DEWA International Dilancarkan sebagai Anak Syarikat Bebas Milik Penuh DEWA untuk Membangunkan Projek Tenaga dan Air Global

Selasa 14/07/2026

 

Table
DEWA International dilancarkan sebagai anak syarikat bebas milik penuh DEWA untuk membangunkan projek tenaga dan air global (Gambar: AETOSWire)

 

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yang Teramat Mulia Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, Pengerusi Majlis Tertinggi Tenaga Dubai, mengumumkan penubuhan ‘DEWA International’, sebuah anak syarikat bebas milik penuh Dubai Electricity and Water Authority (DEWA). Syarikat itu menyasarkan untuk membangunkan projek tenaga konvensional dan tenaga bersih di seluruh dunia serta membawa model infrastruktur tenaga dan air Dubai yang berjaya ke pasaran global.

Yang Teramat Mulia Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum berkata: “Berkat visi dan arahan Yang Teramat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai, Dubai telah menjadi model global bagi pencapaian dan pembangunan pesat. Menerusi infrastrukturnya yang bertaraf dunia, khususnya dalam sektor tenaga dan air, Dubai telah mengukuhkan kedudukannya sebagai penanda aras antarabangsa terkemuka. Pelancaran DEWA International menandakan satu langkah strategik untuk memperluas model kejayaan ini ke pasaran global dan terus memperkukuh kedudukan Dubai sebagai sumber ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tenaga, air, kemampanan dan transformasi digital.”

Yang Berhormat Saeed Mohammed Al Tayer, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif DEWA, berkata: “Pada asasnya, DEWA mencerminkan kisah kejayaan Dubai yang penuh inspirasi. Berpandukan visi dan arahan Yang Teramat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai, emiriah ini telah menjadi hab global terkemuka bagi kewangan, perdagangan dan inovasi, selain menjadi model pembangunan mampan dan tarikan pelaburan. Selama beberapa dekad, DEWA telah memacu kebangkitan luar biasa Dubai, bukan semata-mata melalui cita-cita, tetapi menerusi tahap prestasi dan kecekapan tertinggi. Kini, kami menduduki tempat pertama di peringkat global dalam 13 petunjuk prestasi utama utiliti dan dua penanda aras serantau merentas penjanaan, penghantaran, pengagihan dan khidmat pelanggan. Kekuatan kewangan kami memberikan kebebasan strategik yang sebenar: pertumbuhan hasil yang mampan, margin yang kukuh dan kapasiti pelaburan yang besar. Pada 2025, DEWA mencatat hasil tertinggi pernah direkodkan sebanyak AED 32.8 billion, dengan keuntungan bersih selepas cukai mencecah rekod AED 9.06 billion.

Al Tayer menambah bahawa DEWA International akan membangunkan projek tenaga dan air menggunakan teknologi maju, dengan kerjasama organisasi terkemuka di seluruh dunia. Usaha mengenal pasti peluang, membangunkan saluran projek dan mewujudkan perkongsian strategik yang akan membentuk kehadiran global syarikat itu kini sedang dilaksanakan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260709099653/en

Sumber: AETOSWire

Hubungi

Seen Media Agensi PR & Media untuk DEWA
Rasha Al Armouti
media@seenmedia.ae
00971509496795

Sumber: Dubai Electricity and Water Authority

--BERNAMA
+