Pertunjukan kostum etnik China-Vietnam dan persembahan nyanyian interaktif oleh penyanyi
BAISE, China, 15 Mei, 2026 /Xinhua-AsiaNet/ --
Baise, Guangxi, yang terletak di selatan China, berkongsi kawasan pergunungan dan sungai yang bersempadan, warisan budaya dan adat resam rakyat yang saling berkait dengan Vietnam. Ia berfungsi sebagai sebuah pintu masuk penting untuk pertukaran rakyat dan interaksi kejiranan yang mesra di sepanjang sempadan China-Vietnam. Semasa berlangsungnya Karnival Bagui Guangxi 3 Mac 2026 baru-baru ini, dengan memanfaatkan kelebihan geografinya sebagai kawasan sempadan, Jabatan Publisiti bagi Bandar Raya Baise telah menganjurkan pelbagai acara rentas sempadan yang meliputi sukan, warisan budaya tidak ketara (ICH), membaca dan adat resam rakyat. Melalui pelbagai aktiviti kebudayaan, bandar raya itu memperkukuhkan pembelajaran bersama budaya dan ketersambungan orang ramai di kawasan sempadan, sekali gus mengukuhkan lagi jenama sempadan yang melambangkan hubungan kejiranan yang baik di antara China dan Vietnam sertan penyepaduan budaya rentas sempadan.
Sukan sebagai sebuah Medium: Membina Ikatan Hati ke Hati Merentasi Sempadan
Pada 23 April, Kejohanan Jemputan Bola Sepak Kakitangan Sempadan China-Vietnam telah bermula di Daerah Napo, Baise. Pasukan dari wilayah sempadan Vietnam dan atlet dari daerah sempadan China telah bertanding dan mempamerkan kemahiran di padang, sambil menjalin persahabatan dan konsensus yang lebih mendalam melalui pertandingan persahabatan. Pada 25 April pula, Perlawanan Persahabatan Bola Keranjang China-Vietnam telah diadakan di Gimnasium Jingxi.
Mengintegrasikan daya saing dan penyertaan besar-besaran, siri acara sukan rentas sempadan ini bukan sahaja memperkayakan kehidupan budaya dan sukan penduduk sempadan dan meningkatkan kecergasan negara di sepanjang sempadan, tetapi juga memanfaatkan kuasa inklusif sukan untuk memecahkan halangan geografi dan mengukuhkan ikatan kejiranan di antara penduduk sempadan China dan Vietnam.
ICH Mewarisi Daya Tarikan: Mentafsir Tradisi Rakyat Bersama Dua buah Negara
Pada 23 April, Gala Pertukaran Warisan Budaya Tidak Ketara Rakyat China-Vietnam yang bertemakan Melodi Selatan, Resonans Merentasi Dua Negara telah berlangsung di Jingxi. Gala tersebut telah mengumpulkan golongan elit seni dari Jingxi, Debao dan Napo, serta Kumpulan Seni Trà Lĩnh dari Wilayah Cao Bang di Vietnam, yang menyatukan sumber seni rakyat terbaik dari kedua-dua buah negara.
Di atas pentas persembahan, Opera Zhuang Selatan dan Balada Zhuang Molun telah dipersembahkan secara bergilir, disertai dengan demonstrasi langsung seni tenunan broked Zhuang yang halus dan persembahan rakyat autentik sempadan. Artis dari China dan Vietnam telah membuat persembahan bersama, mempamerkan keindahan warisan budaya tidak ketara. Tradisi rakyat yang dikongsi melangkaui sempadan negara, mempersembahkan satu gambaran komunikasi di antara manusia dan kewujudan bersama budaya di sepanjang sempadan China-Vietnam.
