Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan warga kerja PPZ-MAIWP merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam dan yakin pengalaman luas serta kepimpinan strategik yang dimiliki akan terus memperkukuh kelangsungan tadbir urus serta keberkesanan operasi kutipan zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan.
MENGENAI PPZ-MAIWPPusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sejak ditubuhkan, PPZ-MAIWP telah merevolusikan pengurusan zakat menerusi pendekatan korporat, efisien dan mesra pelanggan, menjadikannya antara institusi zakat paling progresif di Malaysia. PPZ-MAIWP menyediakan pelbagai saluran bayaran zakat secara dalam talian dan fizikal, bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan berzakat dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Selain memperkasakan kutipan zakat, PPZ-MAIWP kini menggalas tanggungjawab besar dalam memacu kecemerlangan institusi wakaf melalui penjenamaan semula
Wakaf Wilayah Persekutuan. Inisiatif wakaf tunai ini dirangka secara strategik untuk memberi impak langsung kepada pembangunan ummah, khususnya dalam sektor pendidikan, kesihatan, kebajikan serta program pemerkasaan ekonomi asnaf yang lestari.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.zakat.com.my atau
www.wakafwilayah.com.my SUMBER: PPZ-MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: NORAZLINA MOHD NORDIN
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat
Tel: 019 728 3839
Nama: FATIN AQILAH ZULKEFLI
Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat
Tel: 017 393 5432
Nama: NOR ATHIRAH MOHD HANAPIAH
Eksekutif Komunikasi Korporat
Tel: 013 456 2603
--BERNAMA