DURACON(R) POM Polyplastics Digunakan dalam Sistem Pengangkutan Perayap Terobosan

Jumaat 27/03/2026


TOKYO, 27 Mac, 2026/Kyodo JBN/ --

Resin DURACON(R) POM keluaran Polyplastics Co., Ltd. telah dipilih untuk digunakan dalam sebuah sistem pengangkutan trek perayap unik yang dibangunkan oleh CuboRex Co., Ltd., sebuah syarikat berpangkalan di Tokyo yang merupakan pembekal utama bagi penyelesaian mobiliti yang berinovatif. Sistem pengangkutan unik ini, yang meningkatkan kecekapan kerja secara ketara di kilang dan tapak pembinaan berbanding dengan troli yang dilengkapi dengan roda konvensional, termasuk penutup struktur perayap yang diperbuat daripada DURACON(R) POM.

Imej: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100475/202603185867/_prw_PI1fl_BN4tWSX9.png

DURACON(R) POM telah dipilih untuk komponen perayap berwarna putih kerana keupayaannya menggalas beban muatan yang tinggi, memberikan kekuatan untuk mengendalikan bahan tugas berat dalam persekitaran pembuatan. Selain itu, POM juga menawarkan ciri-ciri geseran yang cemerlang, memastikan prestasi stabil dalam keadaan geseran statik dan dinamik. Ia juga mempunyai ketahanan dan kebolehpercayaan tinggi, serta memenuhi piawaian ketahanan walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar. DURACON(R) POM dipilih sebagai penyelesaian optimum berikutan ujian perbandingan dengan resin lain seperti PA.

Perayap troli CuboRex boleh dipasang dengan mudah pada troli sedia ada. Kawasan sentuhan yang lebih luas mengurangkan beban bagi setiap unit ruang (tekanan ke atas permukaan), sekali gus mengurangkan rintangan geseran dan risiko tenggelam. Daya yang diperlukan untuk menggerakkan troli juga berkurangan dengan ketara, membolehkan pergerakan yang lancar walaupun melalui tangga dan permukaan yang tidak rata. Dalam keadaan yang sama, prestasi pusingan turut dipertingkatkan. Pergerakan yang sebelum ini sukar menggunakan roda kovensional kini menjadi lebih mudah, sekali gus mengurangkan beban ke atas pengendali. Selain itu, integrasi dengan trak penunda dan kenderaan berpandu automatik (AGV) menjadi lebih lancar, sekali gus mengelakkan kehilangan masa akibat berhenti atau muatan yang terjatuh.

Permintaan terhadap pengendalian bahan semakin meningkat, dengan potensi besar dijangka dalam pasaran Jepun. Pengenalan sistem perayap untuk troli ini menghapuskan keperluan untuk membeli troli baharu yang khusus, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi secara signifikan dengan memanfaatkan peralatan sedia ada. Penyelesaian ini bukan sahaja mengurangkan kos, malah meningkatkan tahap keselamatan, dan berpotensi besar untuk berkembang di pasaran global. Aplikasi dalam pelbagai industri seperti logistik, pembuatan dan pembinaan dijangka akan terus berkembang pada masa hadapan.

Kajian kes ini menunjukkan bahawa pemilihan bahan yang tepat mampu mengubah produktiviti di tapak, melangkaui sekadar pembekalan bahan. DURACON(R) POM berfungsi sebagai satu bahan utama yang menyokong idea-idea inovasi CuboRex, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kecekapan operasi pengangkutan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  
https://www.polyplastics.com/global/s/ourapproach/a5nRB000002hUOHYA2/239?language=en_US

Maklumat lanjut mengenai CuboRex Co., Ltd. dan Polyplastics:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202603185867-O1-v9SRWvjD.pdf

DURACON(R) ialah sebuah tanda dagangan berdaftar bagi Polyplastics Co., Ltd. di Jepun dan negara-negara lain.

Sumber: Polyplastics Co., Ltd.

--BERNAMA
+