastikan firma mendapat manfaat daripada teknologi canggih yang dibina berasaskan pengetahuan dan amalan terbaik industri.

Maklumat Tentang Wolters Kluwer

Wolters Kluwer (EURONEXT: WKL) ialah peneraju global dalam penyelesaian maklumat, perisian dan perkhidmatan untuk profesional dalam bidang penjagaan kesihatan; percukaian dan perakaunan; pematuhan kewangan dan korporat; perundangan dan kawal selia; serta prestasi korporat dan ESG. Kami membantu pelanggan membuat keputusan kritikal setiap hari dengan menyediakan penyelesaian pakar yang menggabungkan pengetahuan domain mendalam dengan teknologi dan perkhidmatan.

Wolters Kluwer melaporkan hasil tahunan 2025 sebanyak €6.1 bilion. Kumpulan ini melayani pelanggan di lebih 180 negara, mempunyai operasi di lebih 40 negara, dan menggaji kira-kira 21,100 pekerja di seluruh dunia. Ibu pejabat syarikat terletak di Alphen aan den Rijn, Belanda.

Saham Wolters Kluwer disenaraikan di Euronext Amsterdam (WKL) dan termasuk dalam indeks AEX Index, Euro Stoxx 50 dan Euronext 100. Wolters Kluwer juga mempunyai program American Depositary Receipt (ADR) Tahap 1 yang ditaja. ADR tersebut didagangkan di pasaran over-the-counter di Amerika Syarikat (WTKWY).

Untuk maklumat lanjut, layari www.wolterskluwer.com dan ikuti kami di LinkedIn, Facebook, YouTube, dan Instagram.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan Media
Shannon Wherry
Pengarah Bersekutu, Komunikasi Luaran
Wolters Kluwer Tax & Accounting
Pejabat: +1 972-209-2767
shannon.wherry@wolterskluwer.com

Sumber: Wolters Kluwer

--BERNAMA
+