Keharuman Ilmu Tersebar Jauh: Memupuk Persahabatan Belia Rentas Sempadan
Pada 25 April, program pertukaran bertemakan Books Link China and Vietnam, Youth Share the Joy of Reading telah diadakan di Kedai Buku Gerbang Negara Jingxi. Di acara tersebut, Guangxi Publishing & Media Group menganugerahkan plak "Tapak Bacaan Bersama China-Vietnam" kepada lokasi tersebut, untuk menandakan pembentukan satu platform tetap baharu bagi pertukaran budaya China-Vietnam secara berkala di Baise dan meletakkan asas yang kukuh untuk interaksi budaya rentas sempadan jangka panjang.
Penulis dan tetamu budaya dari China dan Vietnam berkumpul untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai penciptaan sastera. Wakil belia dari kedua-dua buah negara turut memperkenalkan karya sastera tempatan yang cemerlang di antara satu sama lain. Dengan buku sebagai penghubung dan bahasa sebagai jambatan, acara itu menggalakkan pertukaran idea budaya dan penglibatan bersama di kalangan golongan muda merentasi sempadan.
Melodi Menyampaikan Persahabatan: Menyanyikan Tentang Persahabatan Belia di Sepanjang Sempadan
Pada malam 25 April, Konsert Lagu Rakyat Baharu "3 Mac" Belia China-Vietnam dibuka di Pekan Purba Splendid Jingxi. Penyanyi muda dari kedua-dua buah negara tampil membuatkan persembahan bersama. Berteraskan budaya lagu rakyat tradisional yang mendalam dari kedua-dua buah negara, mereka secara inovatif menggabungkan lagu-lagu rakyat sempadan kuno dengan muzik pop moden, menghasilkan karya muzik yang sarat dengan identiti etnik dan sentuhan kontemporari.
Melodi-melodinya melangkaui gunung dan lautan untuk menghubungkan hati, mentafsirkan persahabatan ikhlas yang telah lama terjalin di antara belia China dan Vietnam dan memberikan nafas baharu kepada budaya rakyat sempadan.
Adat Resam Rakyat Bersatu: Melakar satu Suasana Kegembiraan Bersama untuk Penduduk Sempadan
Pada 26 April, Acara Kebudayaan, Sukan dan Adat Resam "3 Mac" Penduduk Sempadan China-Vietnam telah diadakan di Kawasan Rekreasi Equan, Jingxi. Tempat itu dipenuhi dengan kemeriahan budaya rakyat. Pertunjukan kostum etnik dan nyanyian antifonal lagu rakyat rentas sempadan mempamerkan sepenuhnya keindahan integrasi budaya di sepanjang sempadan China-Vietnam. Persembahan tradisional seperti lontaran bola bersulam dan tarian kerdil padang mempamerkan keunikan budaya tradisional Zhuang.
Di kawasan pameran pengalaman dan makanan istimewa ICH, penduduk sempadan China dan Vietnam bersama-sama membuat bola sulaman, mempelajari teknik ikat celup dan menikmati pulut lima warna. Pengalaman interaktif yang mengasyikkan itu berjaya merapatkan lagi hubungan di antara kedua-dua buah negara.
Meliputi bidang sukan, warisan budaya tidak ketara, kesusasteraan, muzik dan adat resam rakyat, siri acara pertukaran rentas sempadan Baise menampilkan pelbagai peringkat dan bentuk yang beraneka, sekali gus membentuk corak pertukaran rakyat dengan rakyat yang berbilang lapisan, menyeluruh dan normal di sepanjang sempadan China-Vietnam.
Baise akan terus memanfaatkan kedudukan strategik sempadan dan sumber budayanya, memperdalam lagi pertukaran rakyat dengan rakyat rentas sempadan, membangunkan jenama pertukaran budaya sempadan yang tersendiri, dan kerap mengadakan aktiviti interaktif budaya, sukan dan rakyat rentas sempadan. Bandar raya ini akan terus mengukuhkan persahabatan kejiranan China-Vietnam di sepanjang sempadan, sambil menulis lembaran baharu kewujudan bersama budaya, hubungan rakyat dengan rakyat dan kerjasama menang-menang di antara kedua-dua negara merentasi sempadan.
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Bandar Raya Baise
--BERNAMA