Toshiba Memulakan Penghantaran Sampel IC Siri SmartMCD™ Baharu dengan MOSFET Terbina Dalam untuk Pemacu Motor

Jumaat 15/05/2026

Table
Toshiba: TB9M040FTG, produk baharu dalam siri Smart Motor Control Driver SmartMCD™.

 —Mengintegrasikan Pemacu Motor DC Tanpa Berus Tiga Fasa Dan Mikropengawal Membolehkan Pemacu Terus Untuk Motor Automotif Bersaiz Kecil—
 
KAWASAKI, Jepun, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memulakan penghantaran sampel kejuruteraan bagi “TB9M040FTG," iaitu peranti kawalan motor dengan MOSFET kuasa terbina dalam untuk pemacu motor DC tanpa berus tiga fasa. Penambahan terkini kepada siri "SmartMCD™"[1] Toshiba yang mengintegrasikan mikropengawal (MCU) dan pemacu motor ini membolehkan pemacuan terus motor DC tanpa berus tiga fasa, serta sesuai untuk kawalan motor kecil yang digunakan dalam peralatan automotif.

Elektrifikasi bahagian bergerak kenderaan terus berkembang, dan permintaan meningkat untuk motor DC tanpa berus tiga fasa bersaiz kecil bagi aplikasi seperti injap elektrik, damper dan flap dalam sistem HVAC (pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara), serta grille shutter.[2]. Perkembangan ini turut meningkatkan permintaan terhadap peranti dengan bilangan komponen yang lebih sedikit serta unit kawalan elektronik (ECU) yang lebih kecil, di samping fungsi sokongan kawalan medan berorientasi (FOC)[3] dan kawalan tanpa sensor yang mengurangkan beban CPU serta meningkatkan ketepatan kawalan motor.

TB9M040FTG mengintegrasikan MCU (teras Arm® Cortex® -M23), memori flash, pemacu motor yang mampu memacu terus motor DC tanpa berus tiga fasa, pemacu high-side untuk tujuan bekalan kuasa, transceiver local interconnect network (LIN)[4], serta sistem bekalan kuasa yang boleh beroperasi pada tahap bateri automotif, semuanya dalam pakej kecil VQFN36 (6×6 mm (tipikal)). Peranti ini juga dilengkapi Vector Engine (VE) proprietari Toshiba yang membantu mengurangkan beban CPU dalam aplikasi kawalan motor FOC serta mengurangkan saiz program perisian.

Selain itu, ia turut menyokong pengesanan daya elektromotif belakang (BEMF[5] ) membolehkan kawalan gelombang persegi tanpa sensor. 

Gabungan ciri ini membolehkan pengecilan saiz peralatan automotif serta pengurangan bilangan komponen, sambil merealisasikan kawalan motor yang maju dan kompleks. TB9M040FTG boleh menyokong pelbagai aplikasi motor automotif bersaiz kecil, dan komunikasi LIN dengan ECU membolehkan kawalan motor kecil dalam sistem automotif. 

Toshiba akan terus memperluaskan siri SmartMCD™ bagi menyokong keperluan sistem motor automotif dan menyumbang kepada pengurangan saiz serta komponen dalam sistem automotif. 
 
Nota:
[1] SmartMCD™: Siri pemacu kawalan motor automotif (MCD) yang dibangunkan oleh Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation yang mengintegrasikan pemacu motor dan mikropengawal dalam satu peranti tunggal.
[2] Grille shutter: Mekanisme penutup yang dipasang di belakang gril hadapan kenderaan yang secara automatik membuka dan menutup mengikut keadaan pemanduan.
[3] Field oriented control (FOC): Kaedah biasa kawalan vektor (kaedah kawalan yang mengawal tork motor dan fluks magnet secara berasingan sebagai komponen ortogon) yang menggunakan kerangka rujukan berputar motor (sistem koordinat dq) untuk mengawal secara berasingan komponen fluks magnet (paksi d) dan komponen tork (paksi q).
[4] Local interconnect network (LIN): Salah satu protokol komunikasi bersiri yang digunakan terutamanya untuk komunikasi antara unit kawalan elektronik (ECU) dalam kenderaan.
[5] Daya elektromotif belakang (BEMF): Voltan yang teraruh dalam belitan motor apabila motor berputar, terhasil apabila medan magnet rotor memotong belitan, dan bertindak dalam arah yang bertentangan dengan voltan yang dikenakan.

