​Persidangan Wilayah Fujian 2026 mengenai Pembangunan Ekonomi Kebudayaan dan Pelancongan dibuka pada 17 April di Zhangzhou, Fujian di Tenggara China

Isnin 20/04/2026

Table

Kawasan Tarikan Longjiang Years: satu projek pembaharuan bandar di Zon Teknologi Tinggi, Zhangzhou, Fujian di Tenggara China


ZHANGZHOU, China, 20 April, 2026 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Wilayah Fujian 2026 mengenai Pembangunan Ekonomi Kebudayaan dan Pelancongan telah bermula di Zhangzhou, di wilayah Fujian, China pada Jumaat. Acara itu bertemakan "Membina sebuah Destinasi Bertaraf Dunia, Memupuk sebuah Industri Tonggak," yang mengetengahkan unsur kebijaksanaan, gaya hidup dan budaya Minnan (Fujian Selatan). Bertepatan dengan satu inisiatif utama tempatan untuk membangunkan Pusat Pertukaran Kebudayaan Minnan Dunia, persidangan itu telah menampilkan 6 aktiviti utama dengan 60 acara sampingan bagi menarik pengunjung dari seluruh dunia.

Majlis perasmian menampilkan persembahan Homing Minnan (Kembali ke Fujian Selatan). Dengan berlatarbelakangkan Pelabuhan Yuegang yang penuh bersejarah dan warisan kraftangan tempatan, persembahan itu menggunakan pementasan interaktif untuk menghidupkan semangat "berani untuk mencuba, berusaha untuk menang" dengan penuh berkesan.

Persidangan itu dijangka memberi tumpuan kepada sinergi perindustrian dan promosi pelaburan, sambil menggalakkan interaksi di antara pelbagai sektor dalam industri kebudayaan dan pelancongan. Projek yang akan dilancarkan merangkumi ekonomi yang sedang membangun yang didorong oleh prestasi, pelancongan sukan, "filem dan TV serta pelancongan," dan percutian kesihatan.

Bagi meraikan identiti serantau yang selanjutnya, persidangan itu turut menjadualkan pelbagai pameran kebudayaan Minnan, termasuk persembahan komedi, gala, dan persembahan Opera Gezi merentasi selat. Antara tarikan utama ialah kempen "Gaya Hidup Segar Fujian", yang memanfaatkan cuti Hari Pekerja dan musim puncak musim panas untuk menawarkan pengalaman autentik kehidupan Fujian Selatan kepada pelawat domestik dan antarabangsa.

Sejak tahun 2023, persidangan tahunan itu telah dilihat sebagai satu pemangkin penting untuk meningkatkan keyakinan industri dan memacukan penyatuan mendalam antara sektor kebudayaan dan pelancongan di seluruh wilayah itu.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Wilayah Fujian 2026 mengenai Pembangunan Ekonomi Kebudayaan dan Pelancongan

--BERNAMA

 
 

 
+