Senario Pengguna yang Unik di Chongqing, Bandar Pergunungan China, Menawarkan satu Pengalaman Baharu Kepada Pengunjung Antarabangsa

Rabu 01/04/2026

Table
Pelawat menikmati hidangan stimbot Chongqing di tempat perlindungan serangan udara di Chongqing.

CHONGQING, China, 1 April, 2026 /Xinhua-AsiaNet/ --

Melangkah masuk ke dalam restoran stimbot "Bandar Bawah Tanah" di Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing, dan ia terasa seolah-olah seperti berjalan masuk ke dalam sebuah terowong masa kembali ke Chongqing lama. Diubah suai daripada bekas sebuah tempat perlindungan serangan udara, restoran stimbot ini mempunyai 218 meja yang disusun di seluruh ruang dan boleh memuatkan lebih daripada 1,300 orang pengunjung pada masa yang sama. Di dalamnya, dinding batu asal gua telah dipelihara, manakala ribuan tanglung langit berkelipan di siling, sekali gus mewujudkan satu suasana yang unik dan romantik.

"Mempunyai stimbot di satu tempat perlindungan serangan udara adalah merupakan satu pengalaman yang sangat baharu. Saya pasti akan mengesyorkan tempat ini kepada rakan-rakan saya," kata Jonathan, seorang pelancong dari Jerman, yang menemui restoran itu di media sosial dan terus berkunjung ke sana sebaik sahaja beliau mendarat di Chongqing.

Dengan "ChinaTravel" yang semakin popular di seluruh dunia, semakin ramai pelawat luar negara kini tidak lagi tertumpu kepada lawatan singkat, sebaliknya ingin menyelami keunikan kehidupan harian bandar-bandar China.

Sebelum itu, sebuah video oleh seorang pemblog luar negara yang memaparkan pengalaman menikmati stimbot Chongqing di tempat perlindungan serangan udara telah meraih lebih daripada tiga juta tontonan di YouTube. Video tersebut telah menarik ramai pelawat antarabangsa yang ingin merasainya sendiri - bukti jelas mengenai popularitinya.

Pada tahun 2025, pelabuhan Chongqing telah mengendalikan lebih daripada 760,000 perjalanan masuk dan keluar oleh pelawat asing, sekali gus mencatatkan satu rekod tertinggi baharu. Dikenali sebagai sebuah "bandar ajaib lapan dimensi," Chongqing semakin menjadi sebuah destinasi utama bagi pelawat dari seluruh dunia yang ingin merasai kehidupan bandar secara dekat, hasil daripada lebih 100 senario penggunaan tersendiri yang dibina di sekitar sungai, tebing, jalan, gua dan latar langitnya, termasuk tempat perlindungan serangan udara dan laluan pejalan kaki di tepi tebing.

Pada masa ini, Chongqing sedang memanfaatkan sepenuhnya pemandangan malam bandar pergunungan itu, tempat perlindungan serangan udara, kawasan tepi air, jalan belakang dan lorong, serta ruang atas bumbung untuk membangunkan satu kumpulan baharu destinasi pengguna yang menonjolkan ciri-ciri budaya Chongqing.

Dengan memanfaatkan sumber sejarah dan budayanya dengan lebih baik, memelihara ciri-ciri tempatan dan warisan budaya, dan menggalakkan penyatuan yang lebih besar merentasi format perniagaan yang berbeza, Kawasan Baharu Liangjiang berhasrat untuk memenuhi  keperluan pengguna yang pelbagai, seterusnya membuka potensi penggunaan yang berbeza, dan membentuk identiti baharu yang lebih unik serta menarik untuk landskap penggunaan bandar itu.

Sumber: Kawasan Baharu Liangjiang Chongqing 

--BERNAMA 
+