Resident Evil Veronica Dijadual Dilancarkan pada Tahun 2027!

Selasa 09/06/2026

 Table

Ilustrasi Utama Resident Evil Veronica


– Capcom berhasrat untuk terus meningkatkan nilai IP ini melalui pembikinan semula salah satu judul paling popular dalam siri tersebut –
 
OSAKA, Jepun, 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Capcom Co., Ltd. (TOKYO:9697) hari ini mengumumkan bahawa Resident Evil Veronica, judul terbaharu dalam siriResident Evil dijadualkan dilancarkan pada tahun 2027.

Francais Resident Evil menampilkan permainan seram kelangsungan hidup yang memerlukan pemain menggunakan pelbagai senjata dan item lain untuk terus hidup dalam situasi yang menggerunkan. Disokong oleh peminat setia di seluruh dunia, jumlah jualan terkumpul francais utama ini sejak judul pertamanya dilancarkan pada tahun 1996 telah melebihi 201 juta unit*.

Resident Evil Veronica merupakan pembikinan semula bagi permainan asal Resident Evil Code: Veronica, yang dilancarkan pada tahun 2000. Sambil mengekalkan daya tarikan permainan asal, Capcom membangunkan versi 2027 ini sebagai judul terbaharu dalam siri Resident Evil dengan jalan cerita yang diolah semula serta grafik berkualiti tinggi yang direalisasikan menerusi enjin proprietari syarikat, RE ENGINE. Syarikat itu sedang membangunkan permainan tersebut secara berperingkat bagi memenuhi jangkaan peminat siri Resident Evil serta pemain baharu. Tarikh pelancaran rasmi dan maklumat lanjut mengenai permainan ini akan diumumkan pada masa akan datang.

Capcom kekal komited untuk memenuhi jangkaan semua pengguna dengan memanfaatkan keupayaan pembangunan permainan bertaraf industri miliknya bagi menghasilkan pengalaman permainan yang sangat menghiburkan.

* Setakat 31 Mac 2026.

MAKLUMAT TENTANG CAPCOM

Capcom ialah pembangun, penerbit dan pengedar terkemuka dunia bagi hiburan interaktif untuk konsol permainan, PC, peranti mudah alih dan peranti tanpa wayar. Ditubuhkan pada tahun 1983, syarikat ini telah menghasilkan ratusan permainan, termasuk francais terkenal seperti Resident Evil™, Monster Hunter™, Street Fighter™, Mega Man™, Devil May Cry™ dan Ace Attorney™. Capcom mengendalikan operasi di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Tokyo, dengan ibu pejabat korporatnya terletak di Osaka, Jepun. Maklumat lanjut mengenai Capcom boleh didapati di https://www.capcom.co.jp/ir/english/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260608994346/en

Hubungi

Bahagian Perhubungan Awam & Perhubungan Pelabur Capcom
+81-6-6920-3623

Sumber: Capcom Co., Ltd.

--BERNAMA
+