NANJING, China, 25 Mac, 2026 /Xinhua-AsiaNet/--Pada 20 Mac 2026, majlis pembukaan bagi "Mendaki Gunung di Musim Bunga, Pulih Bersama Anda - Niushou Musim Bunga 2026" telah berlangsung di Zon Pelancongan Kebudayaan Gunung Niushou di Nanjing, China. Dengan berteraskan warisan budaya tidak ketara dan berpusat kepada kesejahteraan, acara musim bunga ini telah menaik taraf tradisi kuno Adat Pelancongan Musim Bunga Gunung Niushou yang berusia ribuan tahun daripada satu adat rakyat tradisional kepada pengalaman pelancongan budaya moden yang imersif, interaktif dan penuh bermakna. Tahun ini, Gunung Niushou telah menyediakan dengan rapi satu siri aktiviti sepanjang musim bunga untuk mewujudkan satu pengalaman budaya eksklusif kepada pengunjung. Di tengah-tengah keindahan panorama musim bunga, orang ramai berpeluang menghayati budaya tradisional China dan merasai keunikan estetika gaya hidup Timur.
Gunung Niushou di Nanjing, China merupakan sebuah gunung budaya bertaraf dunia yang terkenal dengan reputasi "Niushou Musim Bunga" sejak ribuan tahun. Tradisi bersiar-siar pada musim bunga di sini bermula sejak era Enam Dinasti dan berkembang maju pada zaman Dinasti Ming. Pada tahun 2023, tradisi ini telah tercatat dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Wilayah Jiangsu, sekali gus menjadi gambaran hidup kepada kekayaan budaya tradisional China. Pada musim bunga, bunga magnolia, bunga pic dan bunga epal hiasan mekar silih berganti di Gunung Niushou. Apabila diselubungi kabus dan awan, tersingkap pemandangan puitis "Landskap Berkabus Niushou". Digandingkan dengan persekitaran hutan yang asli dan terpelihara, ia membentuk sebuah destinasi semula jadi untuk kesejahteraan – sebuah destinasi yang ideal buat pengunjung melarikan diri daripada kesibukan kota dan merehatkan tubuh dan minda.
Berpusat kepada pengalaman kesejahteraan, siri acara musim bunga ini memperkenalkan lima sistem kesejahteraan yang tersendiri: ekologi semula jadi, budaya Zen, pemakanan sihat, seni warisan budaya tidak ketara, serta pengalaman imersif berasaskan teknologi. Dengan melangkaui konsep pelancongan konvensional, ia menawarkan anda dengan relaksasi fizikal dan mental yang lebih mendalam. Sepanjang acara tersebut, pengunjung boleh menyertai program-program pilihan seperti terapi bunyi mangkuk kristal dan upacara minum teh gaya Dinasti Song, yang membantu melegakan tekanan dan menyuburkan jiwa melalui pengalaman budaya tradisional.
Kemuncak bagi acara ini ialah siri aktiviti pilihan yang berlangsung sepanjang musim bunga, merangkumi kuliah budaya, aktiviti mendaki luar, lawatan sambil belajar, sesi membaca, Minggu Kebudayaan Dunhuang, pengalaman kesejahteraan enam deria dan banyak lagi. Dengan kerjasama sebuah kedai buku terkenal, Gunung Niushou turut memperkenalkan satu senarai bacaan kesejahteraan dan melancarkan program bacaan kebajikan, yang membolehkan pengunjung untuk merasai kehangatan dan nilai murni budaya China sambil meneroka pelbagai pengalaman pelancongan budaya.
Dari akhir Mac hingga Mei, Gunung Niushou di Nanjing, China akan berfungsi sebagai sebuah destinasi kesejahteraan terbuka, yang membawakan pengalaman indah secara berterusan kepada orang ramai. Pada Mac, pengunjung boleh menyertai sesi menikmati teh bersama mangkuk nyanyian, meditasi mendaki dan kuliah bertema oleh pakar pelancongan budaya untuk menikmati ketenangan alam semula jadi dan budaya. Pada April, Minggu Budaya Dunhuang akan dipentaskan, dengan menampilkan pertunjukan pakaian tradisional, pengalaman warisan budaya tidak ketara, sesi perkongsian oleh sarjana falsafah, serta program interaktif seperti kaligrafi meditasi, yoga ibu bapa dan anak dan bengkel aromaterapi, yang mempamerkan pertembungan budaya yang pelbagai. Pada Mei, acara itu akan mencapai kemuncaknya: sempena cuti Hari Pekerja, akan ada satu pengalaman budaya bertema baharu ditampilkan setiap hari; satu aktiviti penghargaan khas akan diadakan untuk Hari Ibu; dan sarjana kemanusiaan terkemuka akan menyampaikan syarahan menarik. Keseluruhan acara itu akan memberikan pengalaman mendalam yang penuh dengan daya tarikan budaya dan elemen penyembuhan.
Gunung Niushou dengan penuh ikhlas menjemput semua untuk berkunjung ke Gunung Niushou di Nanjing, China - untuk menikmati pemandangan musim bunga, menyelami warisan budaya tidak ketara, dan menenangkan tubuh dan minda. Di tengah hutan pergunungan yang puitis dan sarat dengan elemen Zen ini, pengunjung bakal menemui satu pengalaman musim bunga yang istimewa, yag menggabungkan budaya dan kesejahteraan.
Video Promo Tema AI Niushou Musim Bunga 2026:
https://vod-xhpfm.xinhuaxmt.com/NewsVideo/202603/cce90d88f77d47d4a683ade42011ba3a.mp4 Kapsyen gambar: Zon Pelancongan Kebudayaan Gunung NiushouSumber: Zon Pelancongan Kebudayaan Gunung Niushou di Nanjing, China
--BERNAMA