Sky Blue Cinematix Menandatangani Gabungan Strategik dengan Aspin Holding dari UAE untuk Keterlibatan Jenama FC Barcelona di Pasaran India

Jumaat 15/05/2026

Table
Penyepaduan jenama yang dikaitkan dengan FC Barcelona (Barça) dalam Republik India


MUMBAI, India, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sky Blue Cinematix dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan syarikat itu oleh Aspin Holding yang berpangkalan di UAE sebagai Rakan Sekutu berkaitan kawasan FC Barcelona untuk pelbagai aktiviti komersial berprofil tinggi dan penyepaduan jenama yang dikaitkan dengan FC Barcelona (Barça) dalam Republik India.

Di bawah perjanjian penting ini, Sky Blue Cinematix bertindak sebagai wakil sah untuk Aspin Holding, yang ditugaskan untuk menyokong promosi dan keterlibatan pasaran jenama berprestij kelab itu di pasaran India berhubung dengan "Projek" melalui portfolio entiti gaya hidup dan komersial bersepadu yang pelbagai. 

Kerjasama Strategik yang Berwawasan

Pelantikan ini menetapkan rangka kerja untuk kerjasama yang teguh, mencerminkan komitmen bersama bagi menyokong pembangunan jenama FC Barcelona. Bertindak dalam kapasiti sokongan strategik Sky, Sky Blue Cinematix akan menyumbang kepada kedudukan jenama dan pemasaran gaya hidup Barça, memastikan semua inisiatif memenuhi standard global premium Aspin Holding dan FC Barcelona. 

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Aspin Holding bagi menyokong Projek penting di India ini,” kata Dato' Manikandamurthy Velayoudam, Pengerusi Sky Blue Cinematix . “Kerjasama ini bukan sekadar perniagaan; malah ini juga merupakan usaha penting ke arah menghubungkan identiti jenama bertaraf dunia dengan satu daripada pasaran paling dinamik di dunia."

Meluaskan Horizon Komersial

Mandat tersebut merangkumi skop komersial yang ditetapkan, membolehkan Sky Blue Cinematix meneroka dan memudahkan pelbagai pengalaman berjenama berhubung dengan Projek itu. Perkongsian ini bakal memperkenalkan semangat pasukan Barça kepada khalayak di India berhubung dengan Projek ini melalui beberapa saluran utama.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260513497726/en

Hubungi

*Untuk pertanyaan perniagaan yang berkaitan, sila hubungi mayura@skybluegroup.com / +918655687955*

Sumber: Sky Blue Cinematix

--BERNAMA

+