Khamis 16/07/2026
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pegawai kanan serta petugas kesihatan daripada pelbagai skim perkhidmatan yang telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Terbaharu, seramai 87 orang pegawai telah diberikan pemangkuan dan kenaikan pangkat sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan prestasi serta sumbangan mereka dalam perkhidmatan kesihatan negara.
Secara khususnya, KKM ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan di peringkat ibu pejabat, negeri dan institusi kesihatan yang telah menerima pemangkuan dan kenaikan pangkat, antaranya:
i. YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Gred Utama A;
ii. YBrs. Dr. Azuana binti Ramli – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), Gred Utama A;
iii. YBhg. Dato’ Dr. Norsiah binti Ali – Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Gred Utama B;
iv. YBrs. Dr. Zulhizzam bin Haji Abdullah – Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Gred Utama B;
v. YBrs. Dr. Kasuadi bin Hussin – Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Gred Utama B; dan
vi. YBrs. Dr. Noor Fakhrul Azman bin Mohd Ali – Pengarah Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Gred Utama C.
Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen Kerajaan dalam memelihara kebajikan serta laluan kerjaya warga KKM yang telah mencurahkan khidmat bakti dan menyumbang kepada pembangunan penjagaan kesihatan negara. Ia juga selaras dengan usaha KKM untuk memperkukuh struktur organisasi dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
KKM amat yakin bahawa pelantikan dan kenaikan pangkat ini akan memperkasakan lagi tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di semua peringkat. Modal insan yang kompeten dan bermotivasi tinggi adalah tunjang utama kepada sistem kesihatan negara yang mampan.
Sekali lagi, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang menerima pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi sesi kali ini. Semoga amanah dan tanggungjawab baharu ini dilaksanakan dengan penuh iltizam demi negara tercinta.
Sila klik di sini LAMPIRAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
16 JULAI 2026
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: