Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifiki (APEC) 2026, berserta acara-acara lain dalam Minggu Digital, telah diadakan di Chengdu, Wilayah Sichuan. CHENGDU, China, 24 Julai, 2026 /Xinhua-AsiaNet/--Dari 16 hingga 29 Julai, Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) mengenai Digital dan Kecerdasan Buatan (AI) 2026, berserta pelbagai acara lain sempena Minggu Digital, telah diadakan di Chengdu di Wilayah Sichuan. Acara itu bukan sahaja berfungsi sebagai satu platform penting untuk memperkukuhkan pertukaran dan kerjasama di dalam bidang digital dan AI di seluruh rantau Asia-Pasifik, tetapi juga sebagai jendela ke arah daya inovasi Chengdu.
Menurut Kerajaan Rakyat Perbandaran Chengdu selaku penganjur bagi acara tersebut, Minggu Digital menampilkan pelbagai aktiviti yang berteraskan empat tonggak utama: inovasi AI, pameran pencapaian industri, promosi budaya Tianfu, dan kerjasama ekonomi dan perdagangan. Usaha-usaha ini bertujuan memanfaatkan momentum mesyuarat bagi mempercepatkan pertumbuhan berkualiti tinggi dalam pembuatan dan ekonomi digital Chengdu, di samping mengukuhkan imejnya sebagai sebuah bandar digital, pintar dan bertaraf antarabangsa.
Mengapa Chengdu? Jawapannya terletak pada kepentingan strategik bandar itu dalam memperluaskan jejak ekonomi digital Asia-Pasifik ke wilayah barat.
Selama bertahun-tahun, kerjasama digital di rantau Asia-Pasifik lebih tertumpu di kawasan pesisir yang maju. Penganjuran mesyuarat itu buat julung kalinya di kawasan tengah pedalaman China menandakan satu langkah besar ke hadapan di dalam landskap kerjasama serantau. Dengan memanfaatkan projek "Data Timur, Pengkomputeran Barat" kebangsaan, Chengdu telah membangunkan infrastruktur digital yang selamat dan berdaya tahan, sekali gus melengkapkan bandar itu dengan keupayaan untuk menganjurkan dialog pelbagai hala peringkat tinggi. Peralihan geografi daripada "barisan hadapan pesisir" kepada sebuah "hab pedalaman" ini menawarkan dimensi baharu dan ruang yang lebih besar bagi kerjasama, sekali gus menggalakkan pembangunan yang lebih seimbang dan perkongsian manfaat digital merentasi Asia-Pasifik.
Chengdu juga menawarkan peluang yang ideal untuk melihat daya inovasi China di dalam sektor digital.
Untuk sekian lama, persepsi global terhadap China barat sebahagian besarnya tertumpu kepada sumber semula jadinya, sementara keupayaan inovasinya yang berkembang pesat kurang mendapat perhatian. Pada tahun 2025, perusahaan perindustrian bersaiz besar di Chengdu mencatat hasil operasi berjumlah 1.79 trilion yuan. Bandar itu telah membangunkan dua kluster industri masing-masing bernilai 1 trilion yuan dalam sektor pembuatan maklumat dan peralatan elektronik, selain mewujudkan 11 rantaian industri utama, setiap satu dengan nilai output melebihi 100 bilion yuan, termasuk kecerdasan buatan dan aeroangkasa. Chengdu juga telah membina lebih daripada 80,000 stesen pangkalan 5G dan mewujudkan sebuah sistem infrastruktur pengkomputeran berbilang peringkat yang menggabungkan “pengkomputeran super, pengkomputeran pintar, pengkomputeran tujuan umum dan pengkomputeran pinggir”, menjadikan jumlah kapasiti pengkomputerannya melebihi 20,000P. Sementara itu, industri AI teras di Chengdu telah melepasi 150 bilion yuan dalam skala, berkembang kira-kira 39% tahun ke tahun. Bandar itu juga telah disenaraikan sebagai di antara "bandar terkemuka" peringkat teratas dalam Laporan Indeks AI Bandar China.
Dengan didorong oleh maklumat elektronik, AI, dan industri budaya dan kreatif digital, nilai tambah bagi sektor ekonomi digital teras Chengdu kini menyumbang lebih daripada 15% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bandar itu. Filem animasi terbitan Chengdu,
Ne Zha 2 , telah mencipta rekod baharu dalam sejarah kutipan pecah panggung China, dengan hasil jualan tiket melebihi 10 bilion yuan, sekali gus muncul sebagai penanda aras untuk penyepaduan sains dan industri dalam sektor budaya dan kreatif digital Chengdu.
Keupayaan untuk menterjemahkan teknologi digital dan pintar kepada peningkatan produktiviti yang nyata merupakan bentuk "kepastian" yang amat diperlukan oleh ekonomi global ketika dunia terus melalui proses pemulihan. Bagi ekonomi Asia-Pasifik, Chengdu bukan sahaja menawarkan peluang pasaran, malah menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi aplikasi teknologi dan mengesahkan pelbagai senario penggunaannya.
Selain itu, daya tarikan budaya Chengdu yang tersendiri dan sifat bandar yang terbuka dan inklusif membawa sentuhan kemanusiaan kepada pertukaran teknikal yang mungkin kelihatan kaku. Dengan hab dwi-lapangan terbangnya yang menghubungkan bandar itu dengan dunia dan ekosistem inovasinya yang merangkumi seluruh dunia, Chengdu sedang mempraktikkan prinsip keterbukaan dan kerjasama. Melalui tindakan konkrit, bandar itu mempersembahkan satu pendekatan Chengdu untuk menghubungkan dunia dalam era digital.
Terletak di barat daya China, Chengdu merupakan sebuah hab ekonomi, kebudayaan dan pengangkutan utama bagi wilayah barat. Dengan sejarah yang menjangkau lebih 2,300 tahun, bandar itu terkenal di seluruh dunia dengan Sistem Pengairan Dujiangyan, panda gergasi dan hidangan masakannya. Menempatkan lebih 21 juta penduduk tetap, Chengdu, dilengkapi dua lapangan terbang antarabangsa kelas 4F yang menghubungkannya dengan destinasi di seluruh dunia. Di sini, tokong-tokong purba berdiri beriring dengan daerah sains dan teknologi kewangan, di mana tradisi dan kemodenan wujud bersama dalam harmoni. Chengdu adalah sebuah bandar yang memikat pengunjung dengan begitu mendalam sehingga mereka tidak mahu meninggalkan tempat itu.
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Chengdu
--BERNAMA