Meiji Pharma Asia memulakan operasi di Singapura

Khamis 09/04/2026



TOKYO, 9 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Meiji Seika Pharma Co., Ltd. (Ibu pejabat: Tokyo, Jepun; Presiden dan Pengarah Perwakilan: Toshiaki Nagasato) mengumumkan bahawa anak syarikat tempatan, Meiji Pharma Asia Pte. Ltd. (Ibu pejabat: Singapura; Pengarah Urusan: Kensuke Hata), telah memulakan operasi di Singapura pada 1 April 2026. Penubuhan anak syarikat ini bertujuan untuk memperkukuh kehadiran Meiji Seika Pharma serta memperluas perniagaannya di rantau ASEAN melalui aktiviti pengkomersialan, pemasaran dan pengedaran produk farmaseutikal, termasuk vaksin.

Sebagai sebahagian daripada visi “Meiji Group 2026 Vision”, Meiji Seika Pharma menyasarkan untuk menjadi “syarikat peneraju di Asia dalam bidang penyakit berjangkit.” Dengan memanfaatkan hampir setengah abad pengalaman dalam pembuatan dan pemasaran farmaseutikal di Thailand dan Indonesia, syarikat ini akan menjadikan Singapura sebagai hab bagi strategi perniagaan dan komersialnya di seluruh ASEAN, sekali gus meningkatkan pengaruh serta mempercepat pertumbuhan di rantau ini.

Meiji Pharma Asia akan memberi tumpuan kepada pengkomersialan, pemasaran dan pengedaran farmaseutikal termasuk vaksin dalam bidang penyakit berjangkit, kanser hematologi, serta penyakit berkaitan gaya hidup. Melalui entiti ini, Meiji Seika Pharma berhasrat memastikan bekalan farmaseutikal yang konsisten dan menyumbang kepada kesihatan serta kesejahteraan masyarakat di rantau ini.

 Gambaran Keseluruhan Syarikat

 (1) Nama: Meiji Pharma Asia Pte. Ltd.
 (2) Lokasi: Singapura
 (3) Wakil (Pengarah Urusan): Kensuke Hata
 (4) Jenis Penubuhan: Syarikat Sendirian Berhad
 (5) Keterangan Perniagaan: Pengkomersialan, pemasaran dan pengedaran produk farmaseutikal termasuk vaksin
 (6) Modal: 1.5 juta Dolar Singapura
 (7) Tarikh Penubuhan: 10 Disember 2025
 (8) Tarikh Memulakan Operasi: 1 April 2026
 (9) Struktur Pegangan Saham: Anak syarikat milikan penuh Meiji Seika Pharma Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kensuke Hata
Meiji Pharma Asia Pte. Ltd.
E-mel: mpa-contact@meiji.com
 
Sumber: Meiji Seika Pharma Co., Ltd.

--BERNAMA
+