KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Lebih 6,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah memanfaatkan program Jelajah AI MyMahir TalentCorp, sebuah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi agensinya Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) yang membawa kemahiran kecerdasan buatan (AI) secara praktikal dan mudah difahami terus kepada rakyat.
Usaha tersebut diteruskan hari ini menerusi
Jelajah AI MyMahir TalentCorp Edisi Bandar Tun Razak, yang dirasmikan oleh
YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, dan menghimpunkan lebih 450 pelajar, belia, pekerja, pencari kerja, pendidik, ibu bapa serta usahawan di Hotel Zecon, Kuala Lumpur.
Program ini dirangka secara praktikal untuk meningkatkan literasi AI dalam kalangan rakyat melalui modul yang mudah difahami, aktiviti amali dan bimbingan langsung daripada fasilitator industri, termasuk EY. Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta untuk mencuba sendiri penggunaan AI dalam situasi sebenar, bukan sekadar memahami konsepnya.
Melalui latihan yang berfokus, peserta dibimbing untuk memperkukuh kemahiran, meningkatkan produktiviti serta menggunakan AI dengan lebih yakin dan bertanggungjawab dalam pembelajaran, pekerjaan, pembangunan kerjaya, perniagaan dan kehidupan seharian. Kemahiran ini membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan dunia pekerjaan dan meningkatkan daya saing.
Menerusi latihan simulasi bersama fasilitator, peserta turut berpeluang mencuba sendiri aplikasi AI untuk menghasilkan kandungan seperti video, poster, bahan promosi dan bahan pembelajaran yang boleh terus digunakan mengikut keperluan masing-masing.
YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah berkata akses kepada ilmu dan kemahiran AI perlu diperluas supaya manfaat teknologi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
“AI boleh membantu pelajar menimba ilmu, pekerja meningkatkan kemahiran dan usahawan mengembangkan perniagaan. Melalui Jelajah AI MyMahir TalentCorp, rakyat diberi ruang untuk mencuba dan memahami bagaimana teknologi ini boleh digunakan secara betul dan bertanggungjawab.
“Inilah pendekatan Kerajaan MADANI, iaitu memastikan kemajuan teknologi bukan hanya dinikmati oleh kelompok tertentu, tetapi benar-benar membuka peluang kepada semua lapisan rakyat. AI perlu dimanfaatkan untuk membantu pelajar belajar dengan lebih baik, pekerja memperkukuh kemahiran, pencari kerja meningkatkan kebolehpasaran dan usahawan mengembangkan perniagaan.,” katanya.
Melalui Jelajah AI MyMahir TalentCorp, peserta turut diperkenalkan kepada asas AI, penggunaan teknologi secara bertanggungjawab serta perspektif industri mengenai peranan AI dalam pekerjaan dan ekonomi masa hadapan. Mereka juga menerima MyMahir AI Skills Credit bernilai RM5,000 sebagai sokongan untuk meneruskan pembangunan kemahiran dalam bidang berkaitan AI.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Puan Biruntha Mooruthi, berkata pendekatan amali program itu memastikan peserta memperoleh pengetahuan yang boleh terus digunakan.
“Kami mahu rakyat bukan sekadar tahu tentang AI, tetapi yakin menggunakannya untuk belajar, bekerja, membina kerjaya dan mengembangkan perniagaan.
“Sehingga hari ini, lebih 6,000 peserta menunjukkan minat rakyat untuk memahami teknologi baharu. Tanggungjawab kami adalah memastikan pembelajaran tersebut mudah diakses, relevan dan dekat dengan keperluan sebenar mereka,” katanya.
Sebelum ini, Jelajah AI MyMahir telah dilaksanakan di 11 kawasan Parlimen, termasuk Kota Kinabalu, Sepanggar, Papar, Bangi, Sungai Buloh, Kluang, Parit Sulong, Sekijang, Paya Besar, Alor Gajah dan Port Dickson.
Selepas Bandar Tun Razak, siri ini akan diteruskan menerusi Edisi Hang Tuah Jaya, Kota Melaka, Batu Sapi, dan Damansara.
TalentCorp terus memperluas Jelajah AI MyMahir ke kawasan Parlimen di seluruh negara bagi membentuk rakyat dan tenaga kerja yang lebih berkemahiran, produktif serta bersedia menghadapi perubahan dunia pekerjaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jelajah AI MyMahir TalentCorp, layari
www.talentcorp.com.my/jam Mengenai TalentCorpTalent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang diberi mandat untuk memacu strategi bakat negara dan berperanan sebagai badan pemikir strategik KESUMA. Menerusi dasar berasaskan data dan kerjasama strategik, TalentCorp menumpukan usaha untuk mengoptimumkan potensi bakat Malaysia, menarik kepakaran global serta membentuk tenaga kerja yang bersedia menghadapi masa hadapan, sejajar dengan matlamat transformasi ekonomi negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai TalentCorp, layari
www.talentcorp.com.my atau ikuti @TalentCorpMsia di LinkedIn, X, Facebook dan Instagram.
Dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) SUMBER: Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Ahmad Anis
Tel: 019-390 5987
E-mel: anis.kamil@talentcorp.com.my
Nama: Hajar Umira
Tel: 018-947 3006
E-mel: umira.zaki@talentcorp.com.my
--BERNAMA