YBhg. Dato' Hasan Azhari Bin Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Selangor Berhad SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) -- Invest Selangor Berhad melalui Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS) ingin memaklumkan bahawa penganjuran program Invest Selangor Corporate Run 2026 yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 25 Julai 2026, 7.00 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor telah dijadualkan semula pada 14 November 2026 (Sabtu), 7.00 pagi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Penjadualan semula ini dibuat bagi memastikan persiapan yang lebih menyeluruh serta kelancaran penganjuran program.
Acara ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor untuk upacara pelepasan (Flag-Off) dengan penyertaan seramai 500 orang peserta larian. Objektif utama program ini di anjurkan adalah bertujuan untuk menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai pihak yang mengambil bahagian dalam aktiviti kecergasan sambil memupuk semangat kesukanan dan kerjasama seterusnya meningkatkan tahap kesihatan di kalangan komuniti perindustrian di negeri Selangor. Diharapkan melalui acara larian ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak agensi kerajaan dan rakan industri melalui persaingan yang sihat di dalam acara larian ini.
Pendaftaran masih dibuka dengan tawaran “Early Bird” sehingga 1 Oktober 2026 bagi kategori 5KM – Competitive Run bagi satu pasukan (4 orang) RM2,700 (4 orang) berbanding RM3,000 harga biasa. Setiap pasukan mesti terdiri daripada empat peserta termasuk sekurang-kurangnya seorang peserta wanita. Peserta akan mendapat T-shirt, bib larian dengan cip masa, sijil penyertaan (digital), medal, topi dan sling bag.
Selain berpeluang merebut podium kemenangan bagi kategori 5KM, para peserta juga berpeluang memenangi cabutan bertuah lebih daripada 30 unit hadiah menarik yang disediakan termasuk barangan elektrik dan pelbagai hadiah lain lagi. Hadiah wang tunai turut disediakan bagi kategori 5KM berpasukan
bagi tempat pertama hingga ke tempat ke-10. Selain itu anugerah khas bagi
Pakaian Korporat Terbaik Berpasukan turut dipertandingkan dengan tawaran hadiah wang tunai kepada pemenang.
Invest Selangor turut mengalu-alukan penyertaan syarikat dan organisasi yang berminat untuk menjadi penaja bagi acara larian ini. Empat kategori penajaan yang ditawarkan iaitu
Platinum (RM30,000), Gold (RM20,000), Silver (RM10,000) dan
Bronze (RM5,000) dengan pelbagai manfaat eksklusif termasuk pendedahan jenama dan peluang penglibatan secara langsung sepanjang acara.
YBhg. Dato’ Hasan Azhari Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif berkata “Invest Selangor Corporate Run 2026 merupakan platform untuk mengeratkan hubungan antara komuniti korporat dan agensi kerajaan dan kami berharap program ini dapat memupuk gaya hidup sihat di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam kalangan pemain industri di Selangor.”
Penganjuran Invest Selangor Corporate Run 2026 ini melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta rakan kolaborasi lain.
Peserta boleh mendaftar secara dalam talian melalui laman web di
https://investselangorcorporaterun.com/ dan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program ini, bolehlah merujuk ke Facebook rasmi: Invest Selangor Corporate Run 2026 serta Instragram: @Selangorcorporaterun
Sumber: Invest Selangor Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Maryani
Tel: 03-5510 2005
E-mel: corporaterun@investselangor.my / maryani@investselangor.my
--BERNAMA