Aplikasi

Peralatan automotif

· Aplikasi motor DC tanpa berus bersaiz kecil seperti injap elektrik, damper HVAC, flap dan grille shutter.

Ciri-ciri

· Mengintegrasikan pemacu motor untuk motor DC tanpa berus tiga fasa, membolehkan pemacuan terus motor DC tanpa berus tiga fasa (dengan MOSFET pemacu motor terbina dalam)
· MCU 32-bit (Arm® Cortex® -M23), frekuensi operasi: 40MHz (dengan pengayun kelajuan rendah dan tinggi terbina dalam)
· Memori terbina dalam dengan ECC (SEC/DED[6] )
Flash kod: 80KBytes, SRAM: 4KBytes
· Enjin vektor (Vector Engine, VE) terbina dalam untuk kawalan FOC serta pemacu motor boleh atur cara (PMD)[7]
· Penguat penderiaan arus dengan rintangan satu-shunt terbina dalam[8] serta penukar A/D 12-bit
· Pemacu high-side satu saluran yang mampu membekalkan kuasa kepada peranti seperti IC sensor Hall-effect
· Antara muka komunikasi: LIN, UART (dikongsi dengan LIN) dan SPI
· Mematuhi AEC-Q100[9] Gred 0
· Mematuhi ASIL‑B[10]
 
Nota:
[6] ECC (Kod Pembetulan Ralat) terbina dalam menyokong pembetulan ralat 1-bit (SEC) dan pengesanan ralat 2-bit (DED).
[7] Pemacu Motor Boleh Atur Cara (PMD): Modul perkakasan yang direka untuk kawalan motor yang melaksanakan penjanaan PWM (Pulse Width Modulation), kawalan pengaliran arus, dan pengesanan kerosakan secara perkakasan, sekali gus mengurangkan beban pemprosesan yang diperlukan untuk kawalan motor.
[8] Penguat penderiaan arus rintangan satu-shunt: Arus motor dianggarkan secara tidak langsung menggunakan perintang shunt penderiaan arus dan penguat penderiaan arus.
[9] AEC-Q100: Piawaian kelayakan elektronik automotif yang ditubuhkan oleh Majlis Elektronik Automotif, meliputi kebolehpercayaan dan kualiti komponen elektronik automotif, khususnya litar bersepadu (IC).
[10] ASIL (Tahap Integriti Keselamatan Automotif): Indeks yang menunjukkan tahap keselamatan fungsi automotif berdasarkan standard ISO 26262. ASIL-B mewakili tahap keperluan keselamatan sederhana yang lebih tinggi daripada ASIL-A, dan digunakan apabila kegagalan fungsi boleh memberi kesan tertentu kepada keselamatan manusia atau kenderaan.

Spesifikasi Utama
 
Nota:
[11] Litar input encoder (ENC): Litar yang menerima isyarat daripada encoder untuk mengesan status operasi motor, termasuk kedudukan, kelajuan, dan arah putaran. 
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu ini.
TB9M040FTG 

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang pemacu motor automotif Toshiba.
Peranti Analog

 * Arm dan Cortex ialah tanda dagangan berdaftar Arm Limited (atau subsidiarinya) di AS dan/atau negara lain.
 * SmartMCD™ ialah tanda dagangan Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
 * Nama syarikat lain, nama produk, dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
 * Sampel ini adalah untuk penilaian fungsi sahaja. Spesifikasi mungkin berbeza daripada produk pengeluaran besar-besaran.
 * Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan serta maklumat hubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

 Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan semikonduktor diskret, sistem LSI, dan produk HDD yang luar biasa kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

Sebanyak 17,400 pekerjanya di seluruh dunia berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk serta menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Syarikat ini menantikan usaha untuk membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk masyarakat di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: 
https://www.businesswire.com/news/home/20260513230802/en

Contacts

Pertanyaan pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Analog
Tel: +81-44-548-2219
Hubungi Kami 

Pertanyaan Media:
C. Nagasawa
Jabatan Komunikasi & Perisikan Pasaran
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

--BERNAMA 